CITARASA RINDUAN

Thursday, October 14, 2010

Nak kongsi info blogging dengan aku tak?...

Salam tengahari sahabatku sekalian…berehat sebentar di rumah kerana ambil umai dari tabika…

Hari ini, aku ingin berkongsi info tentang blog dengan korang, aku tahu..ada antara korang yang dah tahu tips ini…namun, untuk sabahat blogger yang baru…entry ini ku buat untuk pengetahuan korang…

Kalau korang yang sudah lama mengenali aku..sudah tentu korang tahu..aku adalah seorang wanita yang amat sibuk menguruskan kedai makanan/minuman…sebuah kedai yang bernama citarasa rinduan

Seawall pagi hingga malam aku akan sentiasa sibuk dikedai tanpa blogging. Namun….atas kegemaran dan hobby ku berblogging untuk lebih rapat dengan korang…dan demi berkongsi maklumat yang aku lalui jua disekelilingku…aku kongsi apa rahsia yang ku guna pakai..

Setiap malam..apabila aku pulang ke rumah..aku akan membuat beberapa entry yang lebih menjurus kepada cerita aku dan citarasa rinduan…aku akan mengunakan persisian word….

Sambil itu, aku akan mengambil maklumat dari metro online, Mstar atau keratan maklumat dari blog sahabat yang aku mohon mengambil entry mereka untuk rujukan semua..dengan cara aku sendiri iaitu dengan copy dan paste semua maklumat…

Selepas ada 3,4 entry…aku save di microsoft word…dalam pada yang sama aku akan membalas setiap komen korang yang telah singgah ke blog ku…(terima kasih sangat-sangat atas komen korang..korang memang best)

Apabila aku ingin memejamkan mata…me`releks`kan minda….(nak tidur lah kan…, dah jauh malam kan??…) aku akan copy semula di blogspot.com..

Aku akan post semua entry yang telah ku taip sama macam korang buat…tapi…aku akan memilih opsyen catatan..dan memilih waktu yang aku pilih (blogspot aku, guna bahasa malaysia jer…malaysia boleh..)..macam kat bawah nie


Kalau entry yang pertama aku pilih jam 9.00pagi, untuk entry ke 2, aku akan pilih 11 pagi dan selanjutnya….(korang faham kan?, apa yang cuba ku sampaikan???),,,tak faham tanya jer…insyallah aku akan cuba menjawab, bukanlah mahir pun…tapi bolehlah…..

Nak tahu tak?...berapa visitor yang datang,,,walaupun aku tak berblogging? Jom..sekodeng nuffnang aku pada hari ini (14 hb oktober 2010)



PS: kongsi….agar sama-sama dapat manfaat dan maklumat….salam sayang dari ayu citarasa rinduan

15 ulasan:

Sis-Lin said...

betul tu ayu..ada time sis guna cara cmni jgk.. :)
skrg pun sis rajin dok jln silent reader,nk duduk lama2 pun sakit belakang ni x ilang lg..huhuhu
tp cite ayu sis mesti ikut,cuma kdg2 terlepas nk komen.. :)

AjimGreen said...

terimakasih utk maklumat itu~ akan sy praktiskan ;) terima kasih!

norhidana said...

tq utk info kak... heheheh suke lah akak nih rajin btl share info ngn kami2... heheh

cikgu isza said...

salam,
rajin ayu..
memang ok cara tu..
rajin atau malas sahaja..

azzey said...

Siti Ruhayu: kekdahnyer, kena everydate update dgn cara auto publish. kalo boleh mula jam 8 pg....setip jam 1 entry...kalo mampu lah.....tu yg sy cuba skrg ni. blh wat entry tu sblh mlm....then esok siangnye...just jwb komen & b/walking je....just to share..:)

sarah-najwan said...

pernah try cara auto ni..xjadi..xtau nape..last2 buat n3 fresh dari kebun aje..hhee

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

kira nyer kul 11 tu waktu paling ramai orang dok layan belog eh sis? heehhehe

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

salam sis lin--
terima kasih selalu singgah ke citarasa rinduan...
ayu doakan kak sentiasa sihat..jgn lupa check up di klinik atau hospital yer

bab komen tu...hehehehehe....ayu tau kak sayang ayu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ajimgreen--
kak nie, tak lah pandai berblogging..tapi bolehlah sikit kongsi idea dan maklumat..
semoga kamu teruskan blogging yer

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

dana--
sama-sama....semoga maklumat ini boleh digunapakai oleh blogger baru yer..
terima kasih gak sebab selalu singgah ke blog citarasa rinduan

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

cikgu isza--
salam cikgu, bolehlah berblogging kalau ada masa....

salah satu hikmah berblogging nie kan..
ayu dapat kenal blogger yang rajin tinggalkan komen dan selalu ambil berat tentang diri ayu..
terharu....sebab semakin ramai sahabat, semoga kita dapat maklumat bersama-sama

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

azeey--
kak ayu masa awal blogging memang gunapakai kaedah awak..tapi tak berapa nak menyerlah...visitor nak entry berfaedah...lebih-lebih berita semasa...
kalau tentang cerita kisah sendiri...2,3 entry okey kot...

pandai azeey guna cara itu...semoga merasa selesa dan mesra berblogging yer

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

sarah-najwan--
apa yang tak jadi yer?.
klik jer opsyen catatan/auto post..pilih tarikh dan masa yang hendak dipublishkan...

mula-mula sukar..lama-lama senang,.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

yanie--
bagi sis kan...waktu 11 tengahari...ramai blogger yang blogging...sama macam pembaca yang slient rider...ada masa free aroud 11-1petang, sebelum makan tengahari..

tapi, bergantung jua tajuk kat entry...kena gempak..isi pun tak terkecuali...wajib ada `sesuatu`

Ayu Hashim said...

salam.. nama me, ayu jgk.. hehee.. ayu pun buat cara yg sama...

BW ke blog ayu kalo ada masa ya.. salam perkenalan..