CITARASA RINDUAN

Friday, October 8, 2010

Balik kampong…….part 1 (rindu dengan keluarga-sekitar majlis perkahwinan adikku)


Chak!!!!!!

Salam jumaat…………….korang perasan tak akan kehilanganku sehari didunia blog?.......(adeh,,,bukan popular pun kan?..)

Sebenarnya aku dan keluarga pulang ke kampong halaman…rindu sangat dengan ibu dan abah…lagipun, sejak en zalie sakit hinggalah sembuh….belum lagi merasa bermalam di kampong,,,

Itu yang en zalie suarakan keinginan nak mengambil angin kampong halaman…lagipun kampungku di f Tenggaroh 1, berada dalam kawasan peranginan…laut tau…..dekat dengan sibu island, Mersing….itu yang sejuk semacam…tak perlu aircorn..

Setiba dikampung, ibunda menyediakan menu ayam kari, sayur sambal goreng…sedapnya menu ibunda….abah tukang potong bawang dan sayuran..(suka lihat mereka yang suka membantu antara satu sama lain)

Sebenarnya,mereka sedang menguruskan majlis perkahwinan adik perempuan ku yang akan berlangsung pada bulan November 2010….itu yang keadaan diluar rumah agak godol…tebang pokok dan cabut apa-apa tanaman yang akan menjadi tempat rewang penduduk blok 10..

Ibu aku nie, jenis lasak sedikit, ada macam perangaiku..selain suka mengemas dan membersihkan kawasan rumah, dia masih larat tebang pokok..…jadi, tak perlu panggil tukang tebang atau menunggu anak menantu membantu,..cukup kudrat ibu dan abah..

Jom lihat keadaan persekitaraan yang sudah siap dibersihkan…




PS: tulang jenis ringan………….angkat sana, angkat sini..semua larat…syukur kudrat masih kuat

6 ulasan:

eelobor said...

ada gak terperasan...

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

eelobor--
saya blogger cincai jer...heheh

zeqzeq said...

perasan juga cuma malu nak tanya

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

zeqzeq--
hehehehe, malu tandanya segan...dah tanya ayu sudi meluahkan..

CT said...

Ptt senyap, igt bz kat CR....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ct--
hehehehe, sesekali melepaskan tekanan dan masalah..kampung sumber inspirasiku..