Alhamdullilah, perjalanan kami ke Dewan Serbaguna Caah,Daerah Labis Segamat berjalan dengan lancar..
Tiba ke dewan dalam jam 11.20 pagi, agak awal atau tidak, sekurangnya kami tak perlu meredah jem atau dapatlah aku kenal sepupu MIL dan sedara maranya secara aman.. hehehe time tu pengantin belum tiba kan…
Bila sampai awal, semestinya tetamu kurang dan semestinya aku dapat cuci mata dalam dewan ini.. makanan memang super sedap… aku makan nasi minyak akhirnya.. sedapp..
Pelamin masih kosong?... super cantik bukan?? Sangat berseri dengan tema warna pink
Bila pelamin kosong, Jangan pening.. aku dan umai boleh posing sendiri tanpa gangguan.. hahahhahaha
Aksi umai semakin liar jadinya.. aku mau ciummmmm di jelirnya lidah!!.. anak kamu bikin ibu sakit perut.. kredit to my En Zalie…
Nak memperkenalkan ayam goreng segamat yang sangat rangup. Enak dan lazat, kalah ayam goreng popular.. heheheh.. KLFC.. mungkin hanya ada di segamat sahaja.. (untuk makluman korang aku tapau dalam 6 ketul.. heheheh)
Untuk tempahan catering atau tempahan buat majlis keraian korang boleh call no 012-7618452..
Inilah tuan rumah (ayah pengantin) namanya Alias Bin Alime (orang tiak nama glemornya Alias Risda, berbaju puple)
Manakala ini pula isteri Alias a.k.a sepupu mak mertuaku iaitu Hawa Binti Ya`acob (paling kanan berbaju puple dalam gambar), sibuk beliau melayan tetamu yang hadir. Bila cik Hawa tanya siapa aku? Aku jawab menantu Ros isteri arwah Hamis.. hehehhee.. guna nama tu mudah betul orang nak kenal aku… maklumlah suamiku anak tunggal
Mak mertuaku Puan Rosliah Bakar yang seronok berbual dengan sepupunya, lama tak bersua, sepupunya ada yang ibubapanya tinggal di tanah arab.. bila perhatikan wajah mereka.. aduhai.. lawa2 lah..
Perhatikan majlis mereka banyak kebetulan ( MIL pakai baju tema ala2 menepati kehendak pengantin puple colour, aku pun ala2 gak, pink colour.. hehehe)
Dan agaknya rezekiku, dapat juga tunggu pengantin sampai, kereta antic yang tersadai di kawasan dewan semasa ketibaan aku, malah ku dah agak dari awal2 lagi inilah kereta yang bakal membawa pengantin kesingahsana..
Betul!! Tekaan aku benar… hehehhe jeng-jeng jom kita lihat raja sehari yang sedondon berbaju pink
Yehahhhhh!! Lihatlah kepadanan mempelai.. sama cantik sama kacak.. aku suka!!
Gurau-gurau sewaktu hendak masuk ke dalam dewan.. indahnya panaroma yang ku tonton melalui kamera cikaiku..
Moga bahagia buat mempelai (Nursyazwani Binti Alias dan Mohamad Faiz Bin zainal) Wani dan Faiz.. Ku doakan rumahtangga yang dibina kekal ke akhir hayat dengan diserikan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah
Kumpulan kompang yang sangat kreatif, tak silap aku kumpulan kompang ini dari sekolah keb Melayu Raya, gurunya adalah pengasas kumpulan ini..
Aku cuba google dalam internet, ini you tube persembahan yang sangat menarik
19 ulasan:
salam,
alhamdulillah, selamat sampai pun kan... lalu jln mana kak?
wsalam azref--
kak lalu betul2 ikut cdgnn kamu.. alhamdullilah., ,udah nak jumpa dewan ini...
terima kasih dik, arah balik, kak lalu jalan dalam.. terus ke ayer hitam.. entry kesana kak buat nanti ya..
banyak nak syer..
hehehhe
xjauh la dr tmpt mai stdy ni..;)
dh lama x mkan lauk kenduri kawen
mysara--
sungguh ker??
wahhhhh
kak lelord--
nanti balik malaysia, belasah cukup2 ya,, heheheh
Best ya dapat naik kereta antik...
Sama cantik pasangan pengantin tu..
Semoga bahagia ke anak c ucu
sepadan pasangan pengantin..sama cantik
kenduri kawen skrg ni mesti ada ayam grg special camtu. dulu sepupu izan kawen pun ada buat...siap ada cendol ngan aiskrim lagi tu...
sepadan pengantinnya... bagai pinang dibelah dua...
wahhhh.. nampak meriah..
hurmm.. kat belah kelantan jarang sangat orang buat kat dewan. hehehe..
p/s: kak. memang ngeri dengan kes suami orang tu..huuuu~
Salam,
Kereta antik tapi pengantin adalah pengantin baru ... bukan pengantin antik
dalam byk2 benda, saya paling berkenan kat kete tu!
terus berangan tema kawin saya nanti! kehkehkeh...
dulu2.. segamat tempat maklong shopping.. la ni tinggal kenangan..
maklong suka kereta antik tu punya kaler.. hehe..
awe suka tang pelamin, ayam ngan kereta tu..hehe
Meriah majlis ni.. Suka tengok kereta antik tu.
Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.
waa..cantek nyer pengantin..lauk pauk tu pon sodap tuh..;-)
seronoknya kalau melihat pasangan yang baru mulakan hidup baru..
Semuga berkekalan hingga ke akhir hayat.
Cantik kereta tu. Memang antik.
alhamdulillah semuanya berjln lancar..
mesti best kan dpt mkn lauk kenduri..lama dh js tak rasa lauk kg camtu..hehe
semoga mereka kekal bahagia..seronoknyee
Post a Comment