Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, April 20, 2010

ADA APA DENGAN ADAMAYA

Oleh kerana aku dah kehilangan power dengan menulis,,
pelbagai cara gak aku ketengahkan..
dengan terjah blog orang, komen blog orang
puas gak godeh blog orang, selam..selongkah..namun tips untuk menulis masih belum muncul gak...

akhirnya, aku tersadai di kaca tv petang tadi...........
agak2 apa citer yang aku jumpa.....
jom...mai sekodeng..
aku terjumpa citer baru tau....
ADAMAYA ...slot akasia dari jam 6.30petang-7.30 malam (wah...jangan terbabas maghrib sudah)

ADAMAYA...nama nabi lagi...mesti citer diambil sempena kisah percintaan yang buatkan aku ala2 tersipu2...ala2 malu....yer lah..
macamna kalau aku baca novel percintaan sure aku menangis...sure aku menjerit..sure aku membebel, bila hero lupakan heroin.

Oleh kerana aku tak pernah tengok citer nie...dan tak tau dah episod ke berapa?...aku buat rujukan dalam blog seorang kawan..


Drama Adamaya mempunyai 23 episod sahaja yang di adaptasikan dari Filem popular iaitu “I’m Not Single” (lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil, diarahkan oleh Pierre Andre) keluaran Metrowealth International Group (MIG) ,syarikat yang dimiliki oleh penerbit terkenal David Teo. Drama arahan Feroz Kadir ini diteraju oleh Hussein Ruffedge sebagai Adam dan Lisa Surihani sebagai Maya..so dari situlah timbulnya Adamaya tu…

ADAM + MAYA = ADAMAYA

Pelakon-pelakon lain yang juga terlibat dalam drama ini juga ialah Faizal Yusup, Diana Amir, Hamidah Wahab, Puteri Mardiana, Dian P.Ramlee, Mustapha Kamal, Hafizudin, dan ramai lagi.

Sinopsis Adamaya …

Ia mengisahkan Adam dan Maya dijodohkan keluarga masing-masing atas sebab yang kukuh. Selepas kahwin, Adam membawa Maya berbulan madu di kabin kegemarannya di kawasan pendalaman untuk mengenali Maya lebih dekat lagi.


Barulah Adam tahu isterinya suka berjalan dalam tidur dan rasa bertanggungjawab menjaga keselamatan isterinya walaupun Maya tidak menyukainya. Bagaimanapun, Adam sedar bulan madu mereka bukan hanya berdua, tetapi ada orang ketiga, Dani yang sentiasa mengintip mereka.


Dani adalah kekasih Maya di universiti dan dia sering mendesak Maya meninggalkan suaminya, tetapi Maya enggan kerana babitkan keluarga. Adam pula melayan Maya dengan baik. Beberapa tahun berlalu, mereka bahagia dengan kehadiran anak lelaki berusia empat tahun namun rumah tangga Adam dan Maya bergolak dengan kehadiran Dani yang berusaha pelbagai cara untuk mendapatkan Maya. Dani juga sanggup menceraikan isterinya kerana cintanya pada Maya.

KOMEN AKU
Wahh.........sedih gak jalan citer nie,,,.sure aku akan sentiasa mengikuti hari2...macam biasa kalau dah suka...kena sentiasa aku intip..dan sentiasa aku buru..abislah peluang aku nak jogging lagi...gym pun sure terbabas....
nak buat macamana kalau aku dah suka...........???

p/s: filem i`m not single pun aku lum tengok..................wawawawa

5 ulasan:

Kasih Suci - Mama Damia said...

saya pon suka cerita ni..at first, xske sbb dah tau jln citer dier camne..ye la..citer ni kan adaptasi dari citer "I'm not single"..tapi bila dah start tengok, lama2 suka sgt..pengolahan jln citer yg sgt menarik..

Unknown said...

SALAM kasih suci

hahahah.........kak nie, kalau dah suka buruk gak rupanya...tu yg dh malas nak layan tv or filem..

mood ari nie yg terkureng berblog y buatkan kak tertarik dgn citer ADAMAYA..
filem i`m not single pun kak lum pernah tengok....hahah

Ain said...

akak ulang tayang i'm not single berpuluh kali pun tak pernah nak puas....

orang angau macam ni la ayu....

suka gila2 ngan si lisa tue.....

lakonan yg sangat bersahaja....

mimik muka yg cute sangat...

psssst, homework tak siap lagi....

Unknown said...

kak ain..

hah?...nak kena rotan nie kalau lambat buat kerja sek..hahahaha

kak, lisa tu artis baru eik?...kita tak kenallah?...yg hero pun hensom...pendatang baru eik?

(ya Allah.........teruknya ayu..tak kenal artis lagi, kalau p ramlee okeylah...kenal sangat...hahha)

Kasih Suci - Mama Damia said...

lisa surihani tu nak kata baru xde la baru sgt...kirenye dier tu ley jadi pengganti fasha sandha satu hari nnti..hehe

hero Adamaya nama dier Sein.. ahli kumpulan Ruffedge

hehe..sebuk je tolong jawabkan bagi pihak kak ain..hehehe