Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Showing posts with label info pelajaran. Show all posts
Showing posts with label info pelajaran. Show all posts

Monday, December 6, 2010

Salam Ma`al Hijrah

Assalamualaikum semua,

Syukur, kita masih bernyawa dan sebagai seorang blogger kita, dapat mengambil peluang untuk berkongsi ilmiah secara langsung atau tidak..

1 Muharram adalah tahun baru Islam, kita sedia maklum... aku ingat lagi…nasyid yang aku bawa secara sola semasa zaman persekolahan.


1 muharah detik permulaan,

penghijraan tahun islam hijrah,

perpindahan nabi dan umat islam,

Dari kota mekah ke kota Madinah…


Atas keyakinan, dan iman yang penuh

Kaum muhajirin dan bangsa bersatu

Rela berkorban harta dan nyawa

Demi menegakkan islam tercinta



HIJRAH itu perpaduan

HIJRAH itu ……………………..(aku terlupa bait-bait nasyid tersebut..maklumlah, agak jarang mendengar nasyid ini berkumandang, era kini…puas juga aku google tiada lirik nasyid ini)

******************************************

Kita lupakan lirik nasyid yang aku terlupa itu…….

Dikesempatan yang ada….Wajar la kita semua ambil peluang ini dengan membaca doanya :

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :-“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Ini lah Doa nya :

Barangsiapa yang membaca doa AKHIR tahun ini, maka syaitan akan berkata: “Hampalah kami di sepanjang tahun ini“.

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu. Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Doa Awal Tahun:


Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Pesanan untuk semua : Ambillah peluang keemasan ini, jangan lepaskan peluang. Rebut lah wahai umat Muhammad, mudah-mudahan Allah memberikan Pengampun nya kepada kita umat yang banyak berbuat dosa dengan sengaja ataupun tidak.


PS: semoga amalan kita diterima olehNYA...isnyallah...salam Ma`al Hijrah


dapat lirik penuh dari blogger zana nordin...ini lirik yang betul..zana terima kasih ya...kak minta copy, tampa malu-malu....(kak suka nasyid ini..tapi..ingatan kak sudah tepu....)

Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuanganHijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam

Untuk sepanjang zaman..




Friday, December 3, 2010

Kalaulah Yang Mati Itu Kita.... ( Muhasabah )

Oleh ABU HANIFAH

kalaulah yang mati itu kita... bagaimana?

Anda biasa mendengar berita kematian?

Biasanya, apabila kita mendengar berita kematian, maka secara tidak langsung kita akan mengirimkan ucapan takziah. Kita akan berusaha menzahirkan kesedihan yang teramat sangat semampu kita kepada keluarga si mati. Kalau yang mati itu ahli keluarga kita, tambahlah kita terasa akan kesedihannya.

Memang, kesedihan itu satu perkara yang normal. Maka bersedihlah seadanya, selagi kesedihan kita itu berada dalam lingkungan keredhaan kepada ALLAH SWT.

Tapi, setiap kali mendengar berita kematian, pernah tak kita terfikir satu perkara?

“ Kalaulah yang mati tu aku, macam mana?”

Apa perasan anda, kalau berita kematian itu bukan berita kematian orang lain, tetapi merupakan berita kematian anda?

Bagaimana?

Persoalan itu, dilontarkan oleh sahabat karib saya. Bila difikir balik, perntanyaan itu nyata menusuk kalbu.

Mati, bukanlah pengakhiran bagi segala-galanya.

Manusia yang menganggap bahawa mati adalah penyelesai segala masalah, dan penamat bagi segala sengsara, merupakan manusia yang cetek akalnya. Mati, hanyalah sebuah pintu untuk kita menembusi sebuah alam lain.

Selepas mati, kita akan masuk ke alam barzakh. Di alam barzakh inilah, kita disukat awal berdasarkan soalan-soalan yang akan disoal oleh Malaikat Munkar dan Nakir.

Di alam barzakh inilah, beberapa amal kita, akan menjadi peneman menjalani kehidupan di sini. Andai kita merupakan seorang yang beramal soleh, maka akan dibukakan untuk kita pintu-pintu syurga agar kita sentiasa rindu kepadanya dan berlapang dada untuk menunggu di alam barzakh. Andai kita merupakan seorang yang beramal buruk, maka akan dibukankan untuk kita lubang-lubang neraka, agar kita sentiasa resah dan rasa terseksa untuk menunggu datangnya hari kebangkitan, hari perhitungan.

Selepas alam barzakh, akan berlaku saat kebangkitan. Manusia akan dipindahkan pula ke alam perhitungan, di padang mahsyar. Hari itu, adalah hari perhitungan atas segala amal yang dibuat oleh manusia. Tiada siapa yang akan mendapat naungan, melainkan naungan yang dibenarkan oleh ALLAH SWT sahaja. Tiada siapa yang selamat, melainkan yang datang kepada ALLAH dalam keadaan hatinya yang sempurna.

“ Hari yang tidak berguna harta dan anak pinak, kecuali yang datang kepada ALLAH dengan hati yang sejahtera” Surah Asy-Syu’ara’ ayat 88-89.

Selepas saat perhitungan, manusia akan bergerak ke salah satu dari dua tempat. Itulah dia Neraka dan Syurga. Salah satunya akan menjadi tempat tinggal kita.

Nah, mati adalah pintu untuk kita memasuki alam-alam itu.

Kalau kita perhatikan, alam selepas mati amat berbeza sekali dengan alam sebelum mati. Pada alam selepas mati, sudah terpadam ikhtiar daripada manusia. Manusia tidak lagi dibenarkan berusaha, beramal, jauh sekali hendak berbuat keburukan. Selepas melangkah pintu kematian, amal sahaja yang menjadi teman. Seperti mana yang didendangkan oleh Opick di dalam lagunya:

“ Bila waktu memanggil, teman sejati hanyalah amal. Bila waktu telah terhenti, teman sejati

tinggal lah sepi”

Apa yang dilakukan semasa di dunia itulah yang menemani perjalanan seorang HAMBA selepas melangkahi pintu kematian ini. Maka, tersedarlah manusia ketika itu betapa dia telah membazirkan satu-satunya peluang yang dia ada untuk berusaha, iaitu semasa kehidupannya. Diceritakan di dalam Al-Quran, ada golongan yang merayu-rayu meminta untuk ALLAH memulangkan mereka semula ke dunia. Tetapi, semuanya sia-sia sahaja.

“ Dan alangkah ngerinya jika sekiranya kamu melihat orang-orang yang menderhaka itu menundukkan kepala mereka di hadapan RABB mereka, mereka berkata: Wahai RABB kammi, kami telah melihat dan mendengar(siksaan-siksaan yang disediakan), maka kembalikanlah kami(ke dunia), nescaya kammi akan mengerjakan kebaikan. Sungguh kami adalah orang-orang yang benar-benar yakin” Surah As-Sajdah ayat 12.

Bagaimana agaknya, kalau berita kematian yang kita dengar itu adalah berita kematian kita?

Tiadalah mati itu datang dengan amaran. Mati datang bila-bila masa sahaja. Tidak akan cepat sesaat, tidak akan lewat sesaat. Bila saat tiba, maka tanpa ternanti-nanti, nyawa kita akan terus ditarik. Tiada notis seminggu awal, atau pun tidak rayuan akhir yang boleh dibuat. Bila mati, maka mati sahaja pilihan yang ada. Bagaimana segala dosa? Bagaimana dengan amal yang tidak dilakukan selama ini dengan tidak bersungguh-sungguh?

“ …Maka apabila ajal mereka tiba, mereka tidak akan mampu meminta kelewatan walau sesaat, atau mempercepatkannya” Surah An-Nahl ayat 61.

Bagaimana agaknya itu?, bagaimana agaknya ini? Kita akan terfikir segala perkara. Mati yang menyakitkan tambah mengingatkan kita segala kesilapan dan kesalahan kita selama hidup, baik yang kita ingat mahupun yang kita lupa.

Bagaimana agaknya, kalau bukan orang lain yang kita dengar beritanya itu mati, tetapi kitalah yang mati? Bagaimana agaknya?

Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.

Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.

Bersyukurlah nyawa kita yang masih banyak kesilapan ini tidak ditarik.

Maka, dengan ‘bonus’ hayat yang masih disambungkan ALLAH ini, apakah yang anda hendak lakukan?

Apakah anda hendak mempersiakan?


Thursday, October 14, 2010

jom layan lirik ini...




Tadi ada kata sesuatu kat entry nie…heheheh…untuk blogger kalam hati…entry tu bukan untuk yang dah kawin jer…entry tu khas untuk kita sebagai orang islam..memperbanyakkan amalan…heheheeh...


Tak kisahlah, selain sedekahkan al fatihah pada arwah-arwah keluarga atau sesiapa yang telah dijemput olehnya, mengamalkan bacaan yasin atau apa sahaja bentuk amalan..…


Maklumlah…malam jumaat..malam yang paling diredhai…jom kita layan lirik dari maher zain, seorang penyanyi dakwah islam melalui lagu pop…sedap telinga dan menyusup ke ruang kepalaku…


For the Rest of My Life Lyrics

By: Maher Zain

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally

For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you

I know that deep in my heart

Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009


PS; SESUAI UNTUK PASANGAN YANG SEDANG BERBAHAGIA…untuk adik iparku siti hamizah jamil....jangan risau..esok jumpalah en suami tu...

Nak kongsi info blogging dengan aku tak?...

Salam tengahari sahabatku sekalian…berehat sebentar di rumah kerana ambil umai dari tabika…

Hari ini, aku ingin berkongsi info tentang blog dengan korang, aku tahu..ada antara korang yang dah tahu tips ini…namun, untuk sabahat blogger yang baru…entry ini ku buat untuk pengetahuan korang…

Kalau korang yang sudah lama mengenali aku..sudah tentu korang tahu..aku adalah seorang wanita yang amat sibuk menguruskan kedai makanan/minuman…sebuah kedai yang bernama citarasa rinduan

Seawall pagi hingga malam aku akan sentiasa sibuk dikedai tanpa blogging. Namun….atas kegemaran dan hobby ku berblogging untuk lebih rapat dengan korang…dan demi berkongsi maklumat yang aku lalui jua disekelilingku…aku kongsi apa rahsia yang ku guna pakai..

Setiap malam..apabila aku pulang ke rumah..aku akan membuat beberapa entry yang lebih menjurus kepada cerita aku dan citarasa rinduan…aku akan mengunakan persisian word….

Sambil itu, aku akan mengambil maklumat dari metro online, Mstar atau keratan maklumat dari blog sahabat yang aku mohon mengambil entry mereka untuk rujukan semua..dengan cara aku sendiri iaitu dengan copy dan paste semua maklumat…

Selepas ada 3,4 entry…aku save di microsoft word…dalam pada yang sama aku akan membalas setiap komen korang yang telah singgah ke blog ku…(terima kasih sangat-sangat atas komen korang..korang memang best)

Apabila aku ingin memejamkan mata…me`releks`kan minda….(nak tidur lah kan…, dah jauh malam kan??…) aku akan copy semula di blogspot.com..

Aku akan post semua entry yang telah ku taip sama macam korang buat…tapi…aku akan memilih opsyen catatan..dan memilih waktu yang aku pilih (blogspot aku, guna bahasa malaysia jer…malaysia boleh..)..macam kat bawah nie


Kalau entry yang pertama aku pilih jam 9.00pagi, untuk entry ke 2, aku akan pilih 11 pagi dan selanjutnya….(korang faham kan?, apa yang cuba ku sampaikan???),,,tak faham tanya jer…insyallah aku akan cuba menjawab, bukanlah mahir pun…tapi bolehlah…..

Nak tahu tak?...berapa visitor yang datang,,,walaupun aku tak berblogging? Jom..sekodeng nuffnang aku pada hari ini (14 hb oktober 2010)



PS: kongsi….agar sama-sama dapat manfaat dan maklumat….salam sayang dari ayu citarasa rinduan

Sunday, October 10, 2010

Amalkan Empat Perkara Untuk Bahagia dan Meninggalkan Empat Perkara Yang Menyiksakan di Dalam Kubur

oleh Abu Basyer pada pada 09hb Oktober 2010 pukul 10.16 pagi


Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia akan mati. Mati akan datang bila-bila masa samaada manusia suka atau tidak pada kematian. Manusia akan menghadapai kematiaan dalam dua keadaan sahaja iaitu su'ul khatimah (kematian yang buruk) atau husnul khatimah (kematian yang baik).

Untuk mendapat husnul khatimah dan mendapat kebahagiaan di alam kubur maka seorang Mukmin itu perlulah amalkan empat perkara dan meninggalkan empat perkara :

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu

2. Banyak bersedekah.

3. Banyak membaca al-Quran

4.Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

1.Berbohong.

2.Khianat

3. Adu-domba dan

4. Tidak menjaga kencing.

Perkara-perkara yang membahagiakan adalah seperti berikut :

Pertama : Menjaga solat lima waktu.

Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

" Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu."

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. “Ya Rasulullah s.a.w., kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w.pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam.”

Kedua :Banyak bersedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?

Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”

(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Ketiga : Banyak membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran.

Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan Syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan Syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibu bapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Keempat : Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini (subhanallah,walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar : Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar), semoga kamu dilindungi daripada Jahannam.Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan, kiri, belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya."

Semua empat perkara yang tersebut di atas akan dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

*****************************************************

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat pula empat perkara yang harus ditinggalkan kerana keempat-empat perkara ini akan menyebabkan seseorang akan mendapat siksa dan azab kubur .

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berbohong.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Sesungguhnya yg mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yg tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta.”

Rasulullah saw bersabda “Tanda-tanda orang munafik ada tiga bila berkata dusta; bila berjanji mengingkari; dan bila diberi amanat berkhianat.”

Kedua : Ikhianat.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sungguh suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu bicara pada saudaramu dan dia membenarkan kamu, padahal kamu dusta.” (Hadis Riwayat. Abu Daud)

Ketiga : Adu-domba (menjadi batu api)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w. maksudnya : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (menghasut)."

“Pada malam aku di Isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.” .Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Hai Fatimah, adapun tentang : Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta."

Keempat : Tidak menjaga kencing. (tidak bersuci dengan sempurna)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya : “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.).

******************************************************

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita perbaiki amalan-amalan kita supaya ianya menjadi amalan soleh yang akan dapat membantu dan menjadi teman setia kita ketika kita berada di alam barzakh dan hari akhirat. Kerana seseorang yang tersangkut di alam barzakh sebenarnya dia tak akan terlepas untuk mendapat azab di hari akhirat nanti.

Alangkah ruginya manusia yang diberi kesihatan yang baik, kelapangan masa, kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah tetapi amal kejahatannya melebihi amalan kebaikannya. Nikmat dunia yang sementara ini terlalu sedikit berbanding dengan nikmat Syurga yang tidak ada tolok bandingnya, begitu juga kesusahan di dunia ini terlalu kecil berbanding dengan azab siksa dialam kubur dan hari akhirat yang amat dahsyat sekali.

Sedarlah wahai shabat-sahabatku teruskan beramal soleh dan buatlah sebanyak-banyak kebaikan di dunia ini sebagai bekalan kita untuk berbahagia di hari akhirat.

Thursday, October 7, 2010

HANTARAN AL-QURAN


Salam khamis, sekejap jer masa berlalu…aku menguruskan CITARASA RINDUAN, tanpa pikir apa-apa masalah..yang sudah-sudahlah…kerja sendiri, tak pikir masalah sangat…senang hati……..

Hari nie, aku nak kongsi dengan korang tentang cerita yang sedikit sebanyak ada kaitan dengan kehidupan kita sebagai umat islam….

Kepade bakal pengantin, yg nk menghantar dan menerime hantaran...sila fikir-fikirkan ya…..

by Fizah Kadri on Thursday, September 2, 2010 at 8:37pm

“Sayang, tengok nih. Cantiknya AlQuran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil...

“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.

Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu AlQuran yang bakal dijadikan hantaran.

“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.

Ala, awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.

“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.

“Oh, kami cari AlQuran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil. Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..

“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.

“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.

“Kalau gitu, tak perlu lah beli AlQuran kalau sekadar hantaran. Kesian ALQuran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.

“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.

“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.

Ala, besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan AlQuran warna unggu keemasan. Saiznya kecil.

“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.

“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.

Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.

*********************************************************

Hari yang dinantikan sudah tiba. Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut. Pak imam baru sahaja sampai.

“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.

Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam. Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.

“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.

“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil. Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.

“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad. Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.

Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.

“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.

“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi. Surah Ar Rad

Surah Ar Ra'd

“ Apa benda nih ” detik hati Nabil.

“ Bismillahirrahmaani rrahim.. ALL..MAA.. RIII..!! ” berlagu Nabil.

Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan. Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala. Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.

“ Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A ’ uzubillahiminnassya itaanirra jim.. Bismillahirrahmanir rahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA.. ” kedengar suara gemersik Ustaz Sa ’ ad. Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama ALQurannya.

Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.

“ Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu AlQuran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina ALQuran. Beli ALQuran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim ” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa ’ ad.

“ Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab AlQuran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh AlQuran itu sendiri. Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan AlQuran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya.. ” penutup Ustaz Sa ’ ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.

**********************************************************

Hari semakin cepat berlalu..

Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab ALQUran yang menjadi hanta! ran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.

Pit.. Pit Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa ’ ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil. read dis.. Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'

Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

Please keep forwarding this 'Hadith' to all ....because

Sila sebarkan Hadis ini kepada semua ........kerana

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said:

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.


*****************************************************

PS: kredit to blogger adiyahana, sila klik sini ke blog beliau.