CITARASA RINDUAN

Saturday, October 30, 2010

Bas Pelancongan Terbabas: Enam Maut, 21 Cedera

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa para belia terbabas lalu terbalik di Km38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam ini.

Kemalangan yang melibatkan bas yang membawa 44 penumpang yang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.

Bas tersebut yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan, demikian menurut PenolongPengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail.

Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam.

Beliau berkata bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berada di tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa antaranya yang mautkerana tersepit di bawah bas.

Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur.

Berikut ialah senarai enam penumpang bas ekspres yang membawa ahli Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di Km 38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam ini.

Mereka dikenali sebagai:-

Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14;

Mohd Amirul Muhamat Isa, 13;

Mohamad Firdaus Rosedi, 16;

Mohammad Yussof A. Akhit, 16;

Mohd Ridzuan Husin, 17;

Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.- BERNAMA

Salam takziah kepada ahli keluarga ke enam-enam mangsa yang terlibat, semoga mereka termasuk kedalam golongan orang yang beriman..

Kredit to mstar online

6 ulasan:

azieazah said...

Selalu kita tengok, apabila ada tragedi, mesti seperti bermusim, kan?

Anak buah kita yang belajar, skang cuti nak balik kg dah takmo naik bas express lagi, semua berebut naik ketapi pulak...

apapun takziah buat keluarga mangsa.

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak azie

itulah...dah macam trand..kalau trand fesyen tak apa juga, ini nyawa...alahai..

samalah..cosin ayu pun pakat naik keretapi..takut.......

semoga mangsa yang terlibat dirahmati Allah

ijad said...

nyeri ya...

NuRa said...

kak ayu....keretapi pun bahaya gak.....semua bahaya skrg ni.....yang penting sikap jadi pemandu kena la ubah......

memang mengerikan kemalangan ini....nyawa...nyawa...nyawa...

NuRa said...

kak ayu....keretapi pun bahaya gak.....semua bahaya skrg ni.....yang penting sikap jadi pemandu kena la ubah......

memang mengerikan kemalangan ini....nyawa...nyawa...nyawa...

azzey said...

Siti Ruhayu: Lg2 kemalangan yg l kurang sama......tak tau nk kata apa dah....:(