CITARASA RINDUAN

Sunday, October 10, 2010

Amalkan Empat Perkara Untuk Bahagia dan Meninggalkan Empat Perkara Yang Menyiksakan di Dalam Kubur

oleh Abu Basyer pada pada 09hb Oktober 2010 pukul 10.16 pagi


Sahabat yang dirahmati Allah,

Setiap manusia akan mati. Mati akan datang bila-bila masa samaada manusia suka atau tidak pada kematian. Manusia akan menghadapai kematiaan dalam dua keadaan sahaja iaitu su'ul khatimah (kematian yang buruk) atau husnul khatimah (kematian yang baik).

Untuk mendapat husnul khatimah dan mendapat kebahagiaan di alam kubur maka seorang Mukmin itu perlulah amalkan empat perkara dan meninggalkan empat perkara :

Abu-Laits berkata: “Siapa yang ingin selamat dari siksaan kubur maka harus melazimi (melaksanakan) empat perkara dan meninggalkan empat perkara iaitu:

1.Menjaga sembahyang lima waktu

2. Banyak bersedekah.

3. Banyak membaca al-Quran

4.Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Semua yang empat ini dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

Adapun empat yang harus ditinggalkan ialah:

1.Berbohong.

2.Khianat

3. Adu-domba dan

4. Tidak menjaga kencing.

Perkara-perkara yang membahagiakan adalah seperti berikut :

Pertama : Menjaga solat lima waktu.

Nabi s.a.w ada bersabda yang bermaksud :

" Bermula orang yang meninggalkan solat pada hal ia dalam keadaan sihat, maka Allah tidak memandang kepadanya dengan pandangan rahmat, dan baginya kelak azab yang amat hebat melainkan kalau ia bertaubat dari perbuatannya itu."

Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah s.a.w. sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah s.a.w. “Ya Rasulullah s.a.w., kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah s.w.t., kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah s.a.w.pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.”

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah s.w.t. seperti babi hutan yang hitam.”

Kedua :Banyak bersedekah.

Seorang anak lelaki bertanya Rasulullah s.a.w : "Sedekah mana yg lebih besar pahalanya?

Nabi menjawab, "Sedekah yg diberikan sedangkan pada masa itu engkau masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang nak dermakan harta kerana takut jadi fakir dan engkau berangan jadi kaya) maka jangan menangguh sedekah sehingga apabila roh sampai dikerongkongan lalu pada masa itu kau berkata, "ini untuk si anu ini untuk si anu sekian" dan sebenarnya harta engkau pada masa itu memang akan dimilki oleh orang lain."

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :

“Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”

(Hadis Riwayat al-Turmuzi)

Ketiga : Banyak membaca al-Quran.

Rasulullah s.a.w., pernah berkisah mengenai seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Apabila dia masuk ke dalam kuburnya, dia rasa amat terkejut kerana kuburnya terang benderang dan terdapat satu makhluk di dalam kuburnya. Tanya lelaki itu "Siapa kamu?"

Jawab makluk tadi "Kamu tak kenalkah pada saya? sayalah yang kamu baca pada siang hari dan juga pada waktu malam." Barulah lelaki itu teringat, makhluk itu adalah Al-Quran.

Seterusnya dia dipimpin oleh makhluk tadi dan dibawanya bertemu Allah. Betapa gembiranya dia dapat menatap zat Allah Yang Maha Suci. Bukan sekadar itu saja, Allah telah memerintahkan malaikat agar memakaikan mahkota dan perhiasan Syurga kepada lelaki itu. Serta Allah memerintahkan malaikat agar turut memberi perhiasan-perhiasan Syurga kepada kedua ibubapa lelaki tersebut.

Terkejutlah ayah dan ibunya sambil berkata "Wahai malaikat, amalan kami sedikit sahaja tetapi kenapa kami mendapat perhiasan-perhiasan ini?"

Jawab malaikat "Kerana anakmu telah mempelajari dan membaca Al-Quran"

Masya-Allah cantiknya balasan Allah. Hanya kerana pahala yang kita lakukan tidak hanya terhenti kepada diri kita sahaja, malahan beralih jua kepda ibu bapa yang membesarkan kita. Marilah kita bersama-sama mengembalikan amalan membaca Al-Quran kitabullah yang mulia ini meskipun dengan hanya sepotong ayat sehari.

Keempat : Memperbanyak bertasbih (membaca: Subhanallah walhamdulillah wal’aa ilaha illallah wallahu akbar, walahaula wala quwata illa billah).

Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : "Pertahankanlah dirimu dengan keempat-empat kalimah ini (subhanallah,walhamdulillah, walailahaillallah, wallahuakbar : Maha Suci Allah, segala pujian bagi Allah, dan tidak ada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar), semoga kamu dilindungi daripada Jahannam.Kerana kalimah-kalimah ini akan melindungi pembacanya daripada kanan, kiri, belakang dan bahagian hadapan. Dan kalimah-kalimah ini adalah kebajikan-kebajikan yang kekal selama-lamanya."

Semua empat perkara yang tersebut di atas akan dapat menerangi kubur dan meluaskannya.

*****************************************************

Sahabat yang dimuliakan,

Terdapat pula empat perkara yang harus ditinggalkan kerana keempat-empat perkara ini akan menyebabkan seseorang akan mendapat siksa dan azab kubur .

Perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama : Berbohong.

Firman Allah s.w.t maksudnya : “Sesungguhnya yg mengada-adakan kebohongan hanyalah orang-orang yg tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itulah orang-orang pendusta.”

Rasulullah saw bersabda “Tanda-tanda orang munafik ada tiga bila berkata dusta; bila berjanji mengingkari; dan bila diberi amanat berkhianat.”

Kedua : Ikhianat.

Sabda Nabi s.a.w. maksudnya : “Sungguh suatu pengkhianatan yang besar apabila kamu bicara pada saudaramu dan dia membenarkan kamu, padahal kamu dusta.” (Hadis Riwayat. Abu Daud)

Ketiga : Adu-domba (menjadi batu api)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Nabi s.a.w berwasiat kepada Sayyidina Ali k.w. maksudnya : "Wahai Ali ! Saya melihat tulisan pada pintu Syurga yang berbunyi "Syurga itu diharamkan bagi setiap orang yang bakhil (kedekut), orang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, dan bagi orang yang suka mengadu domba (menghasut)."

“Pada malam aku di Isra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang sedang mengalami penyiksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.” .Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : “Hai Fatimah, adapun tentang : Wanita yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya seperti keledai (himmar), kerana dia suka mengadu-domba serta berdusta."

Keempat : Tidak menjaga kencing. (tidak bersuci dengan sempurna)

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas bahwa ia berkata, Nabi melewati dua buah kubur. Baginda bersabda maksudnya : "Kedua penghuninya sedang disiksa bukan karena dosa besar. Yang satu karena ia suka mengadu domba, dan yang lainnya karena tidak mau membersihkan air seni sehabis buang air kecil."

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda maksudnya : “Bersihkanlah kamu daripada air kencing, sebab umumnya siksa kubur itu berpunca daripada air kencing. (Maksudnya hendaklah dicuci kemaluan sebersih-bersihnya selepas membuang air kecil.).

******************************************************

Sahabat yang dimuliakan,

Marilah sama-sama kita perbaiki amalan-amalan kita supaya ianya menjadi amalan soleh yang akan dapat membantu dan menjadi teman setia kita ketika kita berada di alam barzakh dan hari akhirat. Kerana seseorang yang tersangkut di alam barzakh sebenarnya dia tak akan terlepas untuk mendapat azab di hari akhirat nanti.

Alangkah ruginya manusia yang diberi kesihatan yang baik, kelapangan masa, kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah tetapi amal kejahatannya melebihi amalan kebaikannya. Nikmat dunia yang sementara ini terlalu sedikit berbanding dengan nikmat Syurga yang tidak ada tolok bandingnya, begitu juga kesusahan di dunia ini terlalu kecil berbanding dengan azab siksa dialam kubur dan hari akhirat yang amat dahsyat sekali.

Sedarlah wahai shabat-sahabatku teruskan beramal soleh dan buatlah sebanyak-banyak kebaikan di dunia ini sebagai bekalan kita untuk berbahagia di hari akhirat.

5 ulasan:

Kalamhati said...

bab jaga kencing tu kita kena hati2 tetambah kita org perempuan..tu pentingnya lepas buang air kecil kena istibra' (berdehem beberapa kali) agar air kencing keluar habis..kalu tak nnt kita akan solat dalam keadaan bernajis..tak sah solat..

nnt saya akan cuba cari kisah yg Nabi ceritakan tentang org yg tak bersih kencingnya ni..

Nur Hawa Mohd Zin said...

tq kak..tazkirah sebelum tdo...

Lelord said...

syukran...
darling meh amik award

http://lelord-mamanajlaa.blogspot.com/2010/10/anugerah-buatmu-blogger-anugerah-blog.html

Kengkawan said...

terima kasih... (merasa insaf)

eelobor said...

Alhamdulillah, perkongsian ilmu