Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, May 28, 2010

KAWAL RASA MARAH SEBELUM MAKAN DIRI


Assalamualikum

Selamat pagi jumaat....alhamdullilah apa yang dirancangkan berjalan dengan baik dan nyaman....semoga yang baik-baik ayu doakan untuk korang termasuk diri ayu...Hari nie cutikan?...ayu pun bercuti gak..Program terjah umah CMG a.k.a mat gebu terus dijalankan...

Pagi-pagi nie nak gak syer tazkirah kat korang, sekurang-kurangnya kita berkongsi manfaat bersama-sama..amin

Tahukan korang, apa penyebab perasaan marah? Bagi ayu, marah boleh disebabkan oleh kepuasan diri sendiri, perselisihan faham dan pendapat, berjenaka dan ucapan kasar, biadap,, Bagaimana nak kawal perasaan marah tu? Ada beberapa panduan yang ayu senaraikan untuk panduan bersama..

  • BIARKAN IA BERLALU
Belajar dengan kemaafan, ianya merupakan proses pembelajaran yang amat panjang bagi kita namun, sebenarnya ianya memberi peluang kita melatih melakukannya. Ketidakadilan muncul sepanjang masa dan semua orang pernah bersalah. Rasa marah boleh memakan diri sendiri,semakin senang kita membuat perkara bodoh, atau menjadi mangsa...Jadi, biarkan ianya berlalu dengan kemaafan

  • GUNAKAN IANYA SECARA POSITIF
Tumpukan tenaga anda pada sesuatu yang boleh menghilangkan perasaan marah, sebagai contoh..di pejabat , rakan anda membangkitkan perasaan marah...so...sebaik masa rehat..korang boleh ke tempat yang lapang atau taman...jeritkan sekuat hati korang. Gunakan imaginasi yang baik untuk melepaskan marah

  • JANGAN MENDESAK, AKUI KESILAPAN
Dengan mendesak, boleh mengakibatkan kita sakit hati...akaui perasaan marah tersebutkerana ianya mampu membuatkan seseorang melupai perkara lama dan membuka buku baru...tempuhi kehidupanmendatang dengan penuh semangat......yakin boleh

  • KAWAL IA, ATAU IA AKAN MENGAWAL ANDA
Belajar mengawal kemarahan adalah sebahagian kebijaksanaan emosi, kadangkala walaupun kita dah dewasa..namun berfikiran seperti kanak-kanak..itu terbit bila kita berasa marah...jadi, kawallah sifat marah itu..jadilah lebih sopan dan beretika didepan khalayak ramai apabila sedang marah. Berusahalah agar sifat marah tidak menguasai anda

SELAMAT MENCUBA.....

PS: SEMOGA SAMA-SAMA KITA RENUNGKAN..........

2 ulasan:

eqbalzack said...

tazkirah yang baik di pagi jumaat ini...
semoga selamat pergi dan balik ayu dan kawan2 yg lain...
sampaikan salam pada mat gebu ye...

Yatie said...

Salam Ayu,
Terima kasih berkongsi info yg baik ni...kita manusia biasa,kadang2 tu lupa...eloklah saling ingat menggingati....kemaafan adalah penawar bagi segala penyakit...