CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 13, 2010

Memang lain dari yang lain

Rajagopal tekad cipta rekod dunia memandu secara mengundur 1010 kilometer


KUALA LUMPUR: Bertekad untuk meneruskan perjuangan demi mengharumkan nama negara, pemegang Malaysia Book Of Records 2008 dalam acara memandu secara mengundur, kini dalam misi untuk mencipta nama dalam World Guiness Book of Records bagi "Longest Reverse Driving".

Bagi merealisasikan impiannya itu, I Rajagopal, seorang penceramah motivasi dan khidmat masyarakat, memulakan misinya pada 10 Oktober lalu dan dijangka tamat pada 15 Oktober ini, membabitkan jarak 1010 kilometer dari Johor Bahru, Johor ke Alor Star, Kedah dalam masa enam hari.


"Saya memandu bermula dari Johor Baharu pada 10 Oktober lalu dan bermalam di Segamat sebelum tiba di Kajang, Selangor semalam, dan hari ini saya akan menyambung perjalanan dari Kajang dan akan berhenti berehat di Sungkai, Perak. "Perhentian terakhir misi ini pada 15 Oktober bertempat di Megamall, Butterworth selepas meneruskan perjalanan dari Alor Star, Kedah," kata Rajagopal, 56, pada sidang media di Dewan Netaji, Menara Manickavasagam di sini hari ini.


Pada Ogos, 2008, Rajagopal disenaraikan dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya memandu secara mengundur sejauh 88km.


"Saya juga terharu dengan sokongan Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu yang sanggup turun padang bagi memberi sokongan dalam acara pelepasan memandu secara mengundur di Menara Manickavasagam hari ini," katanya. Rajagopal berkata, beliau sangat berbesar hati dengan sokongan dan bantuan keselamatan sepenuhnya daripada bahagian Trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan anggota PDRM yang lain dalam usaha menjayakan misinya itu.


"Saya memandu kereta jenis Chevrolet dengan kelajuan 50km sehingga 60km sejam bermula pada seawal jam 8 pagi sehingga 6 petang selama enam hari berturut-turut dengan pengawasan sepenuhnya daripada pihak trafik PDRM," katanya.


Rajagopal, yang berasal dari Johor Bahru turut menceritakan detik dirinya memandu secara mengundur sehingga memupuk minat untuk mencipta rekod iaitu semasa membantu seorang lelaki yang keretanya kehabisan minyak di Pagoh, Johor.


"Pertama kali saya memandu secara mengundur berlaku apabila sedang membantu seorang lelaki berbangsa Cina yang dalam kesusahan dan terpaksa memandu kereta dengan cara itu untuk membeli minyak petrol kerana stesen minyak terdekat adalah sejauh 13km dari tempat kejadian," katanya.


Sementara itu, acara itu turut mendapat kerjasama daripada Pergerakan Pemuda MIC, Persatuan Tamilar Negeri Johor, Kelab Kereta Oliver Putra Motorsport Jay Bee. Pengerusi Kelab Kereta Oliver Putra Motorsport Jay Bee, Sa'dun Safihe berkata, mereka juga akan mengadakan aktiviti iaitu mendapatkan sebanyak mungkin tandatangan rakyat Malaysia sepanjang misi itu berjalan. "Kami akan bersama-sama dengan Rajagopal dalam meneruskan misinya dan seramai 40 orang peserta akan terlibat dalam usaha mendapatkan tandatangan itu," katanya Sa'dun berkata, tujuan aktiviti itu adalah menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia dengan menyahut seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu 1Malaysia sepanjang misi itu berjalan.-Bernama

kredit to metro online

3 ulasan:

kak ina kl said...

memang kuat india ni..dia makan apa yer

azzey said...

mcm mana klo pegi koje ari2 cub aplak drive secara mengundur.....dh sah2 spi sudah x sampai2 .....kat situ le jg.....hik3....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak ina--
hehehehe, sure kari dan nasi

azzey--
jom cuba buat mcm rajagopal
tapikan, awak kena pasang bodyguard..takut polis tahan awak sbb salah sangka...hehehehhe

psst..boleh buat mcm dia, awak rives arah bertentangan...sampai kat opis tapi agak menyulitkan..hahahhaha..