aku
tahu korang mesti tak tinggal menu yang berlemak2x...
maklumlah dah anak melayu...mana boleh lupa santan2 atau minyak2x
semuanya kalau boleh hari2x lemak sayur atau ikan goreng, ditambah lagi dengan sambal belacan..
aku pun tak berkecuali..sama macam korang juga, makan semua tu...kalau tak bertambah nasi, 2,3 pinggan wajib tu...belum lagi tambah dengan tempe goreng, meleleh air liur...
malam nie, aku nak kongsi tip bekenaan makanan yang korang ambil masih boleh dinikmati tanpa menaikkan berat badan korang
jom........
KENTANG GORENG
memang sedap menikmati kentang goreng...lagi2x layan tv...tapi tak sangka dalam kentang goreng itu terdapat kandungan kolori yang begitu tinggi
aku cadangkan korang ganti dengan
Kentang panggang
korang bersihakan kentang,cucuk isinya dengan garpu, bungkus dengan pembalut aluminium, panggang pada suhu 180 c selama 30minit... mesti sedap, di tambah dengan keju parmesan
JAJAN\ BISKUT
kalau aku dah menghadap jajan sambil tunggu pelanggan di kedai..aku rasa boleh menimbun lemak2x kat area yang tak sepatutnya, jajan nie bahasa johor, bahasa luar kerepek atau makanan ringan,mari kongsi petua dengan aku untuk mengantikan hidangan jajan tersebut..
biskut oat
korang buat sendiri, dengan campurkan oat yang korang beli dengan air, campurkan telur putih dan tambah sedikit garam... lepas tu korang buat keci2x keatas dulang pembakar, hasinya,. pasti memuaskan hati kerana kandungan oat yang sedap dan ranggup..lagi2x hasil tangan korang juga.
bagi yang malas tu..korang beli biskut oat jer..
BURGER
makanan sampingan ini, amatlah tinggi nilai kolorinya,,, enak lagi bila time sejuk korang makan sambil menikmati tv...apatah lagi musim hujan...menu gantian ini senang di cari...orang melayu mesti senang nak cari..jadi, gantikan dengan:
Burge tempe
korang buat seperti burger biasa, namun gantikan dengan tempe, kukus kemudian tumbuk kasar tempe tersebut, tumis bawang putih, daun bawang yang korang dan hiris kecil2. kemudian korang masukkan tempe yang dah ditumbuk kasar..masukkan sedikit garam, korang gaulkan atas api yang kecil..siap..dihidang dengan hiasan salad,tomato dan roti bijan..
selamat mencuba...
kalau korang terlebih rajin nak masak..mari belajar memasak dengan
0 ulasan:
Post a Comment