CITARASA RINDUAN

Monday, October 11, 2010

LAIN DIRANCANG LAIN PULA YANG TERJADI

Baru balik dari citarasa rinduan, sepanjang sebulan berniaga…hari ini merupakan hari yang amat memenatkan…selalu tak pernah macam ini, hari ini lain dari yang lain

Asalnya, dalam jam 2-3petang, citarasa rinduan senyap jer, selalu kalau makanan tengahari dah habis..suasana macam nielah..…Customer tak berapa ramai…hanya ada dalam 3,4 meja jer…aku pun siap boleh layan tv 3 lagi….

Pekerja aku pulak?, kalau customer tak ramai…. depa layan bawang merah, halia…kentang…kupas sana kupas sini….(buat persediaan esok hari)…sambil-sambil tu,depa boleh lah pok pet..pot pet.. (tangan jalan, mulut pun turut berjalan..istilah bahasa kita mengumpat.…)…mengalahkan chaneel RCTV ko…

Umai dan abah mertua singgah di kedai sekejap…sambil duduk kat meja customer…abah dah pesan awal-awal…

”kalau tak berapa ramai customer..karang tutup awal yer…”

Aku angguk jer….

Tup-tup, lepas abah dan umai balik ke rumah…citarasa rinduan kena serang……….adeh…semua meja dah kena booking…bukan itu sahaja ada tempahan melalui telefon dan customer yang menunggu…

Tu…..dia, lain yang dirancang lain yang terjadi…masak nasi lagi, beli mee kuning…semua tambah lagi…dari jam 4 petang sampai 7 malam…non stop….aku tak boleh rehat….

Bukan ajer nak dapat duduk, atau nak mencelah minum air buat tambah tenaga,,,,semuanya tolak tepi..jari jemariku yang tak berapa nak cantik nie..menebal…kena gerak tak henti-henti…peluh?........pikir-pikir sendiri…(kalah lumba lari)



PS: syukur…rezeki di hari isnin…..(rancang malam nie nak tidur awal...esok banyak kerja menanti)

5 ulasan:

Kalamhati said...

alhamdulillah rezeki 111010...=)

Lelord said...

syukur murah rezeki

azzey said...

Siti Ruhayu: best dpt wat bisnes sendiri ni ek!

slm kenal

EiJa ZaQuaN said...

alhamdullillah..melimpah rezeki..smpai x menang tgn dibuatnye..:)

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kalamhati--
alhamdullilah..heheheh..menarik juga tarikh semalam yer...


kak lelord--
amin...nanti boleh belanjer najlaa beli askrim...heheheh


azeey--
alhamdullilah, itu jer kepakaran saya, lepas mengajar students mlvk dalam bidang akauntansi....
belajar memasak dari mak metua...hingga sekarang terus mengaji dan mengekalkan tradisi resepi yang berlalu..
salam kenal untuk kamu jua



eija--
alhamdullilah...rezeki....semoga kita dirahmati...
psst..kita pun suka lihat cookies yang family mil awak buat tempohari...