CITARASA RINDUAN

Thursday, October 21, 2010

FFM23: Filem Magika Bolot 5 Anugerah Cipta



Oleh WAHIDUZZAMAN


Pengarah filem Magika Edry Abdul Halim bergambar bersama pemenang anugerah Pelakon Kanak-kanak Terbaik Fimie Don dan penerbit Norman Abdul Halim selepas memenangi lima Anugerah Cipta. - Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT

PETALING JAYA: Malam Perasmian Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) yang berlangsung di Centre Atrium E@Curve, Mutiara Damansara, menyaksikan filem Magikaterbitan KRU Studios merangkul lima anugerah daripada 12 Anugerah Cipta yang disampaikan, di sini, Rabu.

Anugerah tersebut adalah bagi kategori Kostum/Busana yang dimenangi Hasnan Yaacob, Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu ciptaan Edry Abdul Halim, Penataan Seni Terbaik (Anuar Paharudin dan Johan Lucas), Pelakon Kanak-kanak Terbaik (Fimie Don) dan Pengarah Harapan (Edry Abdul Halim).

Sementara itu, persaingan sengit bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik berpihak kepada aktor Shaheizy Sam (V3: Samseng Jalanan) manakala Yana Samsudin pula diangkat sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi filem Adnan Sempit.


Pemenang Pelakon Pembantu Wanita dan Lelaki Terbaik, Yana Samsudin dan Shaheizy Sam.

Selain kejutan daripada Magika, dua kategori lain iaitu Pelakon Harapan Lelaki dan Pelakon Harapan Wanita turut mengejutkan apabila aktor berketurunan India iaitu Shashi Tharan (Estet) dan aktres/hos Kadazan Daphne Iking (Belukar) memenangi kategori tersebut.

Kemenangan ini dilihat cukup istimewa dan memahat sejarah tersendiri apabila kedua-dua kategori itu diungguli oleh pelakon bukan Melayu buat pertama kalinya dalam sejarah penganjuran FFM.

Anugerah Poster Terbaik pula jatuh kepada filem Belukar dan Penataan Bunyi Terbaik dimenangi oleh Brian Ng (V3: Samseng Jalanan).

Dua anugerah utama iaitu Pengarah Harapan dan Filem Komedi Terbaik yang dimenangi oleh My Spy (Afdlin Shauki) telah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Magalin Decruz.


Edry menang anugerah Pengarah Harapan dan Lagu Tema Asal Terbaik iaitu Penyembuh Rindu dari filem Magika.

Pemenang bagi setiap kategori membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai RM10,000. Majlis yang berlangsung selama satu setengah jam itu disusuli oleh tayangan perdana dua filem yang turut bertanding di FFM23 iaitu Estet dan 2 Alam.

Kesemua pemenang Anugerah Cipta menerima wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu anugerah utama pula akan disampaikan pada malam kemuncak FFM23 yang akan di adakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 24 Oktober ini.

Kredit to mStar online

PS: tahniah kepada pemenang ………tahniah magika, inilah dikatakan HEBAT….

4 ulasan:

kella said...

waahhhhh! kena beli dvd la pas ni, tak sempat nktgok wayang

Kalamhati said...

tahniah kru brothers!..idea dorang memang superbb la..lain dr yg lain

azzey said...

Siti Ruhayu: wah! menag.....best agaknya citer nih!

alinac lover said...

yong suka tgk magika!! sgt2 suka