Sinopsis : CINTA EDISI TERHAD |
DI BAWAH timbunan batu-bata, mereka memulakan bicara. Kisah hati yang sepi, hidup yang malang dan cinta yang tidak kesampaian. Mereka sama-sama bermimpi mahu mencapai bintang, namun mereka sedar kaki terantai di bumi. Bagi Haida Fatma, pertemuan itu mengujakan dan dia mahu mengubah kehidupan. Masa silam yang hitam mahu dibersihkan buat bekalan masa hadapan yang lebih sempurna. Pada Julia Hana pula, terperangkap di bawah runtuhan bangunan menyedarkan dirinya yang si suami sudah hilang rasa cinta. Jadi, dia harus membebaskan diri daripada terus terbelenggu! Rasa kasih, sayang, malah setitis cinta... sudah lama tidak singgah di hati Zira Maya. Yang ada cuma kekosongan. Dia lupa makna bahagia. Dia alpa dengan materialistik dunia. Dihampiri Malaikat maut, dia berasa kerdil dan terpinggir. Tragedi bangunan runtuh itu menemukan mereka bertiga. Perjalanan hidup yang sepi kini seakan terisi. Namun, adakalanya menyayangi amat sukar dilakukan apabila batas diri terus menghantui. Bahagia itu milik mereka yang berusaha. Mampukah mereka meraih cinta yang terhad haknya? |
Harga : RM 19.90 |
Halaman :512 |
CITARASA RINDUAN
Thursday, May 13, 2010
CINTA EDISI TERHAD
Novel nie, aku dapat habiskan dalam jangkamasa yang amat singkat..korang ingat lagi tak?..time aku pi temankan adik aku konvo kat kluang?....time tulah aku dapat menamatkan ending citer nie...lagipun aku faham sangat...perasaan kalau kita dapat jumpa kawan-kawan sure,.nak amik gambor..nak borak2....
Jalan citer nie, amat menyukarkan aku memahami watak-watak..kerana aku memang kurang menghafal nama-nama heroin yang panjang-panjang..kalau seorang mungkin aku ingat..ini bertiga...aku pilih nama singkatan yang amat mudah ku faham. CINTA EDISI TERHAD, hasil tulisan LYNN DAYANA..
Haida...seorang wanita yang hidup dengan kisah lampau yang amat menyedihkan, diburu kisah lampau...namun mempunyai seorang tunang, faiz..yer.....itulah tunangnya yang amat menyayangi haida..namun disaat-saat gentir Haida memulangkan cincin pertunangan, apakah penghalang? ....bukan dari family haida tau Faiz..namun Haida mencipta jurang...apakah yang membuatkan Haida sanggup menjauhkan diri dari faiz?.................antara dahlia, siapa pula dahlia antara Haida dan Faiz?...Adakah Haida menemui kebahagian?
Julia, seorang isteri yang amat patuh dan mempunyai mertua yang amat menyayanginya..Pandai memasak, seorang yang lemah lembut, jiwanya sungguh mengasihi apa yang ada...Namun, Hairul mencipta jurang...akibat desakan nafsu oleh seorang wanita yang hanya kasih terhadap tubuh badannya sahaja..Julia membawa diri,,menjadi wanita yang kuat...adakah Julia berjaya?..masih ada cintakah Julia terhadap hairul?
Zira, seorang wanita yang cekal, tidak pernah mengaku kalah..tidak perlukan pertolongan dari sesiapa sahaja, walahemah cinta dari seorang yang bernama lelaki...Tapi, Qairil berjaya mencuri hatinya yang keras seperti batu bata...berjayakah Qairil?.. apabila qairil berjaya mengetuk pintu hati Zira,,,muncul seorang wanita lain yang terlebih dahulu berjaya menawan hati Qairil....adakah Zira dan Qairil berjaya disatukan oleh keluarga Qairil yang benar-benar menyukai Zira???....
Siapa pula Taufiq....adakah dia orang yang sama bernama kameil?..ada cerita silam yang menyebabkan Taufiq rela membunuh Ina (jururawat yang sangat baik hati)..apakah kisah itu kian terbongkar?
Persoalannya,,,adakah mereka bertiga haidar, Julia dan Zira punya persamaan...adakah peristiwa bangunan runtuh menyebabkan munculnya Taufiq...apakah penyebabnya?..
Aku cadangkan kepada peminat cerita yang sukakan kelainan...beli buku ini..kerana anda nampak kelainan..gaya bahasa LYNN DAYANA membuatkan kita akan sentiasa membacanya tanpa henti .... kerana kita inginkan jawapan diatas kekusutan yang ada..memang mencabar cerita puan kali ini.. selain CINTA EDISI TERHAD, terdapat 3 koleksi disimpananku..seperti JIKA BENAR CINTA, HAK CINTA TERPELIHARA dan TARIKH LUPUT CINTA
0 ulasan:
Post a Comment