Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, April 4, 2010

TAK KENAL MAKA TAK CINTA


Salam untuk semua kawan2 blogger dan pada kawan2 yang sudi nak jelajah blog aku nie, petang2 nie baru aku ada peluang nak online, selain pelanggan yang ramai singgah ke kedai makan kami, aku pun sibuk dengan tempahan paste bandung.. alhamdullilah tak dinafikan bila aku dah berblog nie bertambah2 rezeki..


Pada korang yang belum ada blog bagi aku korang boleh mulakan menulis dgn perlahan2, dulu aku pun tak terpikir satu hari aku akan ada blog. Tertarik dengan kesungguhan BEN ASHAARI yang hari2 buat 5,6 entry aku pun mulalah belajar satu persatu..awalnya aku berblog pada 7hb januari 20010..sehinggalah sekarang aku dah ada 110 entry..(walaupun tak der lah ilmiah sangat entry aku, namun aku suka meluahkan perasaan kat blog nie..) bak kata seorang kawan umah ko, ko punya sukalah....tulis selagi ko rasa puas...terima kasih sokongan suami dan sahabat2ku.


Firstly aku berblog aku terus join pertandingan top 100 wanita Ben Ashaari..tak sangka gak aku dengan penuh semangat, terus terima jer..rasanya tak layak gak sbb ramai yg cerdik cendiakawan yang join pertandingan tu. Namun dah tuah aku..akhirnya selepas berminggu2 aku tempuhi setiap saringan..aku berjaya bergelar JUARA.. pada yang tak caya tu korang klik jer sini.


Bila dah lama aku berblog satu persatu yang follower.. alhamdullilah..sehingga aku jatuh cinta dengan blog korang..Dan terima kasih yang tak terhingga untuk Ben Ashaari kerana pelbagai ideanya untuk membantu kawan2 yang baru berblog.. tanpa ben..siapalah agaknya yg sudi follow blog ayu....Nie aku copy dan paste apa yang ben promotekan blog aku nie...




Jelajah Blog : Citarasa Rinduan

Siti Ruhayu Ab Rahman , tokey restoran yang popular area Kulai Jaya ( kan Ayu ? ) ... Sebut nama restorannya , semua orang kenal ... Begitu juga blognya .. Aku doakan satu hari nanti , blognya sama naik dengan restorannya .. Amin ..

Siti Rahayu aka Ayu ni aku kenal lama dah . . di FB lagi .. rajin benar mengomen di blog aku ... Skang ni dah jadi best friend blogger lama ,MAT GEBU .. Tak kenal MAT GEBU ??? Rugiii ... ini orang sangat popular dalam dunia masakan di internet nih ... tak caya ? Cuba google ... search nama MAT GEBU ... lari tajuk lak..salah promosi ..

Ok .. blog Ayu ni , seperti blog blogger yang lain banyak menceritakan kisah hidupnya.. rutin hariannya yang mana bagi aku boleh dikatakan padat ...Tapi kira aku respek dia masih boleh berblog lagi ! Kiranya tiada alasan baginya untuk tidak berblog .. Bagusss sekali ... Semangat gini yang perlu diterapkan pada blogger blogger baru ..

OK ... kalau teringin nak makan mee rebusnya yang popular di area Kulai jaya ni , aku syorkan korang g jengok n kenal tokey restoran ni .. hehe .. mana la tau kan .. kot kot leh singgah ... heheh

Jom singah >> CITARASA RINDUAN

P/S : Ayu juga adalah juara pertandingan julung kali BEN ASHAARI BLOG anjurkan .. TOP 100 WANITA FB BEN ASHAARI ...

terima kasih kepada yang baru folow blog CITARASA RINDUAN ini, korang memang best...aku doakan satu ari kita boleh bersua untuk merapatkan hubungan persaudaraan...yang paling best (pagi 3hb april 2010) aku baru pasang visitor..dari angka 0- 289 alhamdullilah..KORANG MEMANG BEST...

3 ulasan:

AYU said...

tahniah ayu. ayu sangat rajin mengedit blog..akak perhatikan satu hari ayu boleh n3 lebih 3 cerita. mungkin masa lebih menyebelahi ayu berbanding akak..bagus teruskan usaha. hidup anak tenggaroh...nak juga promote tenggaroh..heheh

Nora Asfa said...

Assalamualaikum sis Siti Ruhayu,

Terima kasih kerana sudi bertandang ke blog saya.

Salam perkenalan.

Nora, Klang.

Unknown said...

salam kak ayu...yang pasti idup 1 malaysia..terima kasih kak sudi jelajah blog ayu...blog kak pun bermanfaat..

salam nora...sama2,semoga ilmiah dikongsi bersama..amin