Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 2, 2010

KAMPUNGKU SYURGAKU

salam , malam nie aku nak kongsi dengan korang tentang sebuah tempat yang paling bermakna dgn kehidupanku...tanpa tempat ini,tidaklah aku dibesarkan dengan kasih sayang, tidaklah aku dibesarkan dengan semangat kejiranan dan tidaklah aku kenal erti muafakat... TERIMA KASIH kampungku...

FELDA TENGGAROH 1,MERSING, JOHOR adalah kampungku.. tempat aku dibesarkan..selama 13 tahun aku melalui detik-detik indah bersama jiran-jiran dan rakan sepermainan...walaupun kami dibesarkan tidak seperti kanak-kanak lain yang mewah dengan mainannya, yang mewah dengan pakaianya...namum kami masih berbangga dengan permainan kampung, pakaian turun menurun (pakaian asalnya dari kak sulung kemudian diserahkan ke adik beradik yang lain)..walaupun kami dibesarkan dengan hidup berkongsi mainan, bertukar-tukar hidangan atau apa sahaja....itulah kenangan terindah buat kami...

2 hari aku kembali ke kampungku...kurasakan masa yang amat pendek berlalu...bila ku pandang kanan dan kiri..pelbagai perubahan yang berlalu...rindu dengan laman rumah dimana tempat aku berkumpul bersama kawan-kawan seusia...dibuli abang-abang yang suka menyakat kami...kalaulah dapat diputar kembali...aku rela menjadi kanak-kanak selamanya....

Untuk tatapan korang, aku abadikan gambar terkini kampungku..semoga menjadi contoh semangat perpaduan dan kejiranan yang kami miliki untuk korang...




Rumah jiran tertangga sebelah kiri...(Puan Sal dan En, Md. Nor)

Rumah aku dibesarkan...semangat abah dan ibu (En. Rahman Dollah dan Puan Jumiah Ramli) menghiaskan rumah amatlah dipuji...cuma aku terkilan tidak dapat membantu....

Rumah jiran berhadapan umah ibu....(En salikin dan Puan Im)


Jiran yang kurasakan ada kuasa ajaib yang menyuburkan tanamannya....bukan sahaja subur, malahan hasil tanamannya amatlah memuaskan


korang ingat lagi entry sebelum ini, tanaman ini semasa kecil..sekarang puas abah dan ibu menikmati...aku dapat juga merasa hasil air tangan dari orang yang amat kusayangi.. Terima kasih Ibu dan Abah...



Jiran kanan kami, lanskap dalam pembinaan....


Indahnya mata aku melihatnya....semoga kami berbahagia selamanya.......






Abah, dan jiran-jiran yang sedang bergotong royong menghiaskan kawasan blok kami.... semangat inilah yang ku puji....usia bukan membataskan segalanya.....tidak perlu bersenam atau apa2 alat untuk menyihatkan badan...peluh sudah menbasahi tubuh mereka...


Aku medoakan agar kampungku terpilih untuk memenangi pertandingan keceriaan kampung.....kepada rakan-rakan sebayaku.......bilalah dapat kita bertemu...semoga ada jodoh...kita akan disuakan..amin

3 ulasan:

Mat Gebu said...

salam puan...tuu dia berseri2nya kws rumah....

AYU said...

da balik kampung ye...kita org x sempat2 nak balik kampung. nak juga tengok perubahan tenggaroh skrg...almaklumla nak menang 1 juta.

Unknown said...

abg mat mmg meletop..semangat 1 malaysia gitu

kak ayu...hilang letih bila ronda2 kampung, macam tak percaya nie tempat kita dibesarkan...sangat2 cantik...semoga kita menang....amin