Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, April 29, 2010

SHOPPING AT GIANTS

Terima kasih atas nasihat dan komen kawan-kawan blogger, yang ikhlas membantu aku membuat pilihan berbelajer untuk barangan ke XPDC Selai-Taman Negara, antara yang sudi beri komen, tentu sekali aku hargai mereka, antara mereka adalah:-
  • Cheqna
  • Sis ain
  • Yanie budak gebu
  • mrs Bang Mizi
  • Cik Toge
  • siti nur fadhilah
  • zana
  • aiz


Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka, siapa kata berblog merugikan?, buktinya jelas dihadapan mata, setiap masalah boleh dikongsi bersama, kepada kawan-kawan yang belum lagi mempunyai blog aku cadangkan korang cepat-cepat buka akaun google.. tak rugi...PERCAYALAH..., eik...panjang juga iklan aku kali nie, cepat ler abiskan cerita, karang ada yang nak muntah hijau...kikikiki

Oleh kerana, Giants berhampiran dengan kampung aku, maka aku memilih giants untuk berbelanjer, mulanya nak gak pi ke tesco..risau barang yang aku perlukan tiada, disamping nak ke farmasi untuk membeli barang-barang keselamatan time memerlukan.

Aku, En Zalie dan Umai begerak jam 9.00 pagi, sampai sahaja ke Giants, Kulaijaya..masih banyak kedai yang masih belum dibuka..maklumlah dah jadi trend depa berniaga, operasi dibuka jam 10.00 pagi.. tanpa membuang masa, aku buka nota untuk check list barangan yang perlu sahaja, mana tau jadi penyakit, rambang mata. lebih pula budget.. kitakan penguna, kena bijak memilih..(peeh ayat tak tahan betul...kikikikiki)


Punya lah syok aku berbelanjer, masa nie, En Zalie dan Umai pi ke depatment lain, aku ditugaskan memilih makanan kering.,siap jer aku dah pilih keperluan aku cari En zalie, puas gak jogging 1 kawasan giants, tak jumpa2...akhirnya 15 minit mencari baru aku jumpa... itupun terpandang Umai kat kawasan kegemarannya.... nak tau depatment mana?....

JOM
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>



Tara...........
Sah..buku ler jadi pilihan dia, cepat-cepat aku capai handphone, snap gambor dia..nak tahu gak apa yang dibuatnya kat are tu...


Time nie, Umai tekejut gak, siap jerit lagi...." Ibu, abah cari selipor..."(faham tak selipor tu apa?. nie bahasa johor..bahasa kl, selipar..kikikiki), aku tak amik peduli apa yang umai tuturkan, sebab aku lebih tertarik nak tahu apa yang dicarikan dek Umai tu...mana tau dibelinya buku resepi untung gak aku, leh jadi macam MAT GEBU


Aku snap jer kamera handphone tanpa melihat objek yang dipegang oleh Umai, terpaku aku sehingga hampir-hampir terlepas beg aku, "Ya Allah", sejuk hati aku bila terpandang objek yang umai pegang tu... teruja sebab Umai lebih faham apa yang dia minat, sebenarnya ada gak aku buka bacaan nie kat DVD, tapi Umai perhatikan sahaja, tak der lah excited nak memahami. Korang nak tahu apa bahan bacaan yang dia pegang


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Taraa.........ANAK SOLEH.....
(anak sapa ler nie, bijak-bijak)


Tapi, ada yang buat aku terkejut a.k.a terperanjat, mana taknya,penuh troli dengan buku-buku yang dia pilih, sah....ada ciri-ciri jadi macam aku, si ulat buku..


Bila, semua barang-barang dah dapat, perfect sama macam dalam nota yang aku senarikan, terus pi chasier, nak pi beli barang kat famasi pula.....



Agak-agaknya cukup tak barang nie untuk 2 hari 1 malam?, mana tau tak cukup!, kurus pula badan aku...tak comel pulak nanti...kikikikiki

PS: Ada sapa2 lagi nak ikut aku belajer bahan-bahan masakan XPDC petang nie kat Bandar Tenggara, mana tau yang kenal aku tu..tegur jer lah...jangan takut aku tak makan orang, aku makan IKO jer..., boleh buat teman nak tolak troli..

8 ulasan:

said...

bnyk soping kak?

hehhehe...

dieya said...

bagusnya.. kecik2 dah tanam sikat suka membaca!

Ain said...

cukup ke bekalan tue....

banyak jugak nak kena prepare kan....

kella said...

kak Ain, Kak Ayu mesti dah siap list prepare mana yang perlu tu! haa.. nampak dalam troli ada anlene ler... saya suker!! Iko pun suka..koko crunch, 100plus pun... lame dah tak shopping ni! tunggu masa dan ketika!

Kak Ayu, kak ayu pun dah kena tag ngan kita tau! nanti senang2.. boleh la jawab ye..

tq peace...

Unknown said...

yanie si budak gebu

sis, beli khasu untuk XPDC jer...
agak2 cukup tak?

Unknown said...

dieya...

agaknya masa dia baru 6 bulan ayu suka ajak berbual dan bercerita..tu yang suka dengan bahan bacaan

Unknown said...

Sis Ain,

pening gak pikir nie...nasib ayu dah list kan barang2 yang perlu..takut membazir

Unknown said...

kella...
sis nie tak suka nak shopping sebenarnya,,,kalau beli barang2 raya pun main beli dalam katalog...tak suka ramai orang, beratur..sesak nafas sis

(sebenarnya ari2 dok shopping barang2 kedai makan sis, tu yang dah tak suka shopping kat hypermaket)

nanti sis siapakan tugasan eik