Hari ke 2, aku terjaga jam 6.20 pagi, solat subuh, terus masak mee hoon goring, simple…ketuk telur buat dadar dan epok-epok segera…peserta belum ada yang bangun, mungkin masih kepenatan…korang nak tahu…kebanyakkan aktiviti yang kami buat nie, tak terikat dengan pogram, walaupun dah tersusun aturcara kat kertas masing2..lantaklah..janji kami semua enjoy..selain merapatkan silaturahim antara ahli kelab…dapat gak mencari ketenangan…dengan tak ada line telefon..rasa damai tak ada orang kacau..(bukan tak suka panggilan telefon tapi, alang2 bercuti..biarlah kawasan yang line telefon tak aktif…)
Jam 9 pagi, seramai 24 orang peserta termasuk aku, mula mendaki air terjun, kami lalui denai, lurah, ceram…pekara yang paling aku titik beratkan adalah gunakan keselamatan, aku gunakan spray jenama bygon, untuk menjauhkan pacat atau serangga yang menghisap darah…pendakian selama 2 jam iaitu sejauh 4km…yang buat aku ala2 nak pengsan sebab aku tak tahu sejauhmana perjalanan, rupanya pergi dan balik sejauh 8 km.. kalau lah aku tahu dari awal2………. Sure bawa banyak bekalan minuman, mana taknya bekalan hanya biskut IKO 3 bungkus dan 100 plus, tak boleh nak gambarkan macamana kepenatan yang aku rasai………ada terjatuh, ada merangkak, ada tergelincir, ada yang mengunakkan kekuatan tangan selain kaki, ada yang guna titi dan jalan atas jambatan gantung, pendek kata memang satu pengalaman yang berbeza…
Masa nielah kami bantu-membantu antara satu sama lain..…kamera aku kehabisan bateri..jadi tak adalah bukti yang aku daki sampai ke puncak air terjun..ada sesetengah peserta yang akan emailkan gambar2 disana..minta2 depa tak lupa..boleh buat simpanan, yang aku pernah sampai ke atas. Kalau tak ada…alahai…..rugi gak…kikikikiki
Setiba di air terjun yang dipanggil Takat tinggi, aku dah merasakan pendakian amatlah berbaloi2…sebab air terjun kat atas sangat2 cantik bertingkat2..peserta terdiri dari linkungan 7-49 tahun, malu kat adik2 yang berjaya naik keatas…dan segan kat sorang nenek berusia 49 tahun,….mereka boleh…aku tentu boleh…Malaysia boleh…..hehehehehe
Bila dah kembali ke chalet, badan2 aku dah mula tak keruan..rasa macam nak demam…rehat sambil sambung entry mana tahu, kalau aku lambat tulis…semua pengalaman dah jauh menyimpang…bahana internet, kat area sini tak ada line…aku catat dalam Microsoft word….inilah cara yang paling sesuai untuk memudahkan aku mencatatkan setiap kenangan..
Jam 2.30 petang. Kami dah mula berkemas..punyalah penat…sampai semua barang punggah dengan kereta sorong…tak apalah..janji semua barang2 diangkut balik….tamo tinggalkan sampah sarap…yang paling aku bengang..selepas peserta ambil gambar buat kenangan..dan susun 4x4 ikut turutan…tiba2 kamera sekali lagi hilang…entah lah tercicir kat mana aku tak tahu…dah memang tak ada rezeki..sampai sekarang aku dah tak mau ingat kisah kemera…buat menyakitkan hati…
Kami bergerak dari selai jam 4petang, sampai ke rumah dalam jam 7.30 malam…yang pasti setiap kenangan yang aku lalui bersama keluarga dan peserta XPDC adalah 1 pengalaman yang amat berharga…semoga ada masa yang akan datang, dapatlah kami ikuti pogram berbentuk jungle traking dan xpdc 4x4 yang mendebarkan…selain menguji tahap kesabaran dan fizikal korang…..semoga Allah memudahkan…amin
Disini aku ingin beri panduan kepada kawan2 yang ada keinginan mengikuti xpdc seperti yang aku lalui…bukan nak tunjuk pandai..hanya nak kongsi pengalaman antaranya:-
- Beli pengalau nyamuk berbentuk tampalan, kerana nyamuk tak akan datang, sekiranya spray atau cream tidak sesuai untuk kanak2..kuatir terdapat lebihan bau atau racun. Yang mengakibatkan kanak-kanak sakit
- Beli spray jenama Bygon, untuk menghalau pacat, lintah atau serangga yang berbisa, kerana aku ada meminjamkan spray seranggan ini kepada 1 keluarga yang turut menyertai pogram, di chaletnya terdapat ular, semut dan lipan selepas semburan dilakukan.
- Pastikan sekiranya korang bawa kamera, cajkan dahulu baterinya, pada malam hari. Gunakan kaedah berjaga2 agar korang tak rasa ralat.
- Jangan cuai terhadap ciri2 keselamatan, elok bawa first aid.
- Lebihkan bawa bahan makanan yang tahan lama seperti biskut, lebih baik biskut jenis IKO, amat mengenyangkan.
- Air isotonic bekalan air yang harus korang lebihkan, kerana korang akan sentiasa berpeluh, galian akan keluar dengan banyaknya..jangan topap (gantikan) dengan air biasa atau suling, boleh mengakibatkan korang pengsan atau pitam
- Pilih pakaian yang ringan atau jenis yang mudah kering..sekurangnya, beg sandang korang tak terlalu berat untuk dikendong
0 ulasan:
Post a Comment