CITARASA RINDUAN

Monday, May 10, 2010

TAHNIAH PEKERJAKU


Julung kali nyer..aku nak ucapkan tahniah kepada bekas pekerjaku yang dapat bekerja dengan KTM..malam nie, dia akan ke kuala lumpur untuk xray diDayabumi, manakala minggu hadapan..dia akan mula berkursus di Perak selama beberapa bulan...terharu sangat2..sebab dia hanya berbekalkan sijil SPM...layak mendapat kerja bersama KTM..aku perhatikan, dia seorang lelaki yang tak pernah buat hal..duduk dengan keluarga..tak berpeleseran macam sesetengah anak2 muda yang habis SPM terus berhijrah kebandar...mulanya kisah budak nie, biasa jer...lepas abis SPM terus kerja kat kedai aku..hampir 4 tahun dia dengan kitaorang..susah senang....kalau beriadah mesti pergi bersama2....kalau ada masalah mesti harungi bersama...dia mulanya kurang serasi..sebab kerja kedai makan macam2 kena buat, badan penat.., bahasa kena kawal..tak boleh main lepas,...ikut jadual..kalau tak kena potong gaji,.

Akhirnya, bila dia dah serasi bekerja dengan kami..ayahnya minta dia tolong kerja dengan ayahnya..bawa van kilang...mulanya dia tak terima..seminggu mogok..sebab sayangkan kerja dengan kitaorang...Time nielah aku mulakan operasi menasihati...akhirnya berjaya..kerana bagi aku kalau kita bantu ayah sendiri lebih berkat...rezeki akan Allah mudahkan...dia turutkan kata2 aku...

Itu cerita 2 tahun lepas..sekarang dia dah dapat berkerja dengan KTM..senang hidupnya..walaupun gaji tak lumayan..sekurangnya ada kerja tetap..senang nak pikul tangungjawab sebagai seorang anak atau sekurangnya dah boleh jadi suami orang....

Aku tumpang gembira..kerana kat kampung aku nie, dia sorang jer dapat kerja dengan KTM..semoga berkat dia dengar kata2 ayahnya...berkat sampai bila2..amin