Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, May 12, 2010

PISANG LEMAK CILI PADI



Selamat malam rabu kawan2....hari nie aku nak syer sejenis resepi yang paling digemari oleh para pelangganku...masakan semestinya ala2 kampung, lagi-lagi makan dengan nasi panas dan sambal belacan..pasti menyelerakan....tapi, aku pula tengah berdiet...kalau makan mesti tambah nasi tu yang buat-buat tak nampak...lepas masak, letak kat meja depan..buat-buat tak nampak..kalau buat2 nampak..alahai..hancuss dietku...

Opss....mukadimah aku nie selalunya pasti meleret-leret...jom..aku tulis resepi nie cepat-cepat..maklumlah..ada adik lelaki aku datang singgah untuk bermalam...dia yang berusia 16 tahun belajar di Teknik kota Tinggi. dah lama tak jumpa, rindu katanya...

Aku kalau memasak memang suka yang simple...dah adat niaga, kena masak yang sesedap rasa tetapi membuatkan para pelanggan datang lagi...maklumlah nama kedai pun CITARASA RINDUAN...masak mengikut citarasa pelanggan selepas makan, terus rindu-rinduan...alahai...tema tu...kikikiki

Bahan-bahan
  1. Pisang mentah, siang dan terus rebus sehingga empuk (masak)
  2. Santan
  3. Kunyit basah
  4. Bawang Merah
  5. ketumbar
  6. Bawang Putih
  7. Cili padi
  8. udang kering atau ikan bilis
  9. Buah keras
  10. Buah Cekur
  11. Air
  12. garam
  13. Ajinamoto

CARA MEMASAKNYA
  1. Blander bahan-bahan dari no. 3 sehingga no. 10, sehingga lumat
  2. Masukkan bahan-bahan yang diblander ke dalam periuk...sehinga bahan-bahan tadi ditumis hingga kering baru masukkan air dan santan, api jangan terlalu kuat..kuatir santan akan pecah..masukkan garam, ajinamoto dan sedikit gula (sekiranya tak suka gula, abaikan)
  3. Apabila santan betul-betul masak (permukaan maskan akan kelihatan seperti minyak, tapi kalau ayu masak apa-apa jenis lemak, ayu tak akan tumis dengan minyak), masukkan pisang mentah yang telah direbus
  4. Perlahankan api biarkan pisang dan bahan-bahan tadi meresap...
  5. Sehingga 10 minit kemudian, matikan api..sedia untuk dimakan, selamat mencuba....




2 ulasan:

Kasih Suci - Mama Damia said...

wah sedapnye....tetiba rasa lapar..hehehe

Unknown said...

kasih..

kikikiki...kak pun suka gak ngan pisang lemak..tapi..buat2 tak nampak..nanti dietku lari........