CITARASA RINDUAN

Monday, October 4, 2010

KENAPA AKU DAPAT ONLINE 12 TENGAHARI?


Hari ini, untuk sekian kalinya, umai dah start sekolah semula…kesian kat dia, banyak masalah yang timbul, hingga membuatkan umai tak dapat bersekolah..

Ingat-ingat sejak bulan 3 (adik ipar berkahwin) sampai sekarang, aku cutikan umai dari sekolah, memandangkan kesihatan en zalie semakin pulih…aku akan pastikan umai bersekolah semula

Walaupun usianya 3 tahun, namun semangatnya untuk belajar dan bertemu kawan-kawan amatlah tinggi..dah mula menghafal ayat-ayat pendek, hafal doa pendek, selawat dan sebagainya,.

Yang buat aku kesian, berulang kali dia menggigau malam hari,..panggil nama kawan-kawan TABIKA nya….alahai….cerdik sungguh anakku…

Ramai rakan seusianya belum dihantar kesekolah…aku pun kalau ikutkan tamo umai sekolah awal…usia 3 tahun belum layak..masih berpampes dan minum susu..

Namun, desakkan guru besar TABIKA, untuk memastikan jumlah pelajar TABIKA di f sungai sayong mencukupi..aku kuatkan tekad…

Akhirnya, terbukti…bila Umai kesekolah, dia semakin matang, pandai menyesuaikan diri, hingga ramai yang tak perasan anakku belum berusia 5 tahun…

PS; Pagi tadi, semasa menghantar Umai ke sekolah…beliau..melonjak kegembiraan, dapat bersua kembali teacher dan kawan-kawannya…..alangkah seronoknya wajah anakku itu..

3 ulasan:

Kalamhati said...

hehe seronok baca cerita mama..=)

Mas said...

alhamdudillah semuanya makin pulih..seronok betul umai dapat sekolah balik..he..he..

Lelord said...

bagus la...najlaa x g skool lagi. igt nak register thn tp xleh pasal najlaa lahir bulan 10. kat sini skool start september, so nanti pun kira peralihan jek