Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 2, 2010

SALAM TAKZIAH DARI CITARASA RINDUAN




SALAM takziah untuk keluarga arwah Din Beramboi daripada keluarga CITARASA RINDUAN, aku mendapat berita ini daripada ibuku di kampung, kebetulan 2 hari aku berkampung si sana, internet dan surat khabar pun aku tak ikuti... terima kasih ibu kerana menyampaikannya..

selanjutnya aku perolehi berita ini daripada online UTUSAN MALAYSIA
02/04/2010 1:50am


Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi


KUALA LUMPUR 2 April - Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. - Utusan

Add to Google

0 ulasan: