Alhamdullilah, hari nie merupakan detik bersejarah untuk adikku..yang graduate aliran beauty...salah 1 bidang yang amat diminatinya sejak anak dara lagi....akhirnya 8 mei 2010...mieza berjaya memperolehi apa yang diingini...tahniah kepadanya.....
Seawal jam 5 pagi, aku dah mula bangun untuk bersiap menemaninya ke majlis KONVOnya..suaminya tidak dapat meraikan kerana bertugas...nak juga aku ajak Umai..tapi tak mengizinkan kerana kanak2 dilarang hadir ke Majlis. Selepas solat subuh kami terus bergerak ke dewan Kluang.....disebabkan mengikut jadual..mieza mesti berada tepat jam 7 pagi. Alhamdullilah kami tiba tepat pada masanya...tu pun mieza yang pandu kalau aku sure lambat..kikikikiki....
Jam 8.00pagi aku dapat masuk ke dalam dewan...seronok juga dapat temankan mieza..sekurangnya..tambah pengalaman menghadirkan diri ke majlis2 protokol...aku tak habiskan masa dengan sia2...kerana aku membawa sebuah novel Lyn Dayana..Edisi Cinta Terhad..
9.00pagi dif2 terhormat tiba dengan memulakan perarakan selepas para graduan masuk ke dalam dewan...suasana majlis amatlah selesa...rasa macam aku pulak yang dapat sijil...mana tak nyer..suka tengok jubah para graduan...seingat aku tahun 2001 adalah tahun aku memperolehi diploma Akauntansi...time tu rasa gembira sangat2 dapat jumpa kawan2..para lecture...bila diimbas semula suasana majlis KONVO mieza sama dengan majlis aku....hanya masa tu...aku belum bergelar isteri...Ambil gambar tak henti2...(belum ada kesempatan nak selongkah laci nak cari gambar kenangan aku berKONVO)
Oleh kerana penyerahan sijil untuk mieza lambat...aku sempat menghabiskan sebungkus biskut IKO dan bacaan novel yang aku pegang,...graduate gak nie...kikikiki..(bidang novel....)
Jam 10.15 pagi, nama mieza dipanggil..............aku tangkap gambor...rasanya banyak gak yang aku ambil...gembira kerana dapat merakamkan detik2 terindah untuk adikku..korang layan jerlah gambar2 yang sempat aku rakam...
(eik......awat tersesat nie???...graduan bidang apa nie?..sure aliran katering..kikikik)
(bunga dan bear khas untuk Mieza..sebagai tanda tahniah dan kenangan)
(nampak tak nama adikku yang dipanggil?...aku boleh tangkap gambar nie gak akhirnya..ingat blur, tapi okeylah buat kenangan....)
Jam 10.40 pagi majlis bersurai........aku tunggu di bahagian pelawat...sebab aku faham mieza dan kawan2 nyer nak bertukar cerita dan mengambil gambar sebagai kenangan..sempat gak aku jalan2 ke boot2 jualan...macam2 jualan yang ada..sempat beli ABC untuk menghilangkan dahaga...
Sebelum balik kerumah sempat gak aku belikan cenderhati untuk Umai..sebab aku takut Umai gaduhkan bunga yang aku berikan untukMieza..yang paling menyeronokkan..aku sempat beli hadiah untuk mak mertuaku sempena hari ibu.............SELAMAT HARI IBU untuk ibu2 di seluruh dunia....................sesungguhnya syurga dibawah kaki ibu,,,,,jangan sesekali kita meninggikan suara kepada orang yang melahirkan kita...
6 ulasan:
wah tahniah untuk adik u.. ^___^"
komen i punya entry juga ye ^___^
klik kuat-kuat>>Apabila seorang blogger marah
adik???boleh pgl kak ayu akak ipar ni..hehe
aiz.....................terima kasih
salam sukur...
kikikiki...adik ipar?.....boleh2x.....hehehhe
hahha...sampaikan salam yer..:pp
sukur..insyallah........sis sampaikan..
Post a Comment