Apa kena tah dengan mata aku nie, selalu time mcm nie dah tido awal. nak kata tak penat? penat sangat,...letih benor badan nie layan majlis sepupu, layan umai yang peel dia baru baik demam..agaknya selagi aku tak post entry tentang kawan yang nak sangat aku jumpa..selagi tulah atiku tak tenteram...
Sebelum, aku tunjukkan kat korang sapa orang2 yang istimewa (ewah..lagi2 dapat layan lagu cinta kau yang teristimewa dari adibah nor, macam faham2 jer radio nie...). Aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Norliza Bte Masrom dan pasangannya Abg Am (aku lupa full name..ehheh), aku doakan jodoh kalian berpanjangan sehingga akhir hayat, amin.., Sebenarnya liza nie, kawan aku semasa kecil lagi, kira kawan sepermainan, ingat lagi aku dan dia berkawan dari sek rendah hingga sekarang, ditambah En Zalie dan liza sepupu..maka aku dan Liza menjadi kupu2...hahhahaha.. sepupu juga..
Jom, aku tunjukkan siapa yang aku jumpa pada hari nie, antaranya ialah:-
Kenal melalui blog. dia tegur aku melalui facebook suaminya... penyebab kami bertemu di dunia maya adalah kami sama2 menyukai blog BEN ASHARRI, sehingga lah kami sama2 menyulam kasih, sayang, rindu...hehehehe...(betul, aku memang suka sangat kat kak lia), ibu kepada 2 orang cahayamata yang amatlah comel dan gebu2... Pasangan suami isteri nie, amatlah spoting, terima kasih kak lia, sebab sudi datang ke rumah ibu tersayang di F tenggaroh 1... ayu doakan hubungan kita berkekalan hingga akhir hayat..
( pic nie aku ambil dari blog sis lia, sorry tadi tak sempat nak amik gambar bersama)
Opps, sebelum aku meneruskan lagi sesi pertemuan yang tak terduga, yang buat best tu... dah 10,15 tahun tak jumpa...tu yang seronok sangat bersua dengan sahabat2 lama...
Saje, nak selitkan gambor terbaru aku dan Umairah, pic ni secara paksaan, kerana umai baru lepas demam, tu yang mood dia tak berapa elok...sampaikan aku dah tak larat nak layan kerenahnya, ingat nak suruh Umai jadi Flower Girls, namun tak kesampaian kerana Umai mengamuk,...apa pun pada anak ibu..IBU SAYANG UMAI.......
Yang berikutnya, aku bertemu semula dengan sahabat lamaku yang bernama Suhana Hamid, alahai...comel sungguh anaknya... Suhana nie aku kenal masa umur kami 10 tahun, sehingga Form 5 kami 1 kelas, lemah lembut., manis, susah nak marah..Seingat aku dulu dia kecil comel jer..sekarang nie makin kecik pula badannya, susut, atau ........ adakah aku yang semakin membesar?....
Seterusnya, Noremy Mahmood dan adiknya Lina Mahmood.. Noremy nie rapat juga dengan aku semasa sek rendah sehingga menengah, sekali lagi kami bersua semasa sama2 buat SKIM LATIHAN GRADUAN (SLG). Jiran kepada pasangan pengantin. jua sahabat baik, suka dengan kecomelan anaknya... sekarang bekerja di Hospital Putrajaya, yang buat aku tersenyum2 kerana adiknya rajin jua membaca blog aku, kecik juga dunia... terima kasih sebab sudi membaca luahan hati kak nie.. selalu2 yer jenguk blog sis...
6 ulasan:
lama betul abg eq tak pergi kenduri kendara ni....
asyik mkn nasi minyak kat kedai je..hehe
hehe...tq yer ayu..akak pun seronok sgt dapat jumpa ibu/ayah ayu yg sgt ramah tamah...hilang terus 'malu2 kucing' tue...ekekeke...insya'allah akak pun harap hubungan ni akak terus b'kekelan hingga ke akhir hayat....tq tau bagi free 1 bungkus paste mi bandung..akak bagi 3...bagi kat mak/mak mertua & utk akak sndri...mlm td smpi saujana terus buat...k'btlan mak ikut akak balik cni...n sepupu suami pun dtg...semua kata sedap...rugi lak x order 10 bungkus...hehehehe....
salam kak ayu..salam perkenalan...
salam abg eqbal..
ayu nie dah naik muak asyik byk kerja kawin, bulan 11 thn nie adik pula yang kawin,alamatnya,.asyik berinai jerlah jari jemari ku nie
sis lia
sangat2 mengharukan sebab kak sudi datang berkunjung ke rumah mak ayu,..tak sangka..terima kasih beli paste yer..kalau ada jodoh kita jmp lagi
mohd syukor ibrahim
hai dik, salam ukhwah.....
Post a Comment