CITARASA RINDUAN

Thursday, May 27, 2010

AYAM MASAK MERAH

Salam malam khamis...
Pagi tadikan,...sebelum ayu nak pi belajer bahan mentah untuk kedai ker pasar borong..dapat lah sekodeng sat ke blog Abang Ee....kenal kan? Alah cikgu fizik kita tu...Opss...korang sinonim dengan abang eq kan.....apa-apalah panggilan untuk abang ee tu, janji kita semua bahagia

Aku siap dok betapa kat blog dia....cemburu gak, Rilek jer, Abang ee layan ayam masak merah, yang bestnya tu,,dia masak sendiri..bertuah sapa yang jadi bini dia (nasib adik-adik dah kawin..kalau tak, aku pilih abang ee jadi adik ipor aku..)....kikikiki

Lawa gambor ayam merah dia,(memang abang ee nie pandai shoot pic).....aku apa lagi...mana leh kalah,.terus amik kesempatan...masak gak ayam masak merah untuk customer...tapi kan nie versi aku lah....

Jom...tengok ayam masak merah citarasa rinduan pula....

BAHAN-BAHANNYA

  1. Ayam mentah seekor, digoreng (seeloknya korang potong 16, kalau tak berapa terro cincang ayam suruh kedai runcit potongkan yer)
  2. Rempah tumis
  3. Bawang merah (4 biji)
  4. Bawang Putih (8 ulas)
  5. Halia (2 besar ibu jari)
  6. Ketumbar dan jintan (beli yang harga rm 0.50)
  7. Lada kering (potong, rebus)
  8. Santan (beli yang kotak pun okey, kalau nak ori beli kelapa parut sebiji)
  9. Garam
  10. Ajinamoto
  11. Sos Cili, aku suka jenis Mewah.
  12. Gula

CARA MEMASAKNYA

  1. Korang blander bahan-bahan dari no 3 sehingga no 7
  2. Tuang minyak dalam kuali, tunggu minyak panas baru korang tumis rempah tumis
  3. Masukkan bahan-bahan yang dah diblander, sehingga betul-betul masak (nak senang., pastikan minyak ngan bahan-bahan tadi lari..Itu namanya betul-betul masak, yang penting tak sakit perut...)
  4. Tuang sos, garam, gula, ajinamoto kedalam bahan-bahan yang ditumis tersebut
  5. Bila dah sehati, sejiwa ....(ayat tak boleh blah) bahan-bahan tersebut. Masukkan ayam yang telah digoreng, selepas tu masukkan santan pekat.
  6. Biarkan sehingga ayam dan bahan-bahan meresap....(lagi lama lagi sedap)
  7. Siap untuk dihidang, untuk mencantikakan masakan korang tabur daun sop dan bawang goreng
SELAMAT MENCUBA

2 ulasan:

azieazah said...

Arwah Ayah Kak Azie biasa masak kat kenduri kahwin, dia selalu guna susu cair dan juga santan.. Teringat.

Tapi Ayam Masak Merah ni, kalu dapat makan dengan Nasi Impit, perhhhh...!

Sari Yusa Ibrahim said...

feberet my hubby ni..