Selamat pagi...alhamdullilah awal pagi2 nie, aku dapat menikmati peluang ciptaan illahi, menghidu bau tanah walaupun hapak itulah bau yang amat menyenangkan, mendongak melihat langit, cantiknya awan dipagi hari, ..rasanya bangun seawal pagi, lebih bermakna dengan mendengar alunan azan dan bacaan Al-Quran dari masjid berdekatan.....Syukur tak terhingga kerana Aku masih diberi peluang dariNYA
Lebih2 lagi bagi aku, ramai yang sedang mencari rezeki untuk keperluan sekeluarga....molek bagi aku untuk syer doa rezeki kat korang, yang maksudnya:-
Maksudnya: “Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan kurniakan padaku keluasan pada tempat tinggalku, dan berkatilah pada rezeki yang Kau kurniakan padaku
Seperti 1 hadis yang maksudnya, dari ayat al-Thalaq ayat 2-3
"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, niscaya akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka." (QS. Ath-Thalaq: 2-3)
Maka, rutin harian sudah bermula, walau apa pun dugaan yang kita hadapi, walau apa pun kebahagian yang mendatang, aku doakan yang baik-baik untuk korang. Tempuhi dengan hati yang terbuka, terima seadaanya kekurangan orang yang kita sayang, ubah tingkahlaku kita yang tidak elok pada pandangan orang, sekurangnya kalau kita menutupi perangai yang di benci, bertambah 1 lagi pahala untuk kita.....
Aku pun tak terkecuali, hamba yang kudus dimuka bumi ini...... seseungguhnya, kalau kita berubah kepada kebaikan, maka bertambahlah ganjaran untuk dibawa kesana.... AMIN
0 ulasan:
Post a Comment