Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, February 22, 2010

IBU

si tua, yang tidak kenal erti penat
si tua, yang tidak kenal erti lelah
si tua, yang tidak kenal erti marah
si tua, yang tidak kenal erti gentar

biar aku sedih, dialah si penyerinya
biar aku marah, dialah si pelembutnya
biar aku geram,dialah si penawarnya
apa jua, tingkah lakuku hanya dia yang tahu

selama 9 bulan 9 hari, mengusungku
melahirkanku
membesarkanku
menjagaku
tidak sekalipun rungutan dilemparkan
tidak sekalipun tomahan dipalitkan
tidak sekali pun libasan di lepaskan

harus, apakah balasan dariku...
harus, apakah yang aku berikan
harus ,apakah yang aku tunaikan....

balasnya tidak perlu
kerana cukuplah melihat aku senang dengan kejayaan yang dikecapi
tidak perlu dibalas dengan kebajikan
kerana dia tahu anaknya tidak akan mencalit kedukaan

terima kasih ibu
hanya kau yang memahamiku

(rentetan khas utk ibu tersayang)
tidak aku lupakan hingga akhir hayat...

0 ulasan: