CITARASA RINDUAN

Wednesday, April 7, 2010

BETIK


Malam nie, aku nak kongsi 1 petua khas untuk korang, idea nie timbul bila adik angkatku si ISMA HASHIM yang minta aku kongsi petua kesihatan....

Untuk permulaan, aku kongsi petua tentang betik, alah bijinya yang kalau kita mai campak kat mana2 tanah gerenti hidup, kebanyakkan mesti tahu, khasiat buah betik nie untuk memulihkan masalah penghadaman (bahasa kasarnya sembelit)...tapi kali nie aku kongsi untuk bahagian yang lain...

  • Untuk daun betik tu, selain buat ulam pucuk betik (khas untuk yang menghidapi darah tinggi) ianya elok untuk penyembuh luka untuk kaki yang terpijak kaca, CARANYA: tumbuk daun betik tu, dengan garam, kemudian sapu semuanya ke luka tersebut...Insyallah berkesan

  • Untuk bijinya pula, untuk mengubat rambut yang beruban, kadangkala bukan org tua jer yang ada uban, budak2 yang ada masalah rambut pun ada yang hadapi
CARANYA: ambil 2 senduk biji betik yang dah masak, jemur sampai kering dan goreng sehingga hangus ( bahasa aku dipanggil `sanggar`) , kemudian tumbuk sampai lumat, dah jadi serbuk korang campurkan dengan minyak kelapa...(senang jer beli kat pasar) . Lumurkan kat kepala korang setiap kali nak tidor...

p\s: untuk petua yang lainnya, akan aku kongsi utuk korang, kalau korang bagi cadangan lagi bagus...bolehlah aku bantu kalau aku tahu...

2 ulasan:

AYU said...

rambut ni memang da ader kaler putih pun sikit. tapi jenuh lah pulak nak sapu tiap2 malam...hehe...

akmal hacks said...

tips yang berguna..heee