Salam, isnin para ibu, para bapak2, para adik2, para abang2..dan pari2...tu dia, mood aku ada sikit selesa dan syok gitu..maklumlah umairah pun dah aku hantar ke klinik sekali lagi pagi nie, buat masa nie tahap kesihatannya dah bertambah baik, cuma salsema dan batuknya sahaja belum lagi pulih dengan sebaiknya..
Hari nie, aku tak bekerja pagi,tu yang dapat menjaga Umairah dengan sempurna..Biasalah kanak2 nie, kalau sakit, mood amatlah mengharu birukan hidup aku dan En Zalie,. sabor jer lah.. Aku pun dah minta izin cikgu besar tadika KEMAS untuk mencutikan Umai dari sekolahnya sehinggalah Umai sihat sepenuhnya..
Ada citer kartun yang bagi aku amatlah berinfo a.k.a bermanfaat, SPECIAL AGENT OSO, jalan citer amatlah berfaedah,,dimana kanak2 diuji minda dengan mengenali angka dan object, selain tu, aku amatlah mencadangkan para ibu yang ada langgan Astro (rasanya 99% isi rumah ada pasang ASTRO), mengikuti cerita kartun ini..kerana kanak-kanak akan mudah tetarik untuk menyanyi dan menari..Waktu siarannya :-
11.30 pagi (waktu malam mungkin ada, aku kurang pasti)
siaran Astro 613 PHDC
0 ulasan:
Post a Comment