Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 8, 2010

petua khas untuk masalah jantung


malam ini ingin sekali aku berkongsi dengan teman2....
yuyu....still berjaga, menemanku dengan penuh kyusuk....
tak pernah jemu-jemu dia memandangku...
dari atas hingga ke bawah..
ops...., baik ku cerita berkenaan kesihatan...
lebih2 aku yang jenis suka mengamalkan cara hidup sihat.



Masalah jantung, penyakit yang membunuh pesakit dengan perlahan-lahan tanpa pesakit sedari. Tidak semestinya kita kurus, kita tidak menghadapi masalah jantung. 90% pesakit yang menghadapi tidak sedar. Akibat tidak menjaga penampilan dan kesihatan diri sendiri, menanggap remeh dengan penjagaan diri.

Tanda2x masalah jantung
  • kerap berasa bedebar2..maksudnya, tiba2 jantung atau dada akan bedebar2 dengan laju walaupun ketika sedang membaca atau bersantai
  • berpeluh pada dahi, kerap merasa sakit pada dada, sering mencugap, kadangkala ketika solat, pesakit akan berasa mencungap.
  • alah kepada cahaya matahari, mudah berpeluh dan tidak selesa dengan cahaya matahari
  • tapak tangan yang basah dalam keadaan yang tidak menentu

Pencegahan
  1. Hentikan pengambilan makanan segera yang tidak menyihatkan, minuman berkarbonat, minuman segera, krimer bukan daripada susu
  2. Elak makan ais krim yang mengandungi krimer yang tinggi, membuat air minuman dengan krimer selain susu. Memakan makanan yang mengandungi majerin, makanan terproses seperti burger, nugget, kentang goreng dan kentang berperisa
  3. Tabiat mandi selepas makan menyebabkan perut dan jantung menjadi lemah, menyumbang kepada serangan jantung bagi jangka panjang
  4. Kurangkan makan nasi lemak di kedai2, elok dimasak sendiri mengikut kesesuaian kesihatan diri

Amalkan
  • Makan kacang hijau yang direbus pada setiap hari, caranya dengan mengambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air selamat 10minit, rebus (tidak terlalu kembang tanpa garam) buang air dan makan kacang hijau untuk amalan harian.
  • Amalkan jintan hitam atau habatussauda setiap hari(biji jintan diakui oleh Rasullulah SAW ubat kepada segala penyakit kecuali mati
  • Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, daun ubi, pucuk betik, pegaga dan ulam-ulaman

Bagus untuk pesakit yang baru mula menghadapi masalah jantung atau sudah lama bermasalah jantung untuk mengamalkan petua diatas........

0 ulasan: