CITARASA RINDUAN

Thursday, October 14, 2010

eik, saman menyaman pulak...

A.Aida Hilang Sabar, Mahu Saman Ameng

Oleh NIEZAM ABDULLAH

A.Aida bengang apabila Ameng membuat tuduhan di mahkamah kononnya dia bersama suami melakukan konspirasi menjatuhkan Ameng.

PETALING JAYA: Produser drama Halimah Jongang, Zaidah Awang,39, atau A.Aida berhasrat untuk menyaman bekas suaminya Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail,42, kerana melakukan fitnah membuat kenyataan kononnya dia telah melakukan konspirasi untuk menjatuhkan Ameng.

A.Aida berkata selama ini dia berdiam diri mengenai segala perbuatan Ameng dan tidak tergamak mengambil tindakan kerana mempunyai perasaan simpati dan belas kasihan terhadap bekas penyanyi Kumpulan Spring itu.

“Saya akan dedahkan segala-galanya di dalam sidang akhbar nanti. Saya sudah tidak boleh sabar lagi dengan sikap Ameng,” Katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Rabu.

Akhbar pada Raba melaporkan Ameng mendakwa A.Aida dan suaminya, Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintenden Suffian Sulaiman telah melakukan konspirasi untuk memalukannya.

Tuduhan mengenai kes dadah yang dikenakan terhadapnya itu kata Ameng adalah bertujuan untuk memburukkan nama baiknya.

Ameng, bekas vokalis Kumpulan Spring

Ameng berkata demikian ketika memberi keterangan membela diri di hadapan Majistret Zaki Asyraf Zubir atas dakwaan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun dan denda tidak lebih RM5,000 jika sabit kesalahan.

Sehubungan kenyataan Ameng itu, A.Aida bersama peguamnya akan mengadakan sidang akhbar tergempar di Restoran Rebung di sini, Khamis kira-kira pukul 3 petang.

Menurut A.Aida dia mempunyai bukti termasuklah kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) berbau ugutan daripada Ameng sehingga memaksanya membuat laporan polis pada April lalu menyebabkan Ameng ditahan.

Ujar Aida, Ameng turut mengabaikan tanggungjawab terhadap dua anak iaitu Wan Aleesya,14, dan Wan Natasha,9, dengan tidak pernah memberi nafkah kepada mereka.

Kedua-dua anak itu berada di bawah penjagaan A.Aida.

“Satu sen pun dia tak bagi nafkah anak... dia nak cakap banyak pula. Saya dah lama bersabar. Kali ini saya tak boleh berdiam diri lagi. Saya akan dedahkan semuanya,” katanya.

Ameng dan A.Aida berkahwin pada tahun 1995 dan berpisah tujuh tahun kemudian.

Ameng kemudian berkahwin dengan Sabariah Zakaria,40, pada tahun 2004 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Wan Amar Haikal yang kini berusia tiga tahun.

Mahkamah menetapkan 25 Oktober ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan mengemukakan hujahan bertulis.

mstar online

PS: jangalah mewar-warkan keaiban orang…buruk padanya..semoga kes mereka tak mengaibkan mana-mana pihak...

4 ulasan:

ijad said...

salam ziarah

Kalamhati said...

huhu macam2 dunia artis..

kella said...

haduh.....

azzey said...

Kancilbiru: kalo blh selesaikan le cr baik...