CITARASA RINDUAN

Saturday, October 16, 2010

DRAMA berdosakah aku- drama terbaik aku tonton..

Berdosakah aku....

Drama yang sedang aku ikuti sekarang..meruntun hatiku…aku ibu…..sudah tentu apabila menonton drama yang menghayat hati…pasti berbekas didalam…..

Nasib anak kandung, yang telah kehilangan tempat bergantung…dijaga oleh nenek..apabila membesar pulang semula kepangkuan ibu kandung semula..dengan adik beradik yang macam-macam ragam

Ini cerita benar…ada dikeliling kita…berdosakah aku...kisah reality namun diadaptasikan….

Semoga hasil pengamatan dan pencarian aku tentang drama ini membuatkan kita sedar…beginilah ragam keluarga yang berlaku sekarang..

Moral—pupuklah sifat kekeluargaan, agar kejadian social yang pincang dapat di selamatkan…payah namun..sekurangnya drama ini amat berkesan dan berbekas di lubuk hati penonton





CEREKARAMA : Berdosakah Aku

Borak Lokasi: Jangan pisah kasih ibu anak Oleh Norhayati Nordin

[b]2010/09/15[/b]


MENJENGAH ke lokasi penggambaran telefilem Berdosakah Aku di Kampung Kuang, Selangor pada 6 Ogos lalu, suasana petang Jumaat itu cukup hening. Kelibat pengarahnya, Azman Yahya atau Jinggo kelihatan bersiap sedia untuk penggambaran babak seterusnya.

Cukup terserlah ia paparan kisah hidup manusia yang terpalit sejuta kesedihan. Berlatarkan keadaan rumah kampung, Berdosakah Aku membawa kisah Haryani lakonan Noorkhiriah Ahmad Shapie yang dibesarkan neneknya sejak kecil hingga dewasa.

Tidak terlalu menghiraukan kenapa dia dibesarkan nenek, Haryani akhirnya terpaksa menerima hakikat keluarganya masih ada. Semuanya berlaku selepas nenek yang dianggapnya seperti ibu sendiri menyahut panggilan Ilahi.

Kematian nenek begitu meninggalkan kesan mendalam kepada Haryani. Biarpun berat untuknya menerima realiti, namun apakan daya, dia sudah hilang tempat bergantung. Mahu atau tidak, Haryani harus kembali ke pangkuan keluarga kandungnya.

Tanpa sekelumit kasih sayang dirasakan daripada ibunya, Haryani harus akur. Bagaimanakah dia berhadapan dengan keadaan hidup keluarga kandungnya? Apakah wujud perasaan kasih di hati Haryani terhadap ibu serta dua saudara kandung, Zahid dan Nurhidayah?

Bagaimana pula penerimaan abang dan adiknya terhadap Haryani di rumah mereka? Sampai bilakah Haryani harus berasa terasing dengan darah daging sendiri? Kisah menyayat hati ini, akan disiarkan di TV3 pada awal Oktober nanti menerusi slot Carekarama, jam 10 malam.


Penerbitnya, Sheila Rusly berkata, dia dan suami terpanggil menghasilkan telefilem itu untuk menyampaikan mesej kesedaran kepada masyarakat bahawa kasih sayang ibu dan anak, jangan dipisahkan. Ini kerana, apabila realiti sebenar diketahui, ia satu kejutan.

Katanya, ilham cerita terbabit diperolehnya daripada kisah benar seorang kenalan. Namun, siapakah orang itu biarlah identitinya menjadi rahsia. Cukup sekadar kisah hidupnya dikongsi bersama. Selain kisah kenalan itu, masalah sama dilalui orang lain.


Justeru, kisah itu diolah menjadi satu cerita yang padat dengan mesej untuk dikongsi bersama masyarakat. Malah, Rozie Rashid diberi kepercayaan menghasilkan skripnya. Ternyata olahan Rozie tak menghampakan JS Pictures untuk menerbitkannya.

Sheila yang berlakon sebagai Nuriah berkata, dia dan suami selesa menghasilkan karya berdasarkan kisah benar kerana mempunyai fakta kukuh. Katanya, bagi memastikan mesej sampai kepada masyarakat, perlu ada pihak dijadikan rujukan.

"Lagipun, kisah anak diserahkan kepada orang lain untuk dibesarkan memang berlaku dalam masyarakat dulu. Ini kerana, ibu atau bapa terdorong dengan pengaruh bomoh yang mengatakan si anak membawa malang pada keluarga atau sebagainya.

"Ditambah lagi, jika si ibu melahirkan anak kembar dan dikatakan tidak serasi. Masalah zaman kanak-kanak mungkin berlalu, tetapi bagaimana pula alam remaja dan dewasa? Bagaimana pula penerimaan saudara kandung yang tidak dikenali selama ini.

"Apabila keadaan seperti itu berlaku, ditakuti wujud perasaan cinta terlarang. Tanpa disedari, abang boleh jatuh cinta kepada si adik dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, saya sangat berharap paparan kisah dalam telefilem Berdosakah Aku akan diterima baik.

"Dalam soal ini, apa yang ingin saya ketengahkan ialah situasi institusi kekeluargaan di kalangan masyarakat tempatan. Sewajarnya hubungan kasih sayang keluarga itu kukuh kerana jika pincang ia akan membawa kebinasaan dan kesedihan," katanya.

Berdosakah Aku turut dibintangi Normah Damanhuri sebagai Nek Tijah, Qazem Nor (Zahid) dan Amanda Misbun (Nurhidayah). Garapan telefilem ini diolah sebaik mungkin supaya mesej keinsafan ingin disampaikan dapat dirasai penonton.

Bahkan, dimuatkan juga pelbagai babak menarik yang meruntun jiwa di mana ketika Haryani harus menjaga ibunya yang sakit. Bagaimanakah Haryani mahu menyebut perkataan ibu yang tak pernah memberikannya kasih sayang. Malah, mampukah dia menyayangi Nuriah.

Jinggo berkata, sebagai pengarah menjadi cabaran besar untuknya merealisasikan skrip itu menjadi satu kisah yang menarik. Ditambah lagi, kejayaan telefilem Dunia Batinku yang pernah dihasilkan dulu turut mengundang harapan tinggi masyarakat.

Sehubungan itu, semestinya ia cabaran besar buat Jinggo untuk memastikan hasil karyanya berada di tahap yang baik.

Menurut Jinggo, JS Pictures adalah produksi yang tidak memandang keuntungan sebagai pulangan utama. Ini kerana, yang penting mesej dimuatkan.

Katanya, dia dan Sheila hanya menghasilkan dua atau tiga telefilem sepanjang tahun. Berbanding produksi lain, mungkin lebih daripada mereka. Apapun, bagi JS Pictures kualiti teras utama. Apa yang penting, ia memberi impak kepada masyarakat.

"Kami hanya mahu penonton mendapatkan kisah yang mempunyai mesej kesedaran dan berkualiti. Sebagai insan seni, mungkin menghasilkan cerita seperti ini antara cara JS Pictures berdakwah. Mengenai rezeki, ia ketentuan Tuhan," kata Jinggo.


[b]Borak Lokasi:[/b]
PRODUKSI: JS Pictures Sdn Bhd
IDEA ASAL: Mar Jlo
SKRIP: Rozie Rashid
PENERBIT: Sheila Rusly
PENERBIT EKSEKUTIF: Azman Yahya (Jinggo)
PENGARAH: Jinggo
PENOLONG PENGARAH : Hamdan Yassin (Den Danaden)
JURUKAMERA: Mohd Husin Ujang (Pak Hussein)
PENOLONG JURUKAMERA: Zakir Hanafi (Kay)
GRIP: Hairul Nizam (Put)
GAFFER: Yusri Ujang (Ucu)
PENATA BUNYI: Faizal Kasdan (Abang Kecik)
PENGURUS PRODUKSI (PM): Mohd Junid Itam Suliman
PENGURUS LOKASI: Megat Azhariko
JURUSOLEK: Zulkifli Zali (Jlo Touch)
PENOLONG JURUSOLEK: Saiful Anas Jamaluddin (Anas)
PENGARAH SENI: Ahmad Bazli Abd Manap
PROPMAN: Tatameme (Mie)
PENYEDIAAN MAKANAN/ MINUMAN: Azlan Che Lah (Lan Para)
JURUGEGAS: Azlan Shah Rahman (Lan Gigi)
PENGANGKUTAN: JS Picture Sdn Bhd
KATERING: Mar Caterer Resources
AGENSI PELAKON TAMBAHAN: Azlan Shah Talent Coordinator
PELAKON UTAMA: Sheila Rusly (Nuriah), Noorkhiriah (Haryani), Qazem Nor (Zahid), Amanda Misbun (Nurhidayah), Khairil Anwar (Zakaria) dan Normah Damanhuri (Nek Tijah)
PELAKON PEMBANTU: Anie Jaafar (Kak Milah), Azam Mohamed (Harun)



PS:Penerbit dan pengarah drama berdosakah aku….tahniah kepada shela rusly dan suaminya jinggo.. drama keluarga ini amat menarik sekali..semoga drama ini dipilih ke anugerah skrin mendatang…

4 ulasan:

azzey said...

ardinihumaira: terlepas tgk...x ingat siarannya. bc blog Ayu br perasan....

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

azzey...
doakan berdosakan aku dapat ke anugerah skrin..sure ada ulang tayang..

Mas said...

mas tengok semalam ayu, bessttt la cerita ni, selalunya mas tido awal, tok tengok cerita ni tahan gak mengantuk tu...dapat juga tengok sampai habiss...he..he..

Siti Ruhayu Ab Rahman said...

kak mas...
memang terbaik kan drama nie....i like