Semoga berkat hari jumaat, Abah dapatlah keluar hari ini, dia mesti dah boring duduk sorang2 tanpa mak menemaninya..kalau sebelum nie kat hospital swasta..mak dapat temankan berhari-hari di hospital...tapi, kali nie jururawat tak izinkan...lagipun keadaan abah tak serius hanya bacaan kencing manisnya agak tinggi. Tak apalah ini untuk kebaikan abah juga....amin.
Adik ipar aku raptai konvo kat Kluang hari nie, semalam petang baru balik dari pasir gudang, sabtu 8 hb 5, 2010 adalah hari bersejarahnya.kalau tak ada hal.. aku akan menemaninya ....kesian juga..suaminya tak dapat bercuti untuk meraikan si isteri melalui detik2 terindah, teringat masa zaman aku dahulu...masa aku bergelar graduan..aku dah ada title `tunangan orang`... pi konvokesyen dengan adik beradik dan tunang tersayang... waktu tu tak dapat nak bayangkan malu dengan kawan2...ambil diploma tapi dah bertunang...alahai.....rindunya zaman dulu2... kawan2 pun sekarang dah ada 3,4 orang anak... Ada juga anak dah bersekolah darjah 1... cepat betul masa berlalu...nak jer kuputar semula zaman dahulu
Okeylah...aku dah dengar azan berkumandang...karang lepas jogging aku online semula...hari niekan... aku bercuti, memang kedai off hari jumaat.....harap2 ada masa nak sambung semula entry tentang XPDC 4x4 yang belum selesai....korang doakan yer.....
2 ulasan:
selamat pagi kak siti....
dak gebu mai joging kat sini pepagi hari hehehe
selamat tengahari sayang..
puas jogging yer..kikikiki...hati2 nanti berpeluh2...
Post a Comment