CITARASA RINDUAN

Friday, October 29, 2010

jom...kita lihat kemana lagi aku menghilangkan diri...

Assalamualaikum…..selamat malam kawan-kawan….semalam aku pulang ke kampong, memandangkan majlis perkahwinan adik bungsuku sudah hampir tiba…aku ambil keputusan pulang kekampung tanpa memberitahu ibu dan abah....untung-untung ada kerja yang bakal meringankan bebanan mereka untuk majlis perkahwinan adik..

Tiba ke kampong jam 7.45 malam…ada berbaki solat maghrib….ibu yang memang tidak gemar cara aku yang tak memberitahu awal-awal kedatangan kami….terkejut sakan siap khutbah panjang ko…….

Dengan tak menang tangan…mulut pula menasihatkan aku akibat datang mengejut (biasalah ibu…aku suka pulang secara mendadak bila hati meruntun rindu)…tangan pula memasak makanan malam….itulah sikap ibu yang tak pernah hilang…namun..itulah perangainya yang paling aku rindui…….

Ibu memang merahsiakan majlis yasin pakatan yang diadakan pada hari ini (jumaat 29hb oktober 2010)…risau akan kesihatan en zalie , si menantu kesayangan yang dalam proses penyembuhan….lagilah dia tahu perangaiku…jika ada majlis kecil sekali pun aku pasti meringankan tangan,,,,,,

Sebenarnya, aku tahu ada yasin pakatan dari abah….(kami kan kamceng……hahahahhaahha, maaf ibu…..) abah call tengahari semalam semasa aku di citarasa rinduan..

*********************************************************

Sudahnya, aku turut meraikan majlis yasin pakatan….

Yasin pakatan..korang pernah dengar tak majlis ini?......

Jom,,,,,,aku kongsi info dengan korang….

Majlis memberitahu bahawa ada majlis perkahwinan anak-anak tuan rumah kepada ahli-ahli blok. Hanya terhad kepada ahli blok ibu sahaja iaitu seramai 24 rumah blok 10. felda tenggaroh 1, mersing, Ada 2 kali majlis yang akan diadakan iaitu yasin perempuan dan yasin lelaki….

Pada masa inilah ada rewang dan bacaan yasin sebelum majlis perkahwinan dilangsungkan….selain memberitahu ada beberapa pekerjaan dan pakatan yang akan dilakukan pada majlis perkahwinan tersebut.

Ini yang aku tahu…..Ikutkan 11 pakatan yang akan memberi bahan mentah seperti telur, gula, minyak masak. Manakala ada 11 pakatan juga yang memberi rempeyek dan bahulu..kuantiti dalam 4,5 jenis…dan 10 orang akan berkongsi RM 500 seronokkan???? Apa yang penting? kerjasama…..apa yang penting?...kerjasama…

Warga felda memang bersatu hati….bila ada majlis besar…maka mereka akan bermesyuarat untuk menguruskan majlis tersebut…

Korang bayangkan? Untuk mangkuk buffer, sewa pinggan mangkuk, canopy, semuanya tidak perlu dibayar atau disewa..kerana setiap blok menyediakan pakatan sesama mereka untuk memudahkan tuan rumah tidak perlu berbelanja lebih bila mengawinkan anak mereka.

Hanya keluar modal untuk bahan masakkan sahaja…bayaran tukang masak?...free juga…yang masak…ahli blok….

Memang itulah faedah menjadi salah satu warga FELDA….berbaloi-baloi….jom kita lihat kemeriahan majlis ini…..











PS: Mudahkan? Jom masuk ahli FELDA……..tak pun yang belum kawin lagi..jom kita tackle anak peneroka FELDA…..Hehehehehehheheh


5 ulasan:

CT said...

Wah! Balik rewang ke???

Kalamhati said...

meriahnyeee kak..=)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ct--
blok ibu kita paling sempoi...kita tak buat kerja sangat..hanya masak lauk orang rewang jer


kalamhati--
best tau ahli blog ibu kak memang rajin...tak payah buat kuih muih..depa hantar jadi banyak.....
rezeki..

azieazah said...

Wahhhh... seronoknya ada majlis berpakat-pakat macam tu.
Di kampung lain pun ada, tapi sebutannya lain la, kan?

Yang penting memang pakatan, muafakat, kerjasama, gotong royong menjadi suatu yang sangat penting. Ukhwah, kejiranan, persahabatan.. etc. etc. menjadi akrab dan dihormati pula oleh orang luar.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak azie
itulah, kat kawasan ayu nie sukarlah kak nak dapat jiran macam rumah ibu...

semua kena keluar wang ringgit...sampaikan yang rewang pun berbayar...