Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, May 13, 2010

EPISOD AKHIR ADAMAYA


Salam petang khamis....aku sure ramai peminat adamaya, yang dok nantikan episod akhir adamaya hari nie.....tapi kan, sungguh aku tak dapat nak tipu diriku...aku tak dapat tonton minggu lepas dan minggu nie...kerana aku takut akan kecewa dengan jalan cerita adamaya...lagipun, aku jenis yang tak suka badmood or layan benda-benda yang buatkan aku sedih atau kecewa..Aku sukakan hari-hari yang happy sahaja...............

So, hanya reminder dari kawan-kawan blogger yang buatkan aku gagahi diri untuk menonton episod akhir drama yang digilai ramai...nanti tak lah terkilan sangat....(kalau baca novel..aku tak baca ending eik....tak best)

So, aku pun nak buat kesimpulan atas hasil tontonan aku pada petang nie...Untuk kawan-kawan yang terlepas pandang episod akhir ini (13 hb mei 2010) :-

  • Geram gile kat dani, sebab suka-suka mengabaikan tangunggjawabnya keatas bekas isterinya..alih-alih dia nak separuh-sepatuh hak atas rumah lamanya...mana boleh....dani nie.,jiwa kacau betullah...atau bahasa lain...aku gelarkan dia gila talak...kikikiki

  • Bekas isteri Dani, berkawin dengan sahabat baik Dani...wah.....macam nie pun ada...okeylah tu...sekurangnya...ada peluang lagi bekas isteri Dani melalui zaman perkahwinan, aku tabik gile kat dia..sebab tak obses terhadap dunia perkahwinan...

  • Wow..adam telah mengabadikan kisah mereka dalam sebuah novel...gile betul penangan Adamaya nie..KEMBARA MENCARI CINTA..tajuk novel tu mengingatkan aku kepada seseorang novelis...sapa eik?

  • Gerun gak, bila lisa bagi dokumen kat Maya bagi pihak Adam, aku fikirkan dokumen penceraian...suspen gile..., tapi kan...faedahnya...Maya nampak yang Adam sangat-sangat menyintainya...tangkap leleh gak, begitu besar pengorbanan sang suami...agaknya lah...ada lagi ker lelaki sebaik Adam kat dunia nie?

  • Tak semestinya cinta yang dibina, akan kekal ke jinjang pelamin..sekurangnya cukuplah kita pernah ditakdirkan bercinta...hanya izin wajallah...yang kekal abadi...
Kata kawan-kawanku drama ni banyak ilmiahnya:-

  1. Member aku kata, penangan Adamaya,.setiap pagi suaminya kiss kat dahi..alahai..romantiknya...sampai jauh gitu kuasa Adamaya..
  2. Ada, yang geram kat pasangan Adamaya sebab mempunyai anak yang bijak dan comel...lagi2 Amani sangat-sangat bijak...siap minta anak-anak mereka sebijak Amani..amin....banyak kebaikkan dari drama nie
  3. Ada yang kata, jodoh pilihan orang tua lebih elok dari pilihan sendiri, tapikan memang betul..aku antara satu darinya...semoga jodoh aku dengan En zalie..hingga akhir nyawa kami..

2 ulasan:

Mohd Sukur Ibrahim said...

cewah sis..layan adamaya skrg..hehe..sy dh lama xlogin blog..intenet problem..

Unknown said...

patutlah...sis lama tak nmpk awak