CITARASA RINDUAN

Sunday, October 31, 2010

Zamarul takut nak melakonkan babak mandi jenazah- CEREKARAMA AKU INGIN PULANG TV3-


Orang lain seronok layan bola….n9 vs kelantan (keputusan 2:1 dalam masa 65minit perlawanan berlangsung) …final ko………..

Aku pulak layan drama tv 3 cerekarama….drama ini aku dah baca sinosipnya dalam metro harian…itu yang buat aku nak menontonlah sangat….

AKU INGIN KE SYURGA…itulah tajuk cerekarama tv 3 pada 30hb oktober 2010

Pelakon utama si Zamarul yang membawa watak hanafi (along), awal-awal dah buat kenyataan, tak sanggup nak melakonkan part babak kena mandi jenazah. Namun dipujuk pengarah, akhirnya zamarul bersetuju untuk menghidupkan drama ini..zamarul teruskan jua..lagi-lagi part ulat kat badan zamarul semasa dia terlantar sakit…ahaks…geli ko…

Itu yang berkobar-kobar layan citer nie…meleleh air mataku…..

*****************************************************************

Hanafi nie, anak sulung kepada Rabiah (Ku Faridah Ku Shafie), anak yang paling kurang ajar, suka mencuri duit rabiah, mementingkan diri sendiri, memukul dan melakukan apa sahaja terhadap rubiah untuk memperolehi wang…tepengaruh dengan rakan sebaya yang hanya tahu berseronok hingga biadap kepada ibu sendiri.

Mempunyai adik lelaki dan perempuan, namun sentiasa bersifat kasar terhadap mereka…lakonan Almy Nadia(adik) dan Nazim Othman(angah)

Mula berubah dari baik ke jahat, akibat kesan kesal tak dapat menyelamatkan arwah ayahnya semasa rumah keluarga hanafi di timpa kebakaran.

*******************************************************************

Sehinggalah satu hari hanafi memaksa rabiah mengeluarkan wang simpanan untuk membeli motor baru. Waktu itu rabiah diheret dan dipaksa, berlakulah kemalangan sehingga memaksa hanafi lari ke Bandar kerana menyangka rubiah meninggal dunia.

Selama 15 tahun hanafi dibandar…bergelumang dengan maksiat, mencuri, berzina, kaki pukul, ketua samseng dan menjalankan aktiviti pelacuran… menjadi amalan hanafi dikota bandaraya.

Sepanjang itu, Rabiah sering memohon kehadrat esa…mohon ditunjukkan hanafi kepengkalan jalan…, mulia sungguh naluri ibu……..mendoakan agar hanafi dalam keadaan sejahtera dan selamat..

*************************************************************

Hinggalah satu hari hanafi dibelasah oleh sekumpulan samseng yang lain hingga hanafi koma…..

Barulah hanafi pulang ke rumah, rabiah menerima apa jua yang berlaku keatas hanafi, dengan bau busuk, ulat-ulat dari badannya…kasih sayang seorang ibu tak pernah putus semasa menguruskan keperluan anaknya……..

Syukur diakhir hayat sebelum hanafi menutup mata..rubiah memaafkan kesemua kesalahannya..Hanafi sempat bertaubat dan mengucapkan kalimah sahadah..

Hingga luka dan ulat yang dah lama ada pada hanafi hilang sekelip mata semasa mayat hanafi dimandikan…begitu lah mudjizat yang diberi oleh Allah…lebih-lebih lagi hanafi sempat bertaubat sebelum menghembuskan nafasnya..

*************************************************************

Drama aku ingin ke syurga, sungguh menghayat hati…kisah yang berkisar di dalam sesebuah keluarga, walaupun jalan cerita seperti drama-drama sedih dan pengorbanan ibu yang lain…

Namun drama ini lebih elok dan lain dari yang lain….bagus dijadikan tauladan dan sempadan…semoga drama ini berjaya dinobatkan sebagai pemenang untuk anugerah skrin tahun hadapan..insyallah…

Allah Hu Akhbar…


11 ulasan:

NuRa said...

mmg sedih citenye kan kak ayu.....emak tetap jaga anak wlu si anak dah buat mcm2.....kurang ajar plak tu....memberi pengajaran kat saya ni......aduhai emak.....sungguh murni pengorbanan mu.....

ermmmmmm.....wlu jati meronta2 nak tgk final bola....tapi still tgk drama ni gak.....

NuRa said...

eh salah taip plak...jati tu...hati la.....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

nora--
memang betul kata awak...
kak kan perasan ramai yang tonton tak terlalu detail..sampai tak dapat hayati...

adik kak pun sampai tak puas hati story ini...

kak kata..kena tonton dari awal..buat apa ko layan bola..dah anggap citer nie tak best..

walhal..banyak pengajaran aku ingin ke syurga..

alinac lover said...

yong pon tgk selang seli ngn bola..hahaha

menang yay!

cikgu isza said...

memang suka dengan lakonan kamarul..
dia kalau bawa watak jahat memang menjadi..

Mas said...

mas pun tengok dari mula sampai akhir...memang best cerita tu ...berlinang air mata pada last cerita tu lepas sakit hati tengok perangai zamarul tu...memang menjadi lakonan zamarul tu, betul2 buat mas sakit ati kt dia....

Kartini said...

ramai2 pelakon melayu, memang suka tengok Zamarul. tapi semalam layan bola dan tak dapat tengok citer ni. Takpe cari online. agak2nya mesti ada.

Lelord said...

uwaaaaa baca sinopsis jek pun sedeyyy lom tengok lagi. bertambah sedeyy sini de de TV3

ayu join join GA
http://canteek-selalu.blogspot.com/2010/10/ninas-collection-giveaway.html

norhidana said...

mmg cite tuh sungguh menyentuh hati... tp paling tak tahan tgk ulat2 tuh... eeee geli

azieazah said...

Sapa pengarah drama ini? Biasanya kalu ulat2 gini, Rashid Sibir selalu buat.

Kak Azie tingin sangat nak tengok, tapi mata tak tahan, 2 days before Kak Azie tido lewat so 3rd nite dah kena cover.

Harap2 ada ulangan, sbb tau drama ni memang best.

azzey said...

Siti Ruhayu: dh plan nak tgk citer ni...tp terlupa plak waktu tu....