Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, April 30, 2010

SELAMAT HARI PEKERJA

Aku tak perasan pun sekarang dah jam 11.00 malam.........., punyalah bz sampai tak makan makan malam lagi, nasib lepas maghirib aku makan biskut IKO dan air soya bolehlah buat alas perut nie, dari kosong, mandi pun lewat, terus online selepas semua barang-barang dah disusun ke dalam boot storm...perasaan aku sekarang nie amatlah lega tersangat2.

Ayam mentah dah di perap untuk BBQ, tak banyak sangat pun hanya 8 ekor cukuplah untuk 50 orang makan. Ada juga bahan makanan sampingan yang lain, untuk ikan pari dan cencaru aku basuh awal2 dulu, esok sahaja aku perap dengan air limau, sotong mentah dan udang dah bubuh dalam tong ais batu...harap2 tahan lah sampai hari ahad. Sekarang En zalie, dok belek2 pancingnya, seingat aku dah 3 tahun dia tak pegang menatang tu, diapun bukan kaki pancing, tu yang dah 1 jam layan pancing, harap2 ilmu memancing yang dia amalkan waktu muda belia masih ada lagi, teringat masa dulu2 asal balik kampung aku, di ajaknya adik lelaki bungsu aku memancing kat Tanjung Leman, mersing. Balik umah pasti ada banyak ikan2 yang dapat di pancingnya, bolehlah dibakar cecah air asam. Tercakap tentang air asam, esok pagi menu BBQ untuk malam minggu, aku nak cecah dengan air asam selain cecah sos cili, baru ngam...

Untuk kawan2 blogger yang rajin singgah ke blog aku, ucapan jutaan terima kasih kat korang. tanpa korang siapalah aku, mula2 berblog ada 2 orang yang follow, sampailah sekarang (4 bulan berbloging) dah ada 121 follower, aku pun bukannya banyak kongsi info kat korang, hanya luahan hati aku dan cerita tentang kedai CITARASA RINDUAN, nak kata blogger tegar, tak juga, ada kantoi 2,3 hari bila aku tak ada di rumah,... terima kasih sekali lagi.

Selain itu,aku nak ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada kawan-kawan blogger dan semua penduduk 1 Malaysia, yang sentiasa mengunakan lebuhraya dan jalanraya, berhati2 semasa memandu. sekiranya anda mengalami masalah mengantuk, minta teman anda mengantikan tempat anda, jika tiada...lebih baik berhenti di RNR, elak berhenti di laluan kecemasan. Kepada pengguna motosikal, ingatlah kepada yang tersayang, selalu gunakan lampu besar tak kira waktu, kerana ada banyak jentera besar yang tidak nampak anda.....

PS: entry kali nie, nampaknya aku banyak bagi nasihat...bukannya bererti aku kuat membebel, tak pandai sebenarnya,,,cuma teringat kat arwah pakcik yang meninggal dunia semasa cuti Hari Pekerja, Al-fatihah kepada arwah....semoga arwah dimasukkan ke dalam golongan orang-orang yang beriman...

2 ulasan:

Lelord said...

selamat ari pekerja gak...muahahaha ari2 bekerja kat umah ni

dieya said...

sama-sama :-) pasal ayu ucap terima kasih to followers kenalah i jawab kan.. walaupun baru je follow.. hahaha

anyway i enjoy following ur blog coz u have so many things to write in a day! bila buka dashboard ada je entry baru dlm blog u. keep it up!