Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Saturday, April 17, 2010

INGAT BIASA AKHIRNYA?



Akhirnya, majlis pertunangan adik perempuan bongsuku berjalan dengan sungguh meriah sekali, pada mulanya, aku dah meng`offer ` diri untuk memasak makanan untuk majlis tersebut...so, aku dah set nak masak:-

  1. burung puyuh goreng tepung
  2. asam pedas mayong dan kaci
  3. ayam lemak cili padi
  4. sambal goreng
  5. ulam petai, timun
  6. sambal belacan

Aku nak masak simple sebab aku dengar jemputan dari pihak lelaki hanya 12 orang, namun pada pagi tadi (sabtu 17hb 4, 2010) tetamu bertambah kepada 40 orang...nasib lah zalie..memahami, dari awal lagi dia dah belikan 40 ekor burung puyuh...TERIMA KASIH ABG, banyak sungguh abg sponser bahan mentah..

Oleh kerana menu dah ditetapkan aku menyiapkan masakan lebih awal dari jangkaan tetamu datang iaitu 11,30 pagi..jiran kampung blok 10, f Tenggaroh 1 turut membantu aku memasak...adik beradik aku pun yang dari kl semua turut memeriahkan suasana, mulanya ingatkan depa tak datang..sebab suami depa bekerja, namun..depa balik ke kampung tanpa suami....alhamdullilah depa sampai dengan selamat ke kampung....

Untuk tatapan kawan2 blog korang layan jerlah gambor2 dibawah...






Cincin suasa dari ibuku untuk bakal menantunya

hantaran yang di gubah oleh kak longku.... 7 dulang dibalas 9

adik perempuan bungsuku.......(baju sponser by aku)

Adik beradikku:- dari kanan, adik lelakiku (pak usu), adik perempuan dibawahku (mak uda), duduk dari kanan adik perempuan bungsuku (cik Ijai), kakakku (mak long), dan aku (mak ngah)


bakal adik iparku (pahang mari), kalau ada jodoh, mengikut persetujuan majlis pernikahan ditetapkan pada 20hb 11,2010..amin..

Terima kasih kepada
  1. My hubby, zalie
  2. Abah dan ibu
  3. Siti Hamizah (adikku yang banyak sponser bahan hantaran)
  4. Ahli keluarga ku..........korang memang best, walaupun jauh tetap hadir
  5. Ahli blok 10, f Tenggaroh 1, Mersing,Johor

1 ulasan:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

selamat bertunang utk Ijai, smoga tabah & bsabar menempuh alam ptunangan & tcapai impian ke jinjang pelamin...