CITARASA RINDUAN

Monday, January 2, 2012

Bekas Presiden Bursa Malaysia Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Mohd Salleh Abdul Majid, 62, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 10.20 pagi Isnin akibat barah.
Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke HKL akibat sakit buah pinggang dan kanser rektum.
Beliau dimasukkan semula ke HKL Rabu lalu selepas keadaannya kritikal akibat penyakit kanser yang disahkan doktor pada tahap empat.
Menurut anggota keluarga, jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah ibunya di Lot 1055, Jalan Haji Mokhtar, Kampung Pasir, Hulu Kelang, dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar.
Mohd Salleh menjadi Presiden BSKL selama 19 tahun dari 1984 sehingga 2003.
PS: dengar berita di tv3 jam 8 malam tadi, al fatihah buat arwah, salam takziah buat keluarga.. masa kita belum tentu.. moga sama-sama kearah kebaikkan

6 ulasan:

[PCL] said...

salam takziah buat keluarga allahyarham...pcl kenal muka aruah selalu kuar tv citer pasal brusa saham...
al fatihah.

IMANSHAH said...

salam

takziah dan Alfatihah

~ yus ~ said...

Al-Fatihah

wan nurul hezrina said...

al fatihah..takziah pd ahli keluarga

Arizakiah said...

akak pun tengok Berita TV3 malam tadi...menurut sahabat2nya yang ditemuramah, semasa beliau terlantar sakit pun masih lagi menulis....
akak kagum dengan semangat beliau.

Pok Amai-Amai said...

Innalillah...