Tahniah buat keluarga dato Chef wan..
Cucu kedua dato telah selamat dilahirkan pada 23 hb January 2012 (hari raya cina?peehH.. pasti banyak angpau HEHEHE..)
Sebenarnya aku tak tau pun yang serina mengandung lagi.. dapat tau dari blog kak Miss Mirror masa aku BW petang tadi..
Google dalam mstar.. ini kisah Serina bersalin pada hari isnin (semalam)..
PETALING JAYA: Pelakon, Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang pada Isnin.
Menurut bapanya, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya itu dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram.
"Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya.
"Walaupun sedikit kecewa tidak dapat bersama mereka tetapi ibu dan anak diberitahu dalam keadaan sihat," ujarnya.
Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya itu.
Terdahulu, Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O'Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.
18 ulasan:
Tahniah buat mereka. :)
Mesti comey anak dia..tgk je lah yg sulung tu..
Salam ayu, tahniah buat Serina.
wah tahniah serina..salam kenal..
IM suka dengar lagu Isabella tapi bukan untuk nama bagi cucu IM!
Nt dah dpt gambar baby... jgn lupa upload tau Ayu..
dapat sepasang, mesti comelkan
Thanks kak ayu,update.:) baru tahu...cepat juga Serina dpt yg ke-2 kan?rezeki...rezeki...bestnye!
Tahniah utk serina...semalam tgk mrs cinderella teingat serina tgh mengandung...baru tau dah bersalin =)
Ayu..acik tau dia mengandung anak kedua masa bertunang cheff rizz..
nampak gambarnya masa tu
chomei2 kan anak dia...geram tgk...
saya tahu dia mengandung masa tengok dlm tv..masa tu dia pergi majlis perkahwinan seorang artis..( x ingat sape..)
bertuahnya..dah dpt sepasang...:)
comel2 plak tuh...
kalo ramai anknya ni lg meriah!
dapat sepasang memang sangat bestkan .. tahniah untuk serina dan suami.. juga tok wan.... comelnyer anak sulung serinatu..
Mesti cantik juga macam abang dia. Beruntunglah yg sulung anak lelaki kini anak perempuan pulak...
lawa ....
nama-nama yang dipilih sungguh .....
tahniah buat serina dan chef wan sekeluarga..
saya pun baru tau serina dah ada dua anak..hahaa...memang kureng sikit bab2 artis dan selebriti ni..
tahniah...mesti comel anak dia
Post a Comment