CITARASA RINDUAN

Monday, May 3, 2010

XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN PART 1


Alhamdullilah,jam 7,30pagi keluarga ku dan peserta XPDC Selai- Endau Rompin telah berkumpul di dataran Niaga F Sg sayong, jentera 4X4 yang terlibat sebanyak 10 biji, selepas 2 biji jentera menarik diri kerana terikat dengan pogram yang lain, kami mendengar taklimat terlebih dahulu, disusuli dengan kata-kata aluan oleh pengerusi pogram, seterusnya pengurus felda En Zainudddin merasmikan pogram XPDC, jam 8.15 bacaan doa selamat di ketuai oleh Ustaz Alias, selepas itu barulah peserta bergerak dari dataran menuju ke Selai- Endau Rompin

Rombongan kami melalui jalan Kluang- Endau Rompin, storm aku dibarisan ke 4, okeylah kan, kalau duk depan dah kira terro tu….lawan marsal pula kikikiki, aje sesat tak tahu jalan…maklumlah nielah pertama kali dalam hidup aku join XPDC Hutan tebal, selalunya berani jalanraya atau lebuhraya sahaja, perasaan macam2 ada dalam diri aku, takut, risau nak je tarik diri …nasib En Zalie, beri kata2 semangat….kalau tak…dah lama ku pujuk pulang….(ewah macam tajuk lagu pulak…kikikiki)

Korang layan jer lah gambar2 nie yer..sebab aku sibuk merasai pengalaman XPDC bersama rakan2…sampai tak sedar dah tiba ke pejabat Pendaftaran Taman Negara di Bekok.

Sampai sahaja di pejabat Pendaftaran Taman Negara, Selai- Endau Rompin, kami berehat sebentar…ada yang buat hal macam2, terkucil lah…, ada yang dok sarapan. Siap ada yang beli barang runcit last minit manakala pengerusi XPDC buat bayaran peserta berserta bayaran Insurans…korang nak tau berapa harga permit kenderaan?…murah jer rm 10 bagi sebiji jentera…nilai semua bayaran dari pergi sehingga pulang hanya RM 178, itu untuk family aku jer, manakala ahli keluarga yang ramai bilangannya….tinggi sedikit bayaran. Aku pun sebenarnya baru dapat tahu dari sahabat lama, yang bekerja di pejabat pendaftaran Johor, dia join XPDC awal sehari dari aku, bayaran agak mahal RM 300 sekepala….awatlah mahal sangat…nasib aku tak kena bayar macam kawan aku tu... Mana nak cekau RM900 untuk 3 kepala…? Elok aku ganti tayor storm…masuk kebun sawit…baru puas hati…

Akhirnya peserta XPDC tiba ke Selai – Endau Rompin, Taman Negara pada jam 11.50 pagi..Rupa-rupanya Selai merupakan pusat peranginan, best camp….sungguh memuaskan….tempat penginapan disediakan seperti rumah kampung, sebuah rumah disewa untuk setiap family, hanya tempat memasak, bilik air dan surau dikongsi bersama-sama.. Aku ingat duk kat khemah…memang berbaloi2 bayaran yang dikenakan..harap2 aktiviti akan datang kami dapat join …..sungguh adventure…ala2 dalam tv tau…………

Layan lah gambar sebelum sampai ke Selai- endau Rompin..ada jentera 4X4 yang tak boleh daki bukit, ada yang terlebih daki sampai terlepas jalan…alahai….apa2 pun layan jer gambar yang sempat aku rakam...









10 ulasan:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

wah.....akak ni memang suker ektibiti cam ni eh? hehehhe

caya lah kak...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

yanie...

kak mmg suka yang adventure macam nie...tapi,bila dh kawin..kak dah lama rehat...nie rasanya nak start balik...

kak pun caya lah sama awak...sebab awak sangat2 cute dan gebu

Lelord said...

cam best jek ayu...

Miss Mirror a.k.a Sam said...

tak sangka Ayu ni lasak orgnya... teruskan!! Well done!

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis lelord....jom2 join misi akan datang ke harimau....(still taman negara gak)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

hai MM.............okeylah kan, kadang2 sentimental gak..layan novel cintan cintun...kikikiki

Nana said...

wow beznye teringin sangat nak join aktiviti macam ni tp sebab masa blom sesuai tunggu la nanti klw ada orang ajak bole gak try

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

NANA.......
salam ziarah..terima kasih sbb sudi jengah blog sis..

okey..akan datang sis ajak awk join yer..amin

AYU said...

ayu..........bestnye...teringat lak masa gi dulu2 tu...ha...bestnye dpt pegi...jeles2...lain kali nak gi ajak akak ye..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak ayu..
28hb nie ada lagi..
tapikan..perempuan tak leh ikut..depa layan mancing,,,,