Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label sajak. Show all posts
Showing posts with label sajak. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Alangkah indahnya....

Jika...
tidak perlu bekerja,
Jika...
tidak perlu bangun tidur,
Jika...
wang dipetik di rimbunan rumput,
Jika...
wang dipetik di tepian jalanan
Alangkah indahnya kannnn!

Tapi,
Apa jadi jika semua manusia menjadi malas?
Apa jadi jika semua manusia mementingkan diri sendiri?
Apa jadi jika semua manusia bermusuhan sesama manusia?
Apa jadi jika semua manusia saling menzalimi sesama manusia?

Kerana..
Kita hanya layak meminjami 'harta' yang sementara...
Di sana kekal abadi
Allahuakhbar!!! Bersyukurlah kerana kita wujud antara yang terbaik dari yang terbaik!

Alangkah indahnya......

Thursday, February 24, 2011

Ku Akan Pergi Sementara

Buat sekian kalinya

Hati ku ini berat nak meninggalkan
Hatiku ini sakit di dalam
Hatiku ini bakal rindu pada kalian

Namun, bagaimana harus ku lakukan??

Oh..!!!

Tetap di dunia reality..
Ku bakal meninggalkan kalian selama 2 hari
Selamat tinggal semua

Ku akan pergi sementara..

Insyallah…jaga diri kalian
Jaga rumah kalian...dan
Jagalah rumahku jua

Kerana berat hati ini..
Berat jua langkah ini..
Horey!!!!BALIK KAMPUNG, (bukan balik rumah eik)


(PS: GEGAR BLOG ANDA akan dihentikan sementara, seperti biasa mengambil masa yang panjang..kerana aku berniat nak kenal blog kalian satu persatu..so…jangan tertunggu-tunggu yer..!!!) TERIMA KASIH SEMUA

Monday, October 25, 2010

Bersyukurkah kita????




Bismilahirahmanirahim….Assalamualaikum…..selamat pagi isnin sahabatku sekalian……


Syukur sekali lagi kita diberikan peluang untuk bernafas

Syukur sekali lagi kita dapat menyedut udara sekeliling

Syukur sekali lagi kita dapat menyentuh dan mengucup orang yang kita sayangi

Syukur sekali lagi kita diberi peluang menyediakan makan minum tersayang

Syukur sekali lagi dapat bersujud dikaki sejadah



Adakah ini hari terakhir kita?

Adakah cukup amalan yang perlu kita bawa pulang?

Adakah cukup sedekah yang kita hulurkan?

Adakah cukup amal jariah yang kita sebarkan?



Kadangkala terlupa nikmat yang diberikan

Kadangkala alpha dalam mengejar kebahagian

Kadangkala angkur mengapai kemewahan



Berapa ramai antara kita bangkit dari pembaringan mengingati DIA?

Berapa ramai antara kita mengucapkan alhamdullilah tanda kesyukuran?

Berapa ramai antara kita menyembah tanda ucapan terima kasih atas segala kejadian?




PS: sebagai renungan dipagi isnin…..salam sayang dari ayu- citarasa rinduan

Wednesday, August 25, 2010

INJAK NAJIS PADA JALUR GEMILANG, BUKAN AMALAN KITA...



Inikah moral kita?
Inikah peribai kita?

Yang pasti.....
Ini Bukan Cara kita,
Ini bukan citarasa kita
Ini Bukan menggambarkan keperibadian kita

Yang pasti
Kita ada akal
Kita ada pemikiran yang waras
Kita masih ada tanggungjawab
Kita Bukan mereka...

Usah diperlekehkan
Usah dipertikaikan
Usah di hasut
Usah diracun

Kita adalah rakyat Malaysia
Yang.....
Cintakan bumi bertuah
Kerana kita satu bangsa
Satu Negara, Satu jiwa

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53....

MERDEKA, MERDEKA, MERDEKA


Friday, April 23, 2010

HIDUP INI


Aku, berlari pada satu ketika
Aku, terhenti pada satu ketika
lantas untuk apa tujuanku
lantas untuk apa haluanku

Kadangkala aku terlupa setiap nikmat yang ada
kadangkala aku alpha setiap kurnian yang ada

Nah,
Sudah tiba masanya, aku perlahankan larian itu
dari mengejar kemewahan yang bukan hakiki
dari mencari kebendaan yang sementara sahaja
hidup ini hanya sementara

tadahkan tangan, hulurkan doa
sementara masih ada peluang
selagi nafas belum terhenti
kerana kita tidak tahu bila kita akan dijemput olehNYA

Monday, March 1, 2010

alhamdullilah


syukur
sekali lagi aku diberi nafas oleh NYA
sekali lagi aku diberi peluang untuk bersama-sama kalian
sekali lagi aku diberi hidayah yang tidak teperi nikmatnya
sekali lagi aku masih diberi peluang


selagi jari-jari ini sudi menari
selagi otak ini sentiasa berfungsi
selagi akal dan fikiran dapat membezakan yang baik atau sebaliknya
selagi itu aku tetap bersyukur

tahniah untuk aku
tahniah untuk kawan2ku
tahniah untuk sahabatku
selama ini membantu dan memberi sokongan terhadapku

(sajak ini khas untuk ben, peserta top 5, sahabat yang setia membaca blog ku dan mengundiku, aku reka untuk kalian ketika menjawap soalan top 5 wanita fb ben ashaari)

Monday, February 22, 2010

IBU

si tua, yang tidak kenal erti penat
si tua, yang tidak kenal erti lelah
si tua, yang tidak kenal erti marah
si tua, yang tidak kenal erti gentar

biar aku sedih, dialah si penyerinya
biar aku marah, dialah si pelembutnya
biar aku geram,dialah si penawarnya
apa jua, tingkah lakuku hanya dia yang tahu

selama 9 bulan 9 hari, mengusungku
melahirkanku
membesarkanku
menjagaku
tidak sekalipun rungutan dilemparkan
tidak sekalipun tomahan dipalitkan
tidak sekali pun libasan di lepaskan

harus, apakah balasan dariku...
harus, apakah yang aku berikan
harus ,apakah yang aku tunaikan....

balasnya tidak perlu
kerana cukuplah melihat aku senang dengan kejayaan yang dikecapi
tidak perlu dibalas dengan kebajikan
kerana dia tahu anaknya tidak akan mencalit kedukaan

terima kasih ibu
hanya kau yang memahamiku

(rentetan khas utk ibu tersayang)
tidak aku lupakan hingga akhir hayat...