Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 13, 2010

Ketua Polis Negara Umum Pelantikan Baru Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar Rabu mengumumkan beberapa pelantikan baru termasuk Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebagai pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman.

Beliau juga mengumumkan bahawa Ketua Polis Pahang Datuk Robiah Abdul Ghani dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim dilantik sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Narkotik Bukit Aman.

Ketua Polis Kedah, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan pula dilantik sebagai Pengarah JSJ Komersial, katanya pada satu sidang akhbar di Bukit Aman di sini.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Hussin Ismail.

Sementara itu, Ismail berkata kesemua pelantikan tersebut, yang berkuat kuasa hari ini, adalah bagi mengisi kekosongan jawatan berkenaan sejak tahun ini.

Empat jawatan pengarah itu kosong apabila seorang daripada penyandangnya iaitu Datuk Hussin Ismail (Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Tiga lagi jawatan kosong berikutan persaraan wajib pengarah berkenaan iaitu Datuk Abdul Razak Bokhari (Pengarah Jabatan Pengurusan), Datuk Zulhasnan Baharuddin (Pengarah JSJ Narkotik) dan Datuk Koh Hung Sun (Pengarah JSJ Komersial).

Ismail berkata pengisian kekosongan jawatan ketua polis dan pesuruhjaya negeri akan diputuskan pada mesyuarat bertarikh 29 Okt ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan turut meluluskan pelantikan seramai 265 pegawai berpangkat Asisten Supritendan (ASP) ke Deputi Supritendan (DSP) berkuat kuasa hari ini.

Katanya, semua pelantikan dibuat bagi mengemas kini struktur organisasi badan keselamatan negara itu supaya lebih sistematik dan teratur. - BERNAMA

kredit to Mstar

3 ulasan:

Kalamhati said...

Bagus tu..moga lebih mantop..=)

azzey said...

mengharapkan yg terbaik utk kebaikan bersama.....

eelobor said...

semoga PDRM akan terus mantap dan sekalung tahniah kerana menjaga keselamatan negara