CITARASA RINDUAN

Sunday, October 24, 2010

Bas Ekspres Delima Dipandu Laju – Kong


kredit to http://www.arealcelebrity.com

KUALA LUMPUR: Bas ekpres yang terlibat dalam kemalangan maut yang mengorbankan 13 nyawa di km 223 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat 10 Okt lepas, didapati dipandu 120 kilometer sejam (km/j) selepas memasuki lebuh raya itu dari tol Alor Gajah.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata itu adalah antara penemuan kajian dan analisis saintifik mengenai kemalangan itu yang dikendalikan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Beliau berkata berikutan kemalangan itu satu mesyuarat membabitkan agensi berkaitan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Puspakom, polis dan Pihak Berkuasa Lebuhraya Malaysia diadakan pada 14 Okt.

Laporan mesyuarat itu dikumpul dan dianalisis oleh satu pasukan berkaitan kemalangan Miros, katanya dalam kenyataan di sini Sabtu.

Beliau berkata berdasarkan laporan analisis kesan tenaga kemalangan, kemungkinan kelajuan Bas Delima yang membawa 36 penumpang itu, sebelum berhenti ialah antara 94 dan 109km/j.

"Selain itu, terdapat kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu yang mungkin dipandu dengan kelajuan 160km/j pada masa kejadian," katanya.

Dalam kejadian pada pukul 6.47 petang itu, bas ekspres Delima yang menghala ke Kuala Lumpur dari Melaka hilang kawalan, 'melayang' ke laluan bertentangan lebuh raya dan melanggar sebuah van, dua kereta dan sebuah lagi bas lain, menyebabkan 13 maut dan 38 yang lain cedera.

Mengenai keadaan bas ekspres itu, Kong berkata pemeriksaan berkala oleh Puspakom menunjukkan bas itu dalam keadaan baik.

"Berdasarkan pemeriksaan Puspakom selepas kemalangan mendapati tayar dan brek bas ekspres itu dalam keadaan baik sebelum kejadian itu berlaku," katanya.

Beliau berkata antara kemungkinan punca kemalangan ialah memasuki laluan secara tiba-tiba, aliran trafik yang kritikal di hadapan dan tindak balas yang perlahan daripada pemandu bas itu.

Jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan itu boleh dielak jika semuapengguna mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah, memandu dengan had laju yang ditetapkan, memakai tali pinggang keledar dan kenderaan berat dipandu di laluan perlahan. - BERNAMA

Kredit to mStar online

PS: semoga kesemua mangsa yang terlibat jua keluarga mangsa mengambil tindakan segera…saman ker?....tak patut kalau biarkan sahaja kes ini…biar ada pengajaran untuk yang terlibat

3 ulasan:

kella said...

takziah untuk semua keluarga mangsa..

Lelord said...

hmmmmm

azzey said...

Siti Ruhayu: mmg laju tu!