CITARASA RINDUAN
Sunday, April 7, 2013
Jom ramai-ramai ke sungai sayong, 4x4 BERGEGAR!
Selamat berhujung minggu sahabat alam mayaku.
Hari yang sibuk.. Alhamdullilah,selesai memasak lauk pauk untuk berjualan di CR.
Pagi ini, dikampungku ada pertunjukkan jentera 4x4..
Buat peminat yang gemar aksi lasak, ingin melihat pacuan 4x4 beraksi pelbagai gaya, turun naik bukit, sungai dan pelbagai.. Jomlah ke sungai di Felda Sungai Sayong, kulaijaya. Johor
Tuesday, December 4, 2012
First time!
Kedai nie macam kilang, tak puas aku dan Umai pusing2 'usya' Rim, pekerja seramai 6 orang tu dah siap pasang tayar baru. Cepat betul kerja diorang.
PS:
Ada rancangan nak jelajah thailand dengan 4x4, tapi banyak kena fikirkan... emmmmmm..
Wednesday, December 7, 2011
Wawawawa.....
Friday, May 7, 2010
XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN PART 3 (AKHIR)
Hari ke 2, aku terjaga jam 6.20 pagi, solat subuh, terus masak mee hoon goring, simple…ketuk telur buat dadar dan epok-epok segera…peserta belum ada yang bangun, mungkin masih kepenatan…korang nak tahu…kebanyakkan aktiviti yang kami buat nie, tak terikat dengan pogram, walaupun dah tersusun aturcara kat kertas masing2..lantaklah..janji kami semua enjoy..selain merapatkan silaturahim antara ahli kelab…dapat gak mencari ketenangan…dengan tak ada line telefon..rasa damai tak ada orang kacau..(bukan tak suka panggilan telefon tapi, alang2 bercuti..biarlah kawasan yang line telefon tak aktif…)
Jam 9 pagi, seramai 24 orang peserta termasuk aku, mula mendaki air terjun, kami lalui denai, lurah, ceram…pekara yang paling aku titik beratkan adalah gunakan keselamatan, aku gunakan spray jenama bygon, untuk menjauhkan pacat atau serangga yang menghisap darah…pendakian selama 2 jam iaitu sejauh 4km…yang buat aku ala2 nak pengsan sebab aku tak tahu sejauhmana perjalanan, rupanya pergi dan balik sejauh 8 km.. kalau lah aku tahu dari awal2………. Sure bawa banyak bekalan minuman, mana taknya bekalan hanya biskut IKO 3 bungkus dan 100 plus, tak boleh nak gambarkan macamana kepenatan yang aku rasai………ada terjatuh, ada merangkak, ada tergelincir, ada yang mengunakkan kekuatan tangan selain kaki, ada yang guna titi dan jalan atas jambatan gantung, pendek kata memang satu pengalaman yang berbeza…
Masa nielah kami bantu-membantu antara satu sama lain..…kamera aku kehabisan bateri..jadi tak adalah bukti yang aku daki sampai ke puncak air terjun..ada sesetengah peserta yang akan emailkan gambar2 disana..minta2 depa tak lupa..boleh buat simpanan, yang aku pernah sampai ke atas. Kalau tak ada…alahai…..rugi gak…kikikikiki
Setiba di air terjun yang dipanggil Takat tinggi, aku dah merasakan pendakian amatlah berbaloi2…sebab air terjun kat atas sangat2 cantik bertingkat2..peserta terdiri dari linkungan 7-49 tahun, malu kat adik2 yang berjaya naik keatas…dan segan kat sorang nenek berusia 49 tahun,….mereka boleh…aku tentu boleh…Malaysia boleh…..hehehehehe
Bila dah kembali ke chalet, badan2 aku dah mula tak keruan..rasa macam nak demam…rehat sambil sambung entry mana tahu, kalau aku lambat tulis…semua pengalaman dah jauh menyimpang…bahana internet, kat area sini tak ada line…aku catat dalam Microsoft word….inilah cara yang paling sesuai untuk memudahkan aku mencatatkan setiap kenangan..
Jam 2.30 petang. Kami dah mula berkemas..punyalah penat…sampai semua barang punggah dengan kereta sorong…tak apalah..janji semua barang2 diangkut balik….tamo tinggalkan sampah sarap…yang paling aku bengang..selepas peserta ambil gambar buat kenangan..dan susun 4x4 ikut turutan…tiba2 kamera sekali lagi hilang…entah lah tercicir kat mana aku tak tahu…dah memang tak ada rezeki..sampai sekarang aku dah tak mau ingat kisah kemera…buat menyakitkan hati…
Kami bergerak dari selai jam 4petang, sampai ke rumah dalam jam 7.30 malam…yang pasti setiap kenangan yang aku lalui bersama keluarga dan peserta XPDC adalah 1 pengalaman yang amat berharga…semoga ada masa yang akan datang, dapatlah kami ikuti pogram berbentuk jungle traking dan xpdc 4x4 yang mendebarkan…selain menguji tahap kesabaran dan fizikal korang…..semoga Allah memudahkan…amin
Disini aku ingin beri panduan kepada kawan2 yang ada keinginan mengikuti xpdc seperti yang aku lalui…bukan nak tunjuk pandai..hanya nak kongsi pengalaman antaranya:-
- Beli pengalau nyamuk berbentuk tampalan, kerana nyamuk tak akan datang, sekiranya spray atau cream tidak sesuai untuk kanak2..kuatir terdapat lebihan bau atau racun. Yang mengakibatkan kanak-kanak sakit
- Beli spray jenama Bygon, untuk menghalau pacat, lintah atau serangga yang berbisa, kerana aku ada meminjamkan spray seranggan ini kepada 1 keluarga yang turut menyertai pogram, di chaletnya terdapat ular, semut dan lipan selepas semburan dilakukan.
- Pastikan sekiranya korang bawa kamera, cajkan dahulu baterinya, pada malam hari. Gunakan kaedah berjaga2 agar korang tak rasa ralat.
- Jangan cuai terhadap ciri2 keselamatan, elok bawa first aid.
- Lebihkan bawa bahan makanan yang tahan lama seperti biskut, lebih baik biskut jenis IKO, amat mengenyangkan.
- Air isotonic bekalan air yang harus korang lebihkan, kerana korang akan sentiasa berpeluh, galian akan keluar dengan banyaknya..jangan topap (gantikan) dengan air biasa atau suling, boleh mengakibatkan korang pengsan atau pitam
- Pilih pakaian yang ringan atau jenis yang mudah kering..sekurangnya, beg sandang korang tak terlalu berat untuk dikendong
Wednesday, May 5, 2010
XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN PART 2
MALAM NIE AKU SAMBUNG SEMULA CERITA TENTANG XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN
Nak tahu apa jadi lepas kami dapat kunci rumah?...kami beramai2…dok terjun ke dalam air terjun, dah tak tahan lihat air dari gunung yang menderu2…Umai pun tak mahu naik atas, riang sebab dapat main air…mandi manda dari jam 12.30 tengahari sampai 3.00 petang, ada aktiviti berenang dan berkayak melalui jeram semuanya diajar oleh jurulatih dari Taman Negara, Cuma yang tak best sebab air tak terlalu deras, dah lama tak hujan kat kawasan nie….okeylah kan, merasa gak naik atas pelampung. Tambah ilmiah…..
Punyalah lama kami mandi manda tak sedar dah ke petang..terus bilas badan dan rehat sebentar, sekarang nie Umai tengah tidor tak sedor diri, En zalie pun terlibat sekali, aku….pula? taip entry untuk korang….tak tahan beb, nak kongsi pengalaman dengan korang…mana2 yang baca entry aku nie dah tentu susah nak faham jalan cerita aku, kesiannya kat orang sebab aku tak suka edit entry atau ulang bacaan…..nanti tak pasal2 aku edit, lebih banyak yang salah….maaf lah yer, nie nak lelap sekejap….menanti masa nak memasak untuk peserta.
Jam 4 petang Dapatlah aku lelap setengah jam, terus memasak, Korang nak tahu apa yang berlaku kat menu yang aku dah listkan?...semuanya tak menjadi, sebab peserta perempuan a.k.a mak2 orang duk masak dari rumah.terlebih rajin… so, sapa yang untung?..aku lah..sebab menyenangkan bebanan kerja aku…hanya buat air minuman dan sop ayam…semua peserta dah kenyang makan bekalan dari rumah, itu yang hanya larat makan roti cecah sop ayam, manakala BBQ tetap dijalankan….
Peserta lelaki dewasa dan remaja ,kebanyakkan pi tangkap ikan. Kat sini tak boleh memancing…kesian kat En Zalie, tak dapat nak tunjuk skill….hanya boleh tangkap ikan dengan serapang, ayoyo…manalah nak dapat ikan, semua ikan cabut lari………….tapi ada gak yang tak dengar arahan, curi2 memancing guna joran kat tengah2 pokok hutan..
(AWAT LER...SEMENJAK 2,3 HARI NIE..ENTRY AKU ALA2 GURINDAM...ADAKAH AKU TERLEBIH MAKAN GARAM? KALAU BETUL...SAH AKU KENA CARI ASAM, BIAR BERSIH SAMPAI KEAKAR TUNJANG.....)
Monday, May 3, 2010
XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN PART 1
Alhamdullilah,jam 7,30pagi keluarga ku dan peserta XPDC Selai- Endau Rompin telah berkumpul di dataran Niaga F Sg sayong, jentera 4X4 yang terlibat sebanyak 10 biji, selepas 2 biji jentera menarik diri kerana terikat dengan pogram yang lain, kami mendengar taklimat terlebih dahulu, disusuli dengan kata-kata aluan oleh pengerusi pogram, seterusnya pengurus felda En Zainudddin merasmikan pogram XPDC, jam 8.15 bacaan doa selamat di ketuai oleh Ustaz Alias, selepas itu barulah peserta bergerak dari dataran menuju ke Selai- Endau Rompin
Rombongan kami melalui jalan Kluang- Endau Rompin, storm aku dibarisan ke 4, okeylah kan, kalau duk depan dah kira terro tu….lawan marsal pula kikikiki, aje sesat tak tahu jalan…maklumlah nielah pertama kali dalam hidup aku join XPDC Hutan tebal, selalunya berani jalanraya atau lebuhraya sahaja, perasaan macam2 ada dalam diri aku, takut, risau nak je tarik diri …nasib En Zalie, beri kata2 semangat….kalau tak…dah lama ku pujuk pulang….(ewah macam tajuk lagu pulak…kikikiki)
Korang layan jer lah gambar2 nie yer..sebab aku sibuk merasai pengalaman XPDC bersama rakan2…sampai tak sedar dah tiba ke pejabat Pendaftaran Taman Negara di Bekok.
Sampai sahaja di pejabat Pendaftaran Taman Negara, Selai- Endau Rompin, kami berehat sebentar…ada yang buat hal macam2, terkucil lah…, ada yang dok sarapan. Siap ada yang beli barang runcit last minit manakala pengerusi XPDC buat bayaran peserta berserta bayaran Insurans…korang nak tau berapa harga permit kenderaan?…murah jer rm 10 bagi sebiji jentera…nilai semua bayaran dari pergi sehingga pulang hanya RM 178, itu untuk family aku jer, manakala ahli keluarga yang ramai bilangannya….tinggi sedikit bayaran. Aku pun sebenarnya baru dapat tahu dari sahabat lama, yang bekerja di pejabat pendaftaran Johor, dia join XPDC awal sehari dari aku, bayaran agak mahal RM 300 sekepala….awatlah mahal sangat…nasib aku tak kena bayar macam kawan aku tu... Mana nak cekau RM900 untuk 3 kepala…? Elok aku ganti tayor storm…masuk kebun sawit…baru puas hati…
Akhirnya peserta XPDC tiba ke Selai – Endau Rompin, Taman Negara pada jam 11.50 pagi..Rupa-rupanya Selai merupakan pusat peranginan, best camp….sungguh memuaskan….tempat penginapan disediakan seperti rumah kampung, sebuah rumah disewa untuk setiap family, hanya tempat memasak, bilik air dan surau dikongsi bersama-sama.. Aku ingat duk kat khemah…memang berbaloi2 bayaran yang dikenakan..harap2 aktiviti akan datang kami dapat join …..sungguh adventure…ala2 dalam tv tau…………
Layan lah gambar sebelum sampai ke Selai- endau Rompin..ada jentera 4X4 yang tak boleh daki bukit, ada yang terlebih daki sampai terlepas jalan…alahai….apa2 pun layan jer gambar yang sempat aku rakam...
Saturday, May 1, 2010
DOAKAN KAMI SELAMAT
Friday, April 30, 2010
MISI BERJAYA
Thursday, April 29, 2010
MENU UNTUK PESERTA 4 X 4
PANDUAN XPDC
- Lebihkan bawa bahan-bahan kering untuk keperluan korang tak kiralah biskut ker, oat ker, roti ker atau bahan-bahan yang mudah dimakan dan dimasak, kalau maggie aku tak cadangkan sebab tak elok untuk kesihatan, bagus korang simpan biskut IKO, lebih mengenyangkan.
- Bawa air mineral atau air suling yang ada kat umah korang, so jimat sikit. Jua, air isotonik kalau aku lebih sesuai dengan 100 plus, time nie peluh mesti banyak keluar, untuk gantian bahan galian yang banyak keluar, paling elok air isotonik tersebut.
- Selain ubat-ubat untuk keselamatan korang, lampu wajib ada untuk awasan dan suasana malam,
- Ubat penghalau nyamuk merupakan alat yang paling penting, ada jenis krim, tampal dan spray. Memandangkan aku bawa Umai, aku rasa jenis tampalan lebih selamat untuk kanak-kanak.
SHOPPING AT GIANTS
- Cheqna
- Sis ain
- Yanie budak gebu
- mrs Bang Mizi
- Cik Toge
- siti nur fadhilah
- zana
- aiz


>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
Taraa.........ANAK SOLEH.....
(anak sapa ler nie, bijak-bijak)


