Assalamualaikum…selamat pagi selasa…
Pagi ini aku ingin mengucapkan segulung tahniah untuk kedua-dua pasangan sahabatku AZLIE AYES dan NORFAIZEN AMON, kerana memperolehi seorang lagi cahaya mata lelaki…
Tadi malam, entah mengapa aku teringatkan enn (panggilan ringkas isteri azlie), terus aku hubungi beliau..rupa-rupanya beliau telah berada di hospital Mersing…dalam perbualan telefon…aku mendoakan agar beliau dan bakal baby akan selamat, aku meneka…baby akan keluar esok (waktu subuh).. enn…seorang yang happy, cool…..suaranya tiada cemas…mungkin ini anaknya yang ke 3…..beliau semakin kuat dan tabah…
Alhamdullilah, selepas subuh,,,aku terima sms dari azlie…yang berbunyi
Salam, terima kasih doa kalian semua, isteri saya telah selamat melahirkan anak sebentar tadi..
Alhamdullilah..itulah saat yang aku tunggu-tunggu…..
Buat pegetahuan semua…kedua-dua sahabatku itulah merupakan teman terbaikku sewaktu zaman remaja sehinggalah sekarang, susah senang…pasangan inilah yang banyak mendengar keluhanku…
Sewaktu en zalie menghadapi saat kritikal di ICU pakar putri..mereka banyak memberi sokongan moral dan semangat untuk aku semakin berani menerima kenyataan dan bergelar isteri..
Terima kasih dan ucapan tahniah sekali lagi kepada mereka
PS: harap-harap jumaat ini aku dapat mengziarahi mereka…amin
2 ulasan:
tahniah buat sahabat tuh, saya gak yang duk ternanti2 lagi ni
wah best..best...semoga sehat selalu
Post a Comment