CITARASA RINDUAN

Tuesday, May 25, 2010

CINTA MONYET AKU PART 3

Maaf lah sahabat sekalian, ayu tak dapat sambung kisah cinta monyet tu awal-awal..dari petang sampai kemalam..berkerja melayan pelanggan…(maklumlah hari nie gaji kat pekerja kerajaan dan felda)..sekarang dah ada kesempatan..ayu habiskan episode cinta monyet agar kalian tak merasa bosan

Tengahari semalam..ayu menggantungkan ayat….okey..ayu sambung semula........

“Awak…saya, saya… minta maaf tak senghaja…”(nasib tu ucapan yang keluar kat bibir aku..kalau aku katakan…”awak, saya…saya suka kat awak..”gerenti aku leh pengsan…tamo sekolah lagi…berhenti kerja kilang…, nasib lah leh kawal bibir….alahai..) mahu tapi malu…

Hingga exam UPSR tiba..aku masih tidak meluahkan perasaanku terhadap jejaka itu…hanya berani main-main mata dengannya..terlintas nak bagi surat kat dia..namum isi hatiku menolaknya mentah-mentah…risau ditolak sijejaka..siapalah aku?…bukan pelajar pintar, kulit hitam legam..rupa tak menawan..

Lagipun aku sedang menghadapi saat akhir peperiksaan UPSR…hanya dialah semangatku untuk berjaya…mengambil sedikit ilmu yang ada padanya…segala tunjuk ajar yang dia turunkan kepadaku, aku manfaati hingga saat peperiksaan. Walaupun saat itu dia duduk disebelah sebagai kawan..hatiku berat seperti sedang menghadapi masalah dunia, dup..dup dup..denyutan jantungku..…(hebat penangan cinta monyetku..)

Selepas exam, seingatku..ada trip ke kuala Lumpur, anjuran sekolah agamaku..si jejaka ikut sekali..happy sungguh time tu…rasanya bangga sidia yang kupuja ada dalam satu bas denganku…Namun, seperti diawal permulaan..lidah kelu membisu..aku masih belum berani menyatakan apa-apa..Si jejaka seperti biasa,,tidak tahu apa-apa, yang ada si dara memendam rasa terhadapnya..

“Dia masih belum berpunya”…itu jawapan sahabat karib ku…Itulah kata-kata yang amat keramat…

Hinggalah aku sekolah menengah..masih main-main mata dengannya..jika nampak dia dikantin aku akan mengekorinya…jika dia disurau aku jua berbuat demikian…selalu memerhatikan bila dia kesana dan kemari,naik bas trip berapa? Dah makan ke belum..? cuti sekolah lagi..?..aku akan sentiasa mengikuti perkembangannya,.

Sampailah sekarang memory antara aku dengan si jejaka masih kemas dihati…indah time tu..(walaupun si jejaka tak tau aku syok kat dia), sekurang-kurangnya aku mempunyai cerita tentang cinta monyet untuk dikongsi bersama-sama..

Untuk pengetahuan korang, aku tak tau kat mana si jejaka tu sekarang, Cuma dengar citer dia dah berkawin..alhamdullilah..kerja pun best…potografer…full time teacher .baguslah..memang minat dia..mengajar anak bangsa….itupun cita-cita ku jua...amin…

Aku pula, ada hubby yang penyayang, walaupun bukan berupa..sekurang-kurangnya dialah terbaik antara yang terbaik…bersama-sama Umai yang petah berkata-kata…doaku..satu hari akan ada kelahiran anak yang ke2, ke3….meriah sungguh hidupku…amin

Moral dari kisah aku,

  1. Aku lulus dengan baik bagi matapelajaran matematik
  2. Aku dah tak pernah ponteng kelas sehingga study kat penang
  3. Aku akan berhati-hati menyukai seseorang, kerana tak semua orang akan beri respon kepada perasaan kita, selebihnya syok sendiri
  4. Lihat rupa kita dulu, mana serasi si kacak dengan si hodoh…tak sesuai..like,the beauty n the beast…
  5. Tak semua yang kita harapkan menjadi kenyataan..
  6. Berani luahkan...beri tanggung apa yang terjadi,.....(tak gitu?)

6 ulasan:

alinac lover said...

:)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

hai alinac..
salam kenal.....

ct_nurmarlissaa said...

:-)...terkenang daku...huhuhuhu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sis ct..

kikikiki..
kenangan kan.......hihihihi

Roronoa Zoro said...

oh.. ini ending dia.. xsempat baca mlm tadi.. hehe..

ala... ingtkan jejaka tue suami skg nie.. rupanya bukan.. hehehe

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

zoro..

itu namanya tak ada jodoh...
sis sentiasa doakan si jejaka..berbahagia bersama-sama keluarganya...amin