Awal pagi aku dah gabra dengan tarikh temujanji En Zalie, dengan topup handphone tinggal beberapa sen… bila aku call HSI memang betul hari ini tarikh apoinment En Zalie.. mujur jam 9 pagi adalah masa temujanji bersama doctor Jothi…
Doctor yang sangat baik sepanjang En Zalie di rawat di HSI.. bila bertemu doctor, kami masih berpegang dengan kehendak kami, iaitu tidak mahu operation dilakukan, memandangkan risiko amat besar jika di jalankan…
Moga, dengan bantuan alat pernafasan yang dipakai oleh suamiku setiap malam dengan izinNya suamiku dapat meneruskan kehidupannya.. Insyallah…
Tarikh temujanji dengan beliau pada tahun hadapan iaitu pada18 january 2013.
Ini perkara yang ku belajar pada hari ini,. Redha dan berusahalah selagi hayat masih ada… masih ada orang lain disana yang menghadapi pelbagai dugaan dariNya, itu tandanya DIA sayangkan kita.. itu tandanya kita tergolong dalam golongan orang2 yang terpilih.
Syukur…
Dan kerana itu, aku terlupa temujanji aku dengan blogger ini, sungguh!!! Aku terlupa. Maafkan kak dari hujung rambut hingga hujung jari, ada jodoh insyallah.. kita bertemu lagi..
PS: salam takziah buat seluruh keluarga arwah Izwan Pilus diatas kehilangan beliau yang menghadap Illahi pada jam 6.15 petang dihospital Ampang, beliau dimasukkan ke hopital pada pagi tadi (jumaat), punca kematiannya kerana menghidap penyakit jangkitan kuman di paru-parunya. Jenazahnya akan di kebumikan di kampungnya di Melaka,Jalan Taman Nyalas 2, Taman Nyalas Permai, Jasin.Al fatihah buat Allahyarham
Post FB beliau kali terakhir..
Usianya hampir sama denganku.. masaku entah bila??, Malam ini, atau esok2 mungkin giliranku.. ku mohon beribu kemaafan buat semua teman2 yang mengenaliku, samada kesalahan yang ku lakukan secara senghaja atau tidak..
22 ulasan:
al fatihah ..semoga suami ayu cepat sembuh..
ayu izwan pilus tu sapa?
JS--
penyanyi dan pengacara...
.....yes sayang...
kalau kita rasa kita dah banyak sangat dugaan....
ingatlah..ada lagi yang di luar sana ..yang lebih hebat dugaannya...
sabar..dan redha..ujian Allah adalah buat kita yang terpilih.....
.....saling ingat mengingati dan doa mendoakan....sesama kita....
alfatihah buat izuan...semuga kau di tempatkan bersama golongan orang yang beriman..insyaallah,amin.
apa FB ayu ya? FM nak add..
kak izatku sayang--
kak adalah insan yang menjadi idola ayu..
selain ketabahan dan sifat bersahaja kak menghadapi dugaanNya, ayu sangat admire!!!!!
fatin--
kak ke blog kamu ya
Segalanya atas kehendaknya jua.
Arwah satu kelas dgn saya dulu ... Al-Fatihah
kakcik--
betul tu kak. DIA maha penyayang
cik kamoo--
2 adiknya belajar di melaka kan?
lambat lg kan temujanji en zalie, tahun depan. suami akak sakit apa?
eiela--
OSA, tidur berdengkur tanpa nafas
,kak ayu dah pernah buat entry ttg OSA..
al-fatihah buat arwah....
Suami adalah jambatan utk kita ke syurga... meski berat ujian menimpa, pasti ada rahmat di sebaliknya yg kita tak tau. Moga ketabahan menjadi milik Ayu & family.
Takziah utk keluarga Izwan Pilus.. nama ni mmg agak familiar cuma ingat2 lupa.
Semoga terus tabah ye,ayu...moga suami ayu cepat sembuh.
tu la...ajal ni tak mengenal usia...al-fatihah buat arwah Izwan Pilus.
asalam ayu..semoga suami ayu akan sembuh sepenuhnya.
salam,
mg allah mempermudahkan segalanya...
kak, jika allah mentqdirkan mati utk kita, biarlah dlm khusnul khotimah... amiin...
Al-Fatihah... semoga roh arwah tenang di sana
saya rasa arwah adalah seorang yang baik. ramai yg terkejut dan sedih dengan pemergiannya.
semoga Allah merahmatinya...amin...
*
ada jodoh nanti boleh je akak jumpa dgn azian tu. takkan lari gunung dikejar. hihi~
Al-Fatihah.. Semoga Allah merahmatinya.
p/s : Ayu, umur arwah sebaya dengan Kak Nur. Moga Ayu sabar dengan ujian dariNya.. besar ganjarannya berbakti pada suami & keluarga.
al-fatihah...
terkejut jugak mula2 dpt tau...
Semoga suami ayu tabah menghadapi dugaanNYA n cepat sembuh.
alfatihah..semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 beriman
suami sakit apa..
semoga sembuh dan hadapi dugaan dengan tabah,..
yupp ad jugak dengar dr buletin utama tentang izwan pilus nieh,.. alfatihah..
Post a Comment