CITARASA RINDUAN

Saturday, October 9, 2010

RAYA DAH HABIS..........(umai baru dapat kasut raya-aku mengidam benda nie)


Assalamualaikum..salam malam sabtu

Hari nie, ada sambutan jamuan hari raya di kawasan kedaiku…ramai jentera yang bertugas, termasuk belia dan perniaga f sungai sayong..

CITARASA RINDUAN dibuka separuh hari…menghormati majlis penting…ikutkan aturcara majlis, akan diraikan selepas solat isyak…mesti ramai belia yang bertanjak dan bersamping, segak-segak jentera sungai sayong…begitu jua beliawati…bertudung dan berpakaian meriah….ada karaoke akan dimainkan, En Saari si tuan punya karaoker…sure, majlis bertambah gembira dan terbilang..

*************************************************

Sebenarnya, hari nie jua, hari bertuah untuk anak saudara abah mertuaku a.k.a sepupu en zalie..JULIANA namanya..anak arwah mak long di f AIR TAWAR 5..tahniah ku ucapkan kepada beliau…

Bukan tamo menghadirkan diri kedua-dua majlis yang bersejarah…namun, tiada pilihan…kesihatan en zalie belum mengizinkan…doakan semuanya akan seperti sediakala..walaupun memakan masa..

*************************************************

Terlanjur CITARASA RINDUAN tutup setengah hari…aku pergi belanjer barangan basah di tjMART saleng, belanjer ikan, sayuran, udang, sotong dan barangankeperluan CITARASA RINDUAN,inilah pertama kali aku dapat shopping..selepas en zalie keluar dari hospital..

Siap beli kasut raya umai…yang buat lawak…aku beli selepas raya aidilfitri habis diraikan, kesian kat umai..pakai selipar lama dan kasut yang dah terkurang saiz dari kaki asalnya…pergi tabika pun pakai selipar lama, sebab kasut sekolah dah tak boleh digunakan..biasalah budak-budak cepat membesar…saiz kaki, saiz jari dah naik kembang dan panjang..

Akhirnya aku sambar kasut ini….ala-ala kasut penari gitu…warna mesti pink…warna kegemaran umai, saiz 29….dah besar anak ku itu…


Dah lama aku mengidam air nie…sejak menjaga en zalie di hospital..hari-hari teringatkan benda nie…sejak bulan jun sampai bulan oktober…akhirnya berjaya jua aku dapatkan…….

Ais blog 3 perisa aku sambar…untuk aku perisa coklat, untuk en zalie aku belikan perisa lemon manakala untuk umai perisa strawberry…

Kecur punya pasal…dalam kereta aku dah habiskan minuman nie…walaupun manis aku sedut hingga ketitisan penghabisan…hahahhaha…janji tekakku dapat minum ….

Sekarang, dah menyesal …tekak dah biasa tak minum manis…sekarang teguk 1 botol air masak, bilas semula ais blog yang dah ada dalam perut



PS: Masa minum tak ingat dunia, sekarang?.......menyesal tak sudah….ikut nafsu mati..ikut hati binasa………….(betul ker peribahasa nie....?)


4 ulasan:

A-Y-I-E said...

ni kasut anak or mak?? hahahahaha

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ayie--
kamu mmg nakal.....
siap kak ayu libas dengan rotan

aNa d'sKoDenG said...

wah wah..sengeh manjang umai dapat kasut baruuuuu

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

ana--
satu ari tamo buka kasut baru nie...hahahaha...macam-macam