Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 20, 2010

TAHNIAH HELIZA AF

Heliza Jadi Penceramah Motivasi

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ


Heliza bergambar kenangan bersama kedua-dua ibu bapanya ketika majlis konvokesyen Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 11 Oktober lalu.

PETALING JAYA: Penyanyi dan pelakon Heliza Helmi, 24, yang sudah bergelar graduan Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 11 Oktober lalu bukan sekadar menjadi penyanyi malah turut di undang menjadi penceramah motivasi di sekolah-sekolah.

Pada minggu lalu, dia menerima undangan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau, Sabah untuk bercerita mengenai pemakaian tudung.

Peluang yang diterimanya itu kata Heliza membuka minatnya untuk menjadi penceramah motivasi pada masa akan datang.

“Saya kena tambahkan ilmu lagi jika mahu menjadi seorang penceramah motivasi yang berjaya kerana saya semakin minat dalam bidang ini. Tidak sangka pula selepas tamat belajar, banyak pula peluang untuk saya memberi ceramah di sekolah,” katanya yang telah berjaya mendapat segulung ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang Pendidikan Sains, Biologi dan Kimia.

Katanya, walaupun mempunyai kerja yang banyak sebagai seorang artis di Kuala Lumpur Heliza terpaksa meluangkan masa untuk memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang telah selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bagi menggalakkan mereka ke sekolah selepas peperiksaan.

“Selepas ini, saya turut mendapat jemputan untuk memberikan ceramah di sebuah sekolah di Perak. Walaupun sibuk, saya tetap akan cuba memberikan sumbang kepada para pelajar sekali gus dapat mempraktikkan bidang pendidikan yang saya pelajari sebelum ini,” katanya yang mengakui seronok berjumpa dengan pelajar-pelajar sekolah.

Ternyata nalurinya sebagai seorang guru tidak pernah luntur dan Heliza akan cuba membahagikan masa antara bidang seni dan juga pendidikan.

Setelah berjaya menerima segulung ijazah, penyanyi berasal dari Kuala Terengganu ini menyifatkan ia seperti mimpi kerana dia terpaksa memberi tumpuan selama lima tahun untuk memperoleh kejayaan tersebut.

“Bukan mudah untuk saya habiskan pengajian ini sebab sepatutnya saya hanya mengambil masa empat tahun tetapi sebab sibuk dengan karier seni, saya terpaksa tangguh pengajian setahun.

“Paling mengharukan, semasa menerima ijazah, ramai yang menepuk tangan apabila tiba giliran nama saya disebut. Ada yang tidak melepaskan peluang merakamkan gambar saya.

“Saya berhasrat nak sambung pengajian pada peringkat sarjana tetapi bukan dalam masa terdekat ini sebab saya juga baru membuka syarikat produksi,” ujarnya.

PS: tahniah….diatas kejayaan yang dimiliki oleh heliza….bangga dengan pencapaian beliau

2 ulasan:

norhidana said...

ni baru bagus... artis yg memikirkan jugak psl pelajaran bukan jenis artis yg takde pelajaran

Fuz said...

pergh. awek aku jadi penceramah pulak.