Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, January 5, 2012

Aishiteru Drama TV 9, buat aku gelak tak teringat malam ini malam WAJIB


Malam jumaat, selalunya lepas baca yasin aku pasti update blog, tapi dah berapa hari ini.. mood aku lari ke laut, nak BW pun rasa feel kurang.. harap2 kawan-kawan tak kisahlah kalau aku tak singgah blog korang.. sorry

Malam ini, jam 8.30 boleh pula aku layan tv 9.. mulanya tak ada mood nak berlamaan depan tv, rasa nak tidur jer..  sebab badan aku sakit2 layan basikal 2-3 hari nie agaknya.. heheheh

Sekali layan jer, aku tergelak…. Dua kali layan bertambah gelak…. Memang kelakar, bila budak2 yang masih sekolah a.k.a muda belia kena kawin paksa sebab tertangkap basah…



Nak olah drama ini, aku tak ikut dari awal, jadi aku google dalam pakcik goggle buat korang

Kisah bermula dengan Izrael, lakonan Afiq Muiz yang mempunyai tabiat suka berfoya-foya dan sering bertukar pasangan. Suatu hari ketika bersuka-ria di pub bersama rakan-rakan, Izrael ditahan oleh penguatkuasa kerana didapati memiliki pil ecstacy. Izrael bingung kerana dia sememangnya tidak pernah mengambil pil khayal itu dan hairan bagaimana pil itu boleh berada didalam poketnya. Akhirnya Izrael mendapat tahu ianya adalah kerja bekas teman wanitanya bernama Rania yang masih berdendam dengan Izrael kerana memutuskan hubungan cinta mereka

Datuk Izrael iaitu Leftenan Kolonel (B) Ismail merupakan seorang yang tegas dan telah menjamin Izrael tetapi dengan bersyarat. Izrael perlu menjalani perintah berkurung di rumah dan juga akan dimasukkan ke Institut Latihan Tentera Laut Diraja Malaysia. Ini membuatkan Izrael berasa rimas kerana dia sering keluar rumah untuk berhibur.

Sehingga suatu hari, dia telah menyelinap mengikut rakan-rakannya bercuti ke Pulau Pangkor. Di satu perkampungan nelayan, Azira, lakonan Erin Malik, meratap sedih kerana terpaksa melepaskan sahabat baiknya Ammar melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya. Dalam diam, Azira menaruh hati terhadap Ammar tetapi segan untuk meluahkan hati. Ketika keluarga Ammar sibuk membuat kenduri kesyukuran, Azira telah menyelitkan surat cintanya ke dalam buku Ammar. Harapan Azira agar Ammar membaca surat tersebut dan membalas cintanya.

Izrael dan rakan-rakannya terserempak dengan Azira dan mereka mengusik Azira. Izrael yang sememangnya dikenali sebagai kaki perempuan dikalangan rakan-rakannya telah mengusik Azira yang mempunyai perwatakan yang cantik dan lembut. Sikap ‘jual mahal’ Azira membuatkan Izrael semakin tertarik untuk mendekatinya. Pelbagai cara dilakukan oleh Izrael sehingga penduduk kampung menyangka Azira telah menggatal dengan pemuda dari bandar. Gara-gara mulut Muna yang suka menjaga tepi kain orang terutamanya Azira menguatkan lagi sangkaan buruk penduduk kampung terhadap Azira. Azmi, abang Azira yang bersikap baran telah mengamuk dan telah menggertak untuk mengahwinkan Azira dengan Izrael. Azira menjadi semakin tertekan!

Suatu hari Izrael telah menaiki bot nelayan dan terjatuh ke laut. Izrael berpura-pura lemas dan diselamatkan oleh Pak Aziz, bapa Azira. Izrael terpaksa berbuat begitu semata-mata untuk mendekatkan diri dengan Azira. Pak Aziz simpati dengan Izrael dan membawanya pulang ke rumah. Azira tidak suka dengan kehadiran Izrael, begitu juga dengan Azmi. Izrael yang masih tidak berubah perangai tiba-tiba cuba memeluk dan mencium Azira ketika Azira ingin memberikan air kepada Izrael. Tanpa diduga, Azmi pulang pada waktu itu dan menyaksikan perbuatan tidak senonoh Izrael. Azmi begitu marah dan ingin memukul Azira, tetapi dihalang oleh Izrael yang tiba-tiba sahaja boleh bergerak. Ini membuatkan Azmi bertambah marah kerana Izrael sebenarnya berbohong dan tidak sakit.

Azmi mencabar Izrael untuk berkahwin dengan Azira dan ini membuatkan Izrael terjelepuk di lantai! Muna yang suka membawa mulut telah mendengar pekikan Azmi dan memberitahu seluruh kampung. Keluarga Azira berasa amat malu. Izrael pula terpaksa menelefon ibunya Puan Nora dan ini membuatkan ibunya terutamanya datuk Izrael menjadi terkejut.




Untuk malam nie, aku ketawa besar bila Is, yang bernazar berkawin dengan Azira dengan rela hati sanggup berkawin gara-gara mendengar nasihat dari pakcik yang bantu dia sewaktu dia hanyut ditengah laut, wahal mulanya dia tamo kawin, Is tak faham maksud Nazar, adeh… budak2 zaman sekarang nie tak tahu takut kalau dah berjanji…

Sakan, Is curi basikal, curi baju melayu dan curi songkok sebab dia tahu majlis angkat nikahnya dah lama berjalan tanpa kehadiran pengantin lelaki

Last2 masa dia sampai ke tempat pernikahannya, mak dia, lakonan si Wan Nor Azlin, bersama datuk Is lakonan Dato Jalaluddin dah penat menanggung malu sebab tunggu Is lama benor nak sampai ke rumah family azira…

Berulang2 angkat nikah dijalankan. Sampai songkok pak iman terbang.. hahahhahah

Berpeluh2 ibu Is dok kipas badan, lagi risau sebab cincin kawin dia turun kat menantunya, siap pujuk atok Is nak baik cincinnya.. hehehehhe





Akhirnya bila banyak kali angkat nikah tak sah, sebab kegabraan Is….. Pak iman diingatkan ada majlis lain kena tuju.. terus sahkah sahaja perkahwinan Is dan Azira……

 Malam pertama berjalan,tapi mereka suami isteri bergaduh macam budak darjah 1.. lawan2 baling kertas.. hehehhehehe… cadar lari dari tilam, bantal tak tersusun. bilik lintang pukang.. adehhhhh


Solat berjemaah, Is tertidur2 sebab malam tak tidur selesa, tidur kat lantai.. tapi kasihan pula kat Azira sebab dia lagi tak nyenyak tidur bila dengar ngorokkan suaminya.. hahahhaha



Gaduh masa sarapan pagi, sebab Is tak makan pedas, bila Azira naik hantu.. diterbalikkan mee hoon pedas atas kepala Is… hahahhahah

Sambung minggu hadapan.. adehhhhhhh.. aku terjatuh cinta kat drama nie, tapi masalanya nak tunggu seminggu oooooooooo… kalau tanam pokok, dah ada hasil!!

PS: update blog sambil layan semanis kurma bertajuk Awasi anak  berinternet


6 ulasan:

aliza said...

akak pun terjatuh cinta jugak aar, nak tengokk.... bess tengok citer yg ala2 ringan santai ni, kalau berat2 susah nak faham...

Unknown said...

aimaniman--
ayu pun suka drama ini, sekali layan terus jatuh cinta,.. hehhe

Woofer Storm said...

kasihan sy sis tak tengok lagi..hehe

#bunyi mcm sedap..hehee sis,sy pun dah malas nk berblogging tika ni..tolong tiupkan semangat sy kembali..hehee

Ati Masrif said...

macam best je ayu..
nx week nak tengok lah :)

Kakcik Seroja said...

Kakcik tengok drama ni separuh jalan je semalam. :)

Unknown said...

woofer storm--
kak pun dah malas nak berblog, tapi semangat awak lah penyebabnya tanpa awak sedari.
support antara kita pasti menjadi..
blogger bersama blogger.. hehehe

ati--
tonton minggu depan.. mmg boleh hilangkan stress

kakcik--
tukar semanis kurma ya